Ukasyah. Nama itu tak pernah luput diingatanku.
Aku hanya mendiamkan diri. Menunggu lelaki disebelahku memulakan kata kata. Sebenarnya aku masih terkejut dengan kehadiranya. Sudah bertahun tahun dia menghilangkan diri. Abang Ukasyah. Ahli keluargaku yang sudah lama menghilangkan diri.
Baru sekarang abang tunjukkan muka abang tu ? Kenapa baru sekarang ? Mana abang waktu Ain perlukan abang ? Waktu semua orang dalam dunia ni berpaling daripada Ain. Abang pergi mana ?
'' Ain sihat ? '' Soal Ukasyah lembut. Tak sangka bertahun tahun lamanya, baru hari ini dia diberi kesempatan untuk menemui adik bongsunya ini.
'' Ain sihat.. Cuma hati je tak berapa nak sihat. Mana abang hilangkan diri abang selama ni ? Kenapa abang tak ada masa Ain perlukan abang ? Abang tahu tak, Ain rasa Ain ni macam sebatang kara je dalam dunia ni. Mak dengan abah dah tinggalkan kita. Abang dengan Abang Iq langsung tak balik jenguk Ain. Tak cuba cari Ain.. '' Aku cuba mengawal emosi tapi gagal.. Akhirnya air mata yang sudah lama tidak mengalir, akhirnya turun jua.'' Abang minta maaf, Ain.. Abang sebenarnya malu untuk berdepan dengan Ain.. Abang bukan abang yang baik untuk adik adik abang.. Abang tahu.. Tapi abang cuba belajar jadi abang yang baik untuk Ain.. Ain boleh bagi abang peluang ? ''
'' Kenapa Ain kena bagi abang peluang ? Abang ingat hubungan adik beradik ni boleh putus sampai mati ? Walau buruk mana pun abang, abang tetap abang Ain. Ain gembira sangat bila Ain tahu yang Ain tak hidup sorang sorang selama ni.. '' Aku memeluk Abang Ukasyah erat. Tapi semua persoalanku belum terjawab. Kemana bangnya telah pergi selama ini ?
'' Habis mana abang pergi ? '' Aku semakin ingin mengorek ceritanya.
'' Penjara. Abang terlibat dalam dadah. Tapi sumpah abang dah tak menagih dah.. '' Kata Ukasyah bersungguh sungguh.
'' Kenapa abang je balik ? Mana Abang Haziq ? '' Soalku hairan melihat abang Ukasyah sahaja yang balik.
'' Abang Haziq dah tinggalkan kita Ain... Abang Haziq menghidap kanser hati tahap empat.. Dah empat tahun dia tinggalkan kita. Tapi dia ada bagi abang surat untuk bagi dekat Ain kalau abang dapat jumpa Ain... Abang berubah sebab Abang Haziq.. Abang Haziq dah banyak ajar abang.. Buka pintu hati abang.. Abang tak boleh sia siakan amanat terakhir Abang Haziq. Abang Haziq nak abang cari Ain dan jaga Ain.. Bacalah surat tu.. Dah lama dah abang simpan. Empat tahun abang cari Ain...Tapi abang tak jumpa Ain.. Abang ada balik kampung, tapi orang kampung cakap rumah arwah ibu dah kena jual.. ''
'' Tahu. Ain kenal dengan dia orang semua.. Tapi biarlah.. ''
Apa yang terjadi kepada keluarga bekas suaminya, tiada kaitan denganya lagi.. Datin Adibah dan Dato Mukhlis pula sudah berhijrah ke luar negara.. Nazrul pula sudah berkahwin dengan pilihan hatinya dan menetap di Johor dengan isterinya. Alisa masih didalam penjara semakin hidup dalam tertekan. Sikit pun Datin Adibah tidak mahu menjaminnya. Begitulah penamat kehidupan keluarga Dato Mukhlis. Dia sendiri tidak tahu kemana Adam Fiqri..
'' Biarlah dia hidup senang Ain.. Tapi Allah tu Adil. Dia tak mungkin benarkan orang macam tu hidup bahagia lama lama.. Bacalah isi surat tu.. Abang pun nak tahu jugak apa yang abang Haziq pesan.. '' Ukasyah terima dengan berlapang lada segala ketentuaan hidupnya.
Assalamualikum adik Abang Iq..
Bila ain baca surat ni, mesti ain dah dapat jumpa dengan abang syah kan ? Masa tu mungkin abang dah tak dapat jumpa ain.. Jumpa abang syah.. abang tak dapat nak kumpul sama sama macam dulu dulu dengan arwah ibu.. ain, abang minta maaf sebab pergi tinggalkan ain. abang tahu mesti susah ain untuk jalani hidup seorang diri.. tanpa abang.. takde abang syah.. abang tak nak ain susah macam abang.. ain kena janji dengan abang.. ain akan hidup bahagia. abang sayang ain .. abang sayang abang syah.. abang nak ain tahu yang abang sentiasa doakan yang terbaik untuk ain.. ain kena pandai jaga diri sebab abang dah tak ada nak jaga ain.. selamat tinggal ain..
salam sayang
Muhd Haziq B. Nordin
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantizmMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...