Bab 20

15.5K 232 4
                                    

Aku menjengah ke dapur pada malam itu. Selepas beberapa kali aku ulang alik daripada tandas, akhirnya aku tersadai lemah dikerusi dapur. Air kosong sudah separuhku teguk. Pening pula. Adam Fiqri pula sudah lama tidur agaknya. Petang tadi aku dikejutkan oleh Farid. Ternyata lelaki itu juga ada menyertai keluarganya bercamping dirumah Datin Adibah.

Mahu saja aku tumbuk wajahnya itu. Perangai macam binatang. Hampir saja maruah aku diragut dahulu oleh lelaki itu. Paling tidak dapatku lupakan, abah hanya mendiamkan diri tatkala aku diperlakukan seperti itu. Aku sendiri tidak mahu mengenali siapa abah dimataku saat ini.

" Kau tak tidur lagi ? " Soal suara garau. Aku tergamam. Farid ! Terus saja air wajahku berubah. Sudah lama aku tidak melihat wajah lelaki ini selepas dia disumbatkan ke dalam penjara kerana percubaan merogol yang dilaporkan oleh abangnya sendiri, Dhamiri. Terus saja aku cepat cepat mencuci gelas ke sinki. Takut berduaan denganya.

" Aku tanya ni. Kenapa kau tak tidur lagi ? " Soal Farid lagi. Kali ini dia bertindak mendekati tubuhku. Tanganku dicengkam. Kali ini tubuhku pula ditarik dan disandarkan dipintu peti ais. Badanku dikunci dengan tubuhnya dalam sekelip mata.

" Kau nak buat apa ni Farid ! Kau dah gila ke ?! Lepaskan akulah ! Kau ni memang tak gunalah ! " Aku berkata dengan suara yang gementar. Resah dengan tindakannya.

" Kau yang tak guna ! Kau sumbatkan aku dalam sel besi tu, sekarang kau senang je hidup dengan orang kaya. Amboi, banyak cantik muka kau ? " Balas Farid dengan senyumanya yang meleret.

Bodohlah aku tidak tahu apa maksudnya saat ini. Bodohlah aku tidak pandai membaca apa yang di inginkan oleh jantan sesekor ini. Nafsu. Itu saja.

" Lepaskanlah aku ! " Pintaku perlahan. Bebola mataku sudah panas. Air mataku juga sudah bergenang. Aku terpempan sekali lagi.

Tubuh Farid makin mendekati tubuhku. Aku tidak mampu menolak tubuhnya kerana badanya lebih kuat menampung tubuhku yang melidi. Terus saja aku menendang kakinya membuatkan aku terus terlepas. Namun tangannku ditarik dengan keras sehingga aku terjatuh menyembam lantai.

 " Kau nak lari mana ? Puaskan aku dulu ! Dulu ya aku memang tak dapat kau. Sekarang peluang aku depan mata. Bodohlah aku kalau aku tolak ! "

Aku menjerit jerit halus sambil tanganku menolak nolak tubuhnya yang makin merapat. Air mataku juga sudah basah. Tak nak ! Aku tak nak diperlakukan seperti ini lagi ! Aku tak nak ! Ibu !

" Kau ni memang tak guna ! " Terus saja Dhamiri menumbuk wajah Farid dengan dua kali tumbukan.

Aku sudah meraung. Sekelip mata aku sudah berada didalam pelukan seseorang. Hangat. Adam Fiqri ! Aku sudah lencun dengan air mata dan ku hamburkan segala rasa takut kedalam pelukan Adam Fiqri.

 " Kau blah ! " Jerit Dhamiri lantang. Terus saja kaki Farid beredar daripada dapur dengan bibirnya yang sedang berdarah. Aku mengetap bibir. Pertama kali aku melihat wajah Dhamiri yang sedang bengang. Ini kali kedua Dhamiri menyelamatkan diriku daripada nafsu Farid.

" Mir, kenapa dengan bini aku ? " Soal Adam Fiqri tidak tahu menahu. Dia turun saja melihat isterinya itu sedang ketakutan. Pantas saja dia memeluk isterinya dengan niat hendak menenangkan ketakutan isterinya.

" Kau tanyalah bini kau apa yang lelaki tu cuba buat dekat dia. " Balas Dhamiri keras. Terus saja Dhamiri menghilangkan diri daripada dapur. Malas hendak membangkit isu itu. Dia cemburu. Sepatutnya aku yang peluk Ain ! Bukan kau !

Aku sudah kembali tenang. Aku hanya mendiamkan diri. Malas hendak menjawab semua persoalan yang teluah daripada bibir Adam Fiqri. Namun setelah didesak, akhirnya aku memberitahunya juga.

" Farid nak buat tak senonoh dekat Ain. " Ucapku perlahan. Aku sudah tenang selepas lama dalam pelukan Adam Fiqri. kalau takde Dhamiri, pasti aku akan menjadi mangsa lelaki tak guna macam Farid !

" Apa ke binatangnya abang tiri kau tu ! Memang nak kenalah mamat tu ! " Tegas Adam Fiqri berkata kata. Kakinya terus laju hendak mendapatkan Farid. Namun pantas saja aku menahan perbuatanya.

" Dahlah abang. Ain okey. Ingat, abang. Guna kekerasan tak beri makna apa apa. " Aku menahanya. Hatiku tersenyum sinis. Tapi...

Kau dengan dia siapa yang binatang sebenarnya ? Ouh kau sakit hati pulak dia buat macam tu dekat aku ? Kau buat dekat aku macam tu, kau tak fikir pulak ? Kau layan aku macam barang, kau tak fikir pulak geram aku ? Ouh kau geramlah bila tahu dia nak buat benda tak senonoh tu dekat aku. Kau dengan dia memang munafik ! Takde beza !

Adam Fiqri hanya mendiamkan diri. Takde gunanya kalau pakai kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Kau ni dah kenapa ? Sakit hati ? Jangan cakap kau jeles dengan abang tiri bini kau ni. Dah memang tu tanggunjawab dia pun kan ? Yang kau rasa macam terbakar ni dah kenapa Adam ? Chill je okey.

Selepas itu aku menarik keluhan berat. Adam Fiqri sudah menarik tubuhku untuk berbaring disebelahnya. Selimut ditarik menutupi tubuhku. Matanya dipejamkan dan tanganya diletakkan dibawah kepala. Aku perlu lebih berhati hati selepas ini. Aku sendiri tak tahu berapa lama keluargaku hendak ber'camping' dirumah Datin Adibah.

" Kalau kau rasa tak boleh tidur, kau peluk je aku. Aku mintak maaf sebab takde nak selamatkan kau tadi. Kau pun satu. Kalau kau dah tahu feil jantan tak guna tu macam tu, kau sepatutnya tak pergi dapur sorang sorang. Benda macam tu alertlah.. " Lembut Adam Fiqri berkata kata. Hanya bibirnya saja berbicara. Tapi matanya masih terpejam.

" Abang .... " Panggilku perlahan. Mataku memandang wajah Adam Fiqri dari arah tepi. Sekilas dipandang, memang tampak smart dan handsome. Tapi sayang, perangai tak sekacak paras rupa. Mintak maaf. Aku memang reject kau dari awal.

" Hmmm ? " Gumam Adam Fiqri.

Aku senyap.

" Terima kasih. " Balasku teragak agak. Akhirnya aku turut melelapkan mata. Teringat lagi. Pertama kami bertemu dahulu. Sebelum aku bertemunya kembali menjadi sepasang suami isteri.

Adam Fiqri begitu sombong. Dia langsung tidak menengurku. Kata katanya juga sehebat parang. Mungkin ? Tajam dan menghiris. Ego masih lengkap tinggi seperti langit sehingga sekarang. Memang daripada hari pertama dia berjumpa denganku, bebola matanya sentiasa memandangku sinis sebelum dia menyambung pelajaranya ke luar negara.

" Adam takkan kahwin dengan perempuan yang entah siapa siapa nih ! Entah mana mama dengan arwah papa kutip dia ni, tiba tiba je Adam kena kahwin dengan dia!  Entah entah dia tu perempuan simpanan papa macam yang kak long cakap! "

Itulah bahasa kesat yang dilemparkan oleh Adam Fiqri ke arah ku. Aku senyap dan bungkam. Pada malam perkahwinan kami, aku dipaksa tidur diatas comforter yang dibentangkan diatas lantai.

" Aku jijik dengan kau ! Kau fikir aku ni bernafsu sangat nak sentuh kau ? Jangan mimpi waktu siang! Malam pun kau tak layak nak bermimpi!  "

Segala kata hinaan yang dia lemparkan. Selepas tiga hari berada dirumah mama, dia mengajak aku berpindah. Dari situ aku mula mengenal sikap sebenar Adam Fiqri yang panas baran. Suka naik tangan. Aku cuba. Cuba sedaya upaya tampak lemah dihadapanya walaupun hatiku meluap luap untuk melawan semua perlakuanya.

Semuanya masih segar.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now