Adam Fiqri memicit micit kepala yang sakit. Fikiranya saat ini melayang memikirkan Afeef yang sudah jauh daripadanya. Kalaulah Afeef berada didepan matanya, pasti tangkai hatinya takkan serisau ini. Adam Fiqri percaya Mak Ngah dan Syazana dapat menjaga Afeef seperti anaknya sendiri. Memandangkan kawannya itu masih menyusukan Si Kecil Zul Haziq. Syazana adalah anak Mak Ngah. Wanita yang amat ku sanjung dan Adam Fiqri sudah menganggapnya sebagai ibu sendiri. Syazana dan suaminya Zul Helmi juga tidak kisah.
Adam Fiqri mencapai telefon. Pintu biliknya pula diketuk perlahan. Kelihatan Datin Adibah dimuka pintu. Adam Fiqri baru sahaja berkira kira untuk membuat panggilan untuk bertanyakan khabar Afeef. Niatnya terbantut. Wajah Datin Adibah dipandang tak beriak.
" Adam, pergilah tengok tengokkan Ummi tu. Dia tu bukanya kuat sangat. Tadi pun mama tengok dia terkial kial tolak kerusi roda tu. Kesian mama tengok dia. " Luah Datin Adibah sayu. Jatuh simoatinya melihat menantunya dalam keadaan begitu. Sudahlah ditipu hidup hidup. Dia sendiri tidak sampai hati sebenarnya.
" Ma, Adam ni suami Ain. Mestilah Ain tu tanggungjawab Adam. Adam tahu tindakan Adam sorokkan Afeef memang salah tapi Adam cuma nakkan yang terbaik untuk Ain. Adam sayangkan Ain. Adam takde niat nak buat dia sengsara hidup dengan Adam. Tapi percayalah ma, Adam buat semua ni sebab Adam betul betul sayangkan Ain. Adam pergi turun tengokkan Ain kejap ya ma. Dont worry, ma. Adam akan jaga Ain. Adam akan sayangkan Ain macam mana mama sayang sangat dekat dia. " Balas Adam Fiqri panjang lebar. Tangan Datin Adibah yang digenggam dikucup perlahan. Senyuman dilebarkan.
Kali ni Adam takkan kecewakan mama. Please trust me. Bisik Adam Fiqri dalam hati. Langkah Adam Fiqri menuju ke bilik tetamu. Wajahnya dimaniskan sebelum masuk ke ruangan itu. Kelihatan isterinya masih di atas kerusi roda. Bukanya isteri itu tak boleh berjalan, tapi mama yang menengah isterinya itu daripada berjalan. Takut tak kuat.
" Ain, awak fikir apa ni ? Awak nak mandi ? Saya boleh tolong awak. Awak lapar ? Awak cakap je apa yang awak nak makan saya boleh masak ke atau beli dekat luar. You just tell me what you want then I'll get for you. " Ucap Adam Fiqri lembut. Senyumanya masih manis terukir dibibir. Dah berbuih mulutnya memujuk. Namun hampa juga yang dia rasa. Mengapa sebegini berubahnya Ain padanya ?
Adam Fiqri sedar ini semua adalah berpunca daripada dirinya sendiri. Adam Fiqri tidak mahu hubungan yang tegang ini semakin keruh. Apalah sangat berbuat baik kepada isteri nak dibandingkan kejahatan yang dia buat selama ini ?
'' Saya tengah fikir kenapa hidup ni terlalu kejam pada saya, Adam ? Apa salah saya ? Kenapa awak sikit pun tak percayakan saya ? Kenapa hidup ni terlalu kejam ? " Balasku mendatar. Sedikit pun aku tidak memandang wajah Adam Fiqri yang tunduk disisiku.
Kejamnya hidup. Anak yang dia kandung sudah mati. Tiada apa lagi yang mampu dia buat. Apa lagi untuk dia lakukan ? Tak mungkin dia menjadi bodoh sekali lagi menyerahkan nasibnya kepada lelaki ini sedangkan hatinya sudah lama mati. Cinta yang diungkapkan amat pahit. Cinta memang sangat menyeksakkan.
Aku menarik senyum sinis. Aku tidaklah terkilan mana dengan kematian zuriat lelaki ini. Aku masih boleh musnahkan hidup dia walau apa cara sekalipun. Kalau anak aku mati kenapa tak anak Alisa ? Alisa punca semua ni berlaku. Takpelah, aku akan tunggu sampai luka tak guna sembuh. Tunggu Alisa, aku datang. Farahin milik aku. Kalau kau nak rasa macam mana hilangnya anak ni sakit ke tak, kau tunggu ! Kau tunggu Alisa ! Kita rasa keilangan anak sama sama ya Kak Alisa.
Alisa Alisa Alisa. Nama perempuan itu sentiasa akan didalam ingatanya. Kau tak pernah rasa kehilangan orang yang paling kau sayang kan ? Takpe, lepas ni aku bagi kau rasa macam mana rasa sakitnya hati kau kehilangan orang yang kau sayang ! Jangan tanya kenapa tau. Sebab kau pun tak kisah agaknya kalau anak kau mati. Macam mana rasanya anak mati ? Kau tahu tak aku tak rasa terkilan pun bila anak aku mati. Tu anak Adam bukan anak aku. Kalaupun aku sedih dan menagis sekali pun, anak tu memang dah mati. Buat apa aku nak nangis budak yang dah mati ? Buang masa je ! Baguslah dia dah mati !
Kalaulah dia hidup, berjaya ke aku bawak dia lari dari sini ? Aku bukanya orang senang nak jaga dia. Elok sangatlah dia mati ! Bukanya ada faedah aku lahirkan dia pun ! Kenapa kau tak mati awal awal ?! Tak payah nak suruh Adam tolak aku dari tangga !
" Ain... saya minta maaf. Saya kejam pada awak. " Ucap Adam Fiqri lembut. Isterinya masih senyap. Entah apa yang difikirkan oleh isterinya saat ini. Andai sahaja dia perempuan, pasti dia akan merasa sakitnya kehilangan anak yang selama ini dikandung. Kenapalah aku ni bodoh sangat ?
'' Keluar. Aku tak nak tengok muka kau ! Kau keluar dan jangan kau berani tnjukkan muka kau tu ! Anak kau dah mati kau nak apa lagi ?! Keluar !!! '' Jeritku. Tubuhnya aku tolak sekasar mungkin. Biarlah aku jadi isteri derhaka sekali pun tak boleh cium bau syurga sekali pun aku takkan dapat ibu aku balik ! Ibu takkan hidup !
Adam Fiqri bungkam. Sebegitu kecewa sekali Ain diatas kehilangan itu. Maafkan aku, Ain. Adam Fiqri mengetap bibir. Ain sangat terseksa dengan tindakkanya. Adam Fiqri tanpa berlengah terus keluar daripada bilik itu. Tak apalah Adam. Hati dia belum sejuk lagi tu.
Tak habis habis nak buat drama ! Kutuk Alisa dalam hatinya. Anak kau dah mati kau nak apa ? Apa yang mampu kau buat, Ain selain kau meratap ? Kau ni memang kesian betulah. Alisa tersenyum sinis. Seronoknya aku tengok kau macam ni Ain ! Diperbodohkan dengan suami sendiri. Alah kesianya. Suami sendiri pulak tu buat kau jadi macam ni. Agaknya kalau kau tahu yang Afeef tu hidup kau nak buat apa ya ? Apa yang boleh kau buat ? Sampai mamposlah kau diperbodohkan.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
Roman d'amourMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...