" Kau jangan nak bermimpi nak ada perkahwinan bahagia dengan aku ! Perkahwinan ni cuma atas kertas. Sekalipun atas kertas, semua arahan aku kau kena ikut ! Mulai hari ni, kau ni tak ubah macam perempuan simpanan aku. "
Kata kata Adam Fiqri berdesing ditelingaku. Mengingatkan itu semua hatiku menjadi sakit.
Ibu....
Aku teriak seperti anak kecil. Aku rindu ibu ! Aku nak ibu ! Abang Syah....kenapa tinggalkan Ain ? Abang Iq.... baliklah... Ai tak nak duduk sini. Ain nak duduk dengan ibu. Kenapa buat Ain macam ni ?
Berderai air matanya. Hati dan fikiranya tidak pernah berhenti teringatkan arwah ibu dan kedua abangnya. Aku mengesat air mata.
Aku kena kuat ! Aku tak boleh lemah. Ni semua untuk arwah ibu. Kalau arwah ibu ada lagi, mesti dia kecewa dengan aku.
Pintu bilik dikuak perlahan. Muncul Adam Fiqri mempersilakan Datin Adibah yang menatang dulang. Apa lagi orang tua ni nak buat ?
'' Makan sikit.... " Sua Datin Adibah. Aku tidak menolaknya.
Datin Adibah menyuapkan aku makan ketika itu. Bukan aku tidak boleh turun sendiri. Namun jam kini menunjukkan ke angka tiga petang. Aku masih tidak turun untuk makan tengah hari kerana sibuk melayari internet mengenai butik baju.
'' Ummi kena makan banyak sikit. Makan sayur segar segar. Nanti rahim Ummi pun kuat '' Ujar Datin Adibah perlahan dan menyuakan segelas air kosong ke bibirku. Entah kenapa bukan perasaan gembira yang menyapaku saat itu.
" Kenapa mama beria ia sangat ? Mama tahu tak, disebabkan anak mama yang lagi sorang tu, saya jadi macam ni. Mama puaskan dapat balas dendam dengan saya ? "
Mendegar kata kata Datin Adibah menyapa perasaan marah didalam hati. Rahim kuat dan bolehlah aku mengandungkan anak Adam lagi ? Lepas tu dia akan ambik anak aku dan tendang aku jauh jauh dari hidup dia kan ?
Nanti Datin Adibah boleh dapat zuriat dan semua orang akan tendang aku keluar dari hidup dia orang. Itu plan kau orang dengan Adam kan ?
Datin Adibah meletakkan bubur dan langkah kakinya terus keluar daripada bilik itu. Datin Adibah sayangkan menantunya ikhlas dari hatinya.
Amanah suaminya dipegang kemas demi menebus satu nyawa. Kalaulah suaminya itu tidak bertindak menyakiti anak jiranya, pasti perkara ini tidak akan berlaku.
Tidak pernah terdetik pun dia hendak membuang gadis itu dari hidupnya. Dia sayangkan gadis itu dari suaminya membawa gadis itu ke rumah ini.
Adam Fiqri yang dari tadi berpeluk tubuh di pintu terkejut dengan kata kata yang dilemparkan oleh isterinya. Pasti mamanya itu berkecil hati. Perempuan ni memang dah melebih. Sejahat jahat aku, aku tak akan buat mama terasa.
'' Asal kau cakap macam tu dekat mama ? Kecil hati mama dengar kau tahu tak ! Mama tak pernah ada niat seburuk tu. Kau jangan nak tuduh mama bukan bukan ! '' Marah Adam Fiqri. Geram dengan tindakan si isteri lancang berkata kata.
Selama ini dia sabar jika isterinya itu menyakiti hatinya. Namun kali ini hati mamanya pula diheret sama.
'' Kenapa pulak ? Tak betul ke apa yang aku cakap ? Kau kahwin dengan aku sebab nak gunakan aku untuk lahirkan anak kau tu je kan sebenarnya ? Game kau dengan mama sampai sini je. Aku takkan mengandungkan anak kau lagi ! '' Balas ku geram. Air kosong ditanganku dijiruskan ke baju Adam Fiqri yang beberapa inci sahaja berdiri dihadapanku.
" Kau ni memang biadap kau tahu tak ! Kalau kau tak sakit macam ni dah lama dah melayang sebiji dekat muka kau.. Sepatutnya aku tendang je kau jauh jauh. Kau jadi isteri aku sebab papa ! Amanah papa ! Kau sendiri yang ada dengan papa dan dengar amanah tu ! Asal kau nak salahkan aku pulak ?! '' Adam Fiqri ditiup angin geram. Bajunya basah lencun dengan air. Diketap bibir kasar.
Sampai macam ni sekali dia biadap dengan aku ? Dia dah melampau !
'' Amanah ke sebab pangkat CEO tu ? Tendanglah aku. Aku peduli apa ? Aku tak nak hidup dengan lelaki tak guna dan hipokrit macam kau dan keluarga kau " Aku membalas sinis. Aku terus berpeluk tubuh tanpa sedikit pun memandang ke arahnya.
Huh, semua orang dalam rumah ni semuanya penipu, marahku dalam hati.
" Mulut kau ni macam longkang. Kau memang dah melampau ! Aku nak kau mintak maaf dengan mama ! '' Marah Adam Fiqri lantang.Rasa hendak diheret isterinya itu sekarang juga pergi meminta maf kepada mamanya.
Aku diam.
Aku tak nak. Aku nak keluar dari sini. Aku tak nak jadi isteri kau ! Aku tak peduli fasal mama kau. Tu mama kau bukan mama aku.
" Aku tak nak kau nak cakap apa lagi ? Aku nak kau berambus dari bilik ni. Aku tak suka kau ! Aku benci keluarga kau ! Itu yang kau nak dengar kan ? Apa lagi kau tunggu ? Blahlah ! "
Tanpa berlengah Adam Fiqri terus keluar dengan hati yang sakit. Semakin hari semakin lama hatinya semakin tawar. Tawar setawarnya.
Perasaanya berkecamuk.
Okey, mulai hari ni aku takkan cintakan kau lagi. Aku akan buang kau jauh jauh dari hidup kau. Aku dah tak larat nak hadap kau, benci dan marah kau dekat aku memang tak akan surut.
Afeef.
Terus saja ingatanya teringatkan Afeef. Kunci kereta dicapai. Disarungkan baju T kelabu. Adam Fiqri rindukan Afeef.
" Afeef... papa datang... " Adam Fiqri menyambut Afeef yang sudah terlena dipangkuan Syazana.
Rindu.
Dielus elus perlahan pipi Afeef. Nyawa dan nadinya kini berada didalam dakapannya. Semua masalahnya kini hilang dengan kehadiran Adeef. Rindunya terhadap Afeef akhirnya terbalas. Rindunya dia pada Afeef.Dicapai tangan Afeef dan dimain main perlahan.
" Afeef nak jumpa mama ? Hmm ? Afeef nak jumpa mama ? Tak payahlah sayang... mama tak sayangkan kita. Mama dah bencikan papa.. Nanti papa cari mama baru untuk Afeef yang sudi jaga Afeef. Papa tak nak mama sakitkan Afeef. Macam mana mama sakitkan papa. Ya sayang ? " Luah Adam Fiqri.
Hatinya masih berbekas. Kalau Ain nak dia dilepaskan, Adam Fiqri tidak akan lakukanya. Dia masih sayangkan Ain. Cuma kini hatinya semakin tawar.
Semua kata kata Ain padanya umpama belati tajam yang sedang merobek robek hatinya yang paling dalam. Jika dirawat, akan mengambil masa yang lama untuk disembuhkan.
Dengan kehadiran Afeef, hatinya kini sedikit terusik. Afeef buah hatinya. Afeef segala galanya dalam hidup Adam Fiqri. Dia tak akan sia siakan Afeef.
" Esok papa kena pergi jauh sayang... nanti papa balik, papa belikan mainan banyak banyak untuk Afeef.. Papa nak Afeef membesar jadi anak yang baik... Jangan jadi macam mama. Muka cantik, tapi hati tak. Mama suka sakitkan hati papa.. Afeef tak nak sakitkan hati papa kan sayang ? "
Syazana hanya diam mendegar semua luahan hati Adam Fiqri. Dia faham. Rumah tangga kawannya itu bergelora hanya kerana tiada kesefahaman antara satu sama lain. Tapi, dia sanggup menjaga Afeef kerana Afeef juga sudah dianggap seperti anaknya juga.
Kunci kebahagian rumah tangga adalah kesefahaman antara suami isteri supaya dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.

YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...