Bab 52

9.5K 179 27
                                    

Adam Fiqri memicit micit tengkuknya yang lenguh. Mungkin fatigue yang melampau membuat tubuhnya terasa lembik dan tidak bermaya. Dia kini dalam perjalanan ke rumah Syazana untuk menemui Si Kecil Afeef menaiki cab. Tapi sebelum itu, dia ingin menemui Dr Aqira. Sepanjang duduk didalam kapal terbang, fikiranya hanya terbang kepada Afeef.Rindu sungguh dengan telatah si kecil itu.

Andai sahaja dia berbaik dengan isterinya pasti dia di airport akan tersenyum sumbing jika ada kehadiran isteri tersayang. Isterinya itu masih bersikap dingin dan kadang kala agak membingungkan.

Hubunganya dengan mama sungguh baik sekali. Terkadang dia berasa sangat cemburu kenapa hubungan dia dan isterinya tidak seindah hubungan isterinya dengan mamanya ?

Sungguh terkilan dan kecewa. Bouquet disebelahnya di renung sekilas. Untuk Dr Qira sebagai hadiah kerana merawat Afeef. Sebaik sahaja dia sampai dia terlihatkan kelibat Dr Qira yang baru keluar daripada bilik.

'' Hai Qira. Dah lama I tak jumpa you. " Sapa Adam Fiqri teruja. Dia melemparkan senyuman kepada Dr Qira yang juga turut melemparkan senyuman kepadanya.

'' Ada apa nak jumpa I ? Bunga tu untuk I ke isteri kesayangan you ? '' Usik Dr Qira.

Kalaulah bunga tu untuk dia, bahagianya ! No Qira. Adam ni dah ada isteri. Dah ada anak pulak tu. Kau jangan nak kacau daun. Kutuk Dr Qira dalam hati.

" Untuk you sebagai ucapan terima kasih I pada you sebab merawat Afeef selama ni untuk I. I sebenarnya baru balik dari Brunei. Dekat sana I asyik fikirkan Afeef je. Tu yang bila sampai airport I naik cab cepat cepat. Rindunya I pada dia.. '' Tutur Adam Fiqri lembut membalas kata kata Dr Qira. Adam Fiqri melemparkan senyum. Manis.

'' Terima kasih untuk bunga ni.. "

Dr Qira sorok senyum. Malu. Ini kali pertama Adam Fiqri bagi bunga. Adam, I ikhlas jaga Afeef. You kawan baik I, mestilah I selalu nak terbaik untuk you.

Dr Qira memang baik padanya. Tapi sayang, persahabatan mereka tidak sampai je jinjang pelamin. Adam Fiqri tahu yang Dr Qira meminatinya sejak zaman sekolah lagi. Malah dia sendiri kenal ibu bapa Dr Qira yang terkenal dengan sifat ramah dan berbudi macam anak perempuan tunggalnya ini.

Kalau aku pinang dia, agaknya dia nak tak jadi mama Afeef ? Bisik hati kecil Adam Fiqri.

'' Nah, minum. I tengok you penat semacam. CEO memanglah banyak kerja kan ? Tu lah. Nak sangat buat business. Kan dah letih. '' Ujar Dr Qira. Tanganya menyuakan air botol mineral kepada Adam Fiqri untuk menghilangkan penatnya.

'' You know adik beradik I ? I je yang tinggal. Kalau tak, arwah papa I dah lama dah jual semua saham saham syarikat tu. I yang nak sangat sambung business arwah papa. So I kenalah berletih. '' Balas Adam Fiqri perlahan.

Air botol yang diteguknya kini tinggal separuh. Akhirnya semua penatnya terbebas juga. Sebentar lagi dia akan pulang ke rumah dan melayani dingin isterinya yang sudah sejuk membeku.

'' You dengan Ain macam mana ? '' Tanya Dr Qira perlahan. Tidak berniat ingin bertanya namun itulah juga persoalan yang terluah pada bibirnya.

'' Tak tahulah. I dah tak tahu nak pujuk. Hari tu dia cakap bukan bukan dekat mama I. Mana I tak berserabut. Nasib baik lagi dua minggu lagi I kena pergi Beijing pulak.. Lagi pun mana ada masa nak discuss. I sibuk sangat dengan tender. '' Luah Adam Fiqri.
Wajahnya tegang memikirkan hal isterinya yang sudah beberapa hari tidak bersuara denganya. Ditanya sepatah jawab sepatah. Ditanya banyak, jawab pendek je. Dia sendiri tidak tahu lagi hendak memujuk.

'' You sabarlah. You tu lelaki. Perasaan hilang anak ni tak sama macam mana dia rasa. Dia yang pregnant dialah yang tahu susahnya. Lagipun dia seorang mummy, mestilah dia terkilan. Bagilah dia masa sikit lagi. I tahu bukanya dia sengaja tak layan you. '' Pujuk Dr Qira bagi pihak Ain. Kalau dia pasti akan bersedih dan akan mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan. Adam Fiqri hanya senyum kelat.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now