Bab 40

12.7K 206 8
                                    

Adam Fiqri merenung sayu wajah Ummi Nur Ain yang sedang tidur lena. Selama ini bukan dia tidak pernah ingin menjengah ke ruang bilik ini. Namun dia tahu kehadiranya tidak mendatangkan makna apa apa. Dia mengerti jika kehadiranya disini akan menyapa perasaan benci kepada isterinya sahaja. Masanya lebih disibukkan dengan Afeef yang lebih penting padanya kini.

Senyuman terukir. Isterinya tidur. Sekali lagi dia ingin merapati tubuh itu namun hatinya melarang. Jadi dia hanya berdiri berpeluk tubuh dipintu yang ditutup rapat. Mengintai isterinya dibalik cermin sinar dipintu. Hatinya kini sedang bernanah dan berdarah dengan apa yang berlaku. Adam masih menginginkan kepastian bagi soalanya tentang wang yang diperkatakan oleh Reen didalam pesanan ringkas.

" Maafkan aku, Ain. Aku tak pernah nak bahagiakan kau sepanjang kau jadi isteri aku. Aku selalu marah marah kau. Dari pertama kali kita jumpa, aku tak pernah hargai kehadiran kau dalam hidup aku. Siapa sebenarnya kau pada arwah papa ? Apa kena mengena kau dalam hidup keluarga aku ? Kenapa ? " Soal Adam Fiqri dalam hati.

Wajah isterinya itu ditatap. Tiada tanda tanda wanita yang jahat. Semuanya elok pada mata. Wajah yang bersih dan tidak pernah melawan katanya sebelum ini. Tapi, kenapa semua adik beradiknya berpendapat isterinya ini wanita simpanan arwah papanya ? Mungkinkah arwah papanya pernah menjalinkan hubungan dengan ibu kepada isterinya ini ?

Pelbagai spekulasi bermain dimindanya saat ini. Adik beradik isterinya ini juga dia tidak tahu. Asal usulnya juga. Semuanya misteri pada wanita ini. Pelahan lahan akhirnya kakinya menapak masuk ke dalam bilik wad iaterinya.

Bibirnya didaratkan kepada dahi isterinya pula. Lama tanpa sedar perasaan rindu menyapa jiwanya kini. Teringat di atas perilakunya yang suka menyakiti wanita ini. Timun. Dia menghambat isterinya dengan timun. Menampar pipi isterinya dengan sayur keras itu. Kini hatinya selembik daun sawi hijau yang telah kuning dihujungnya. Tanda tiada kesempatan untuk bertahan lama apabila ditiup dengan oksigen.

Sama seperti hatinya juga. Layu. Lembik seperti agar agar yang tidak menjadi bentuknya. Lemah dan kaku seperti tubuhnya yang sudah mati sel dalaman. Sama semuanya. Dipagut rasa rindu. Dibalut rasa rindu. Kepalanya berat.

" Kau buat apa ni ? " Aku menyapa cuping telinganya kasar dan menolak tubuhnya kuat sehingga tubuh Adam Fiqri terdorong beberapa tapak ke belakang. Adam Fiqri tampak terkejut dengan reaksi kasarku. Aku terus merengus. Geram. Sengaja ingin mengambil kesempatan. Ingat aku cair ? Cinta aku dah cair untuk kau ! Cemuhku dalam hati.

Adam Fiqri mengimbangi badan. Keluhan berat terbit dibibirnya. Masih terkejut dengan reaksi kasar isterinya. Adam Fiqri cuba mencapai tangan isterinya namun cepat sahaja tanganya ditepis kasar. Sekali lagi Adam Fiqri merasa perasaan benci itu masih lagi bertapak dalam hati isterinya. Dia tersenyum kelat. Senyuman yang dapat menggoyahkan hati Ummi Nur Ain. Namun penuh dengan kata kata manis setinggi menara Eiffel tower di Kota Paris. Menara yang kononnya bukti cinta.

" Aku ... errr .. aku .... " Balas Adam Fiqri tergagap gagap. Mati untuk menyusun kata.

" Kenapa kau datang ? Kedatangan kau cuma sakitkan hati aku. Keluar ! Aku tak nak tengok muka kau ! Kau keluar ! Mata aku ni sakit tengok muka kau tu ! Kau keluar ! " Arahku dengan geram. Benci. Itu sahaja kata kata yang dapat hatiku ungkapkan.

Adam Fiqri merentap tanganku kuat sekejap terus berada didalam genggamanya. Aku sudah tidak dapat mengelak dengan reaksinya yang pantas. Dengup jantungku juga pantas berdetak sama seiring rasa cemas yang baru terbit dihatiku kini. Apa yang mamat ni nak buat ?

" Kau nak layan aku macam ni sampai bila ? Kau fikir anak kita akan hidup balik bila kau layan aku macam ni ? Akal kau dah meninggal ke ? Apa ? Kau fikir kau sorang je yang nak sedih ? Aku ni tak sedih ? Aku ni tak boleh nak marah ? Kau tahu fikir perasaan kau je. Kau memang tak pernah nak fikir perasaan aku kan ? Aku tahu salah aku. Aku mengaku semua yang jadi dekat anak kita berpunca daripada aku. Tapi kau kena tahu, aku takde niat nak buat macam ni ! " Marah Adam Fiqri. Dia sudah tidak tahan lagi.

Mendengar kata kata berbaur hinaan oleh isteri sendiri cukup memeritkan tekaknya bersuara. Apatah lagi sepasang telinganya yang mendengar semua perasaan keluhan benci isterinya sendiri. Cukup pedas dan menusuk nusuk hatinya yang sedia bernanah kecewa.

" Lepaslah ! Kau tak payah nak tunjuk rasa bersalah kau tu. Aku dah tak pandang lah, Adam. Kau yang bunuh anak anak aku ! Jangan nak sentuh sentuh aku. Aku tak suka. " Aku memaki hamun Adam Fiqri. Geram ! Sakit hati. Wajah itu memang suka berdolak dalih dan berlakon. Cuma dia sahaja yang bodoh mempercayai wajah polos itu.

Suka suka kau je nak pegang tangan aku kuat kuat ! Aku jijik dengan kau ! Berambus dari hidup aku ! Kau fikir kau tu kuat kau boleh suka suka je nak layan aku macam ni, marahku dalam hati. Lidahku kelu tatkala genggaman tanganku dilepaskan dan terlerai perlahan.

Aku menggosok gosok tanganku yang sudah merah. Kenapa ? Kau sakit hati dengan apa yang aku cakap ? Baguslah kalau kau sendiri sedar. Yang aku bencikan kau Adam Fiqri ! Aku menjeling Adam Fiqri sekilas menolak tubuhnya kuat daripada mendekatiku. Entah kenapa rasanya hangat seluruh muka.

Adam Fiqri menjarakkan tubuhnya. Dia tersenyum sinis seketika. Senyuman itu mampu membuatkan aku membencinya untuk seumur hidup. Senyuman yang gerun dan dapat menyapa perasaan benci hanya dengan satu ketukan. Itu kelebihan Adam Fiqri. Pada senyumanya. Aku hampir kalah. Rasa dipermainkan dengan senyumanya. Rasanya dia memang sengaja dan suka melihat aku dalam keadaan terseksa sebegini.

" Ni semua takdir. Kau salahkan takdir ke Ain ? Kenapa susah sangat kau nak terima ? " Adam Fiqri merenung wajah isterinya tajam. Kenapa seakan ada perasaan dendam yang menyapa pada isterinya dan disimpan sekian lama ? Kenapa bencinya Ain pada dia ?

" Kau pernah cakap dulu. Aku tak layak nak bercakap pasal takdir dengan kau. Tapi, mungkin takdir memang nak kau jadi pembunuh. " Balas aku mendatar. Ada air mata yang bergenang dikelopak mata.

Renungan mata aku jatuh pada perut yang kempis. Kenapa jadi macam ni ? Apa lagi yang patut aku buat ? Kenapa takdir seolah olah sedang bertarik tali dengan aku ?

Adam Fiqri melangkahkan kaki keluar. Kata katanya mati. Bernanah telinganya mendengar ucapan Ain yang melabelkan dia sebagai pembunuh. Tapi satu hari nanti kau akan berterima kasih dengan aku. Ucapnya perlahan didalam hati. Terus sahaja Adam Fiqri berjalan mendapatkan Afeef.

" Takpe, Ain. Aku faham. Kau macam ni sebab aku. Kau kecewa. Tapi, mudahnya kau bencikan aku. Sikit pun kau tak beri aku peluang untuk betulkan silap aku. Kau tutup semua peluang. Aku cuma nak beritahu kau tentang Afeef. Afeef, anak kita masih hidup. Kau yang buat aku ambil tindakan bodoh ni Ain. "

Afeef masih terlena. Comel bibir kecil itu tertutup rapat. " Sayang, kalau mama tahu yang Afeef hidup mesti mama takkan layan ayah macam ni kan sayang ? " Bisik Adam Fiqri perlahan.

Air matanya diseka.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now