Akhirnya kereta Adam Fiqri masuk ke perkarangan sebuah rumah mewah berwarna putih. Rumah keluarga Syazana. Keluarga yang telah menjaga Afeef sekali gus menjadi keluarga susuan Afeef.
Aku membuka pintu kereta. Aku terus melangkah ke arah pintu utama rumah yang tersergam indah itu. Aku yakin Afeef juga tidak sabar sabar untuk menemuiku.
Selepas salam Adam Fiqri bersambut, tirai pintu dibuka. Tersembul wajah seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Helmi suami kepada Syazana dengan memangku seorang bayi. Aku mendakap Afeef erat. Kini bebannya hilang sedikit demi sedikit. Akhinya rindunya dapat dilepaskan.
'' Ain.. tu bukan Afeef. Yang kau pegang tu anak aku. Ni Afeef.. '' Tutur Syazana lembut.
Aku menyerahkan kembali anak Syazana pada suaminya. Aku mendapatkan Syazana yang sedang memangku Afeef yang sedang menangis.
Kini Afeef berada didalam dakapanku. Selepas diusap perlahan dan dipujuk, Afeef terus berhenti menangis. Aku terus leka dengan Afeef. Tak berhenti henti dia menghadiahkan ciuman pada pipi anaknya.
'' Syukurlah Ain dah tahu yang anak dia masih hidup. Baru first time jumpa terus rapat macam tu '' Ujar Zul Helmi sambil melemparkan senyuman.
Dia juga telah bergelar suami dan ayah. Sebagai suami dia perlu memikul tanggunjawab yang berat. Menjaga dan melindungi isteri. Sentiasa perlu ada disamping isteri tak kiralah apa jua keadaan.
Terutamanya ketika isterinya Syazana mengandungkan Zul Haziq. Teringat peri laku isterinya yang berfikiran Zul Helmi mahu meninggalkannya. Padahal Zul Helmi hanya mahu ke dapur. Betapa rumitnya perempuan ketika pregnant. Inikan pula perasaan terluka Ain yang mengandung dan melahirkan Afeef apabila mendapat tahu Afeef yang disorokkan.
'' Terima kasih Zul sebab jagakan Afeef untuk aku. Dah tiba masanya Ain tahu yang Afeef tu anak kami. Aku tak nak tengok dia bersedih terlalu lama. Lagi pun aku memang tak patut rahsiakan semua ni ''
Adam Fiqri tekun memandang Ain yang setia kepada Afeef.Kasih sayang Ain terserlah sikit demi sedikit apabila kini dia sudah bergelar seorang ibu. Adam Fiqri terasa terpempan kejap. Ain sangat sayangkan Afeef.
Cuma aku je ni je yang bodoh tak reti menilai kasih sayang Ain. Tak tergamak aku nak pisahkan Ain dengan Afeef lagi. Cukuplah dia terlalu tertekan dulu bila aku bagitahu dia yang anak kami dah tak ada.
Terserlah kekecewaan dan rasa kecewa Ain. Berhari hari air mata isterinya itu mengalir. Bukan itu niat Adam Fiqri. Adam Fiqri berharap dan berdoa agar kebahagiaan ini akan berkekalan antara dia dan Ain dalam menjaga dan membesarkan Afeef kelak.
'' Kita boleh bawak Afeef balik kan ? '' Soalku kepada Adam Fiqri dengan nada teruja. Aku memandang Adam Fiqri penuh mengharap. Aku tak nak berpisah dengan Afeef lagi.
Tapi.. dalam masa yang sama aku tak nak hidup dengan Adam Fiqri. Aku nak mula balik rancangan asal aku nak bawak Afeef lari dari sini. Aku dah bertekad. Walau apa pun yang jadi, aku nak besarkan Afeef untuk bencikan kau. Aku nak bawa Afeef pergi jauh dari sini. Lepas tu, aku akan pastikan kau ceraikan aku, Adam.
Adam Fiqri anggukan kepala. Sudah tiba masanya dia membina keluarga yang lengkap dari sekarang. Jika dibiarkan Afeef lama lama di jaga orang, kelak takut Afeef sendiri tidak mengenali mana satu ibu bapa sebenarnya.
'' Kita orang balik dulu, Zana.. Terima kasih sebab sudi jaga anak aku. Kalau free, bawalah Zul Haziq datang rumah main dengan Afeef ''
Syazana memaniskan senyumnya. Hangat tangan Afeef bakal dirinduinya. Senyuman yang dimaniskan cuba menutup rasa sedih yang mula menyapa. Syazana akan berpisah dengan Afeef yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri pergi diambil semula oleh kedua orang tuanya.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...