Bab 33

13K 200 0
                                    

Aku dan Adam Fiqri sudah pun berbaik seperti dahulu. Seperti dulu ? Entahlah. Aku sudah meminta maaf kepadanya dan aku berjanji yang aku sudah menerima anak itu berada didalam rahimku. Ya, aku mula menyayangi zuriat Adam Fiqri ini. Namun fungsinya semestilah menjadi alat untuk aku membalas dendam. Rancanganku kini adalah melahirkan zuriat ini dan aku akan pastikan Adam Fiqri tidak akan menemui kami lagi.

Adam Fiqri mengeluh. Dia mencampakkan baju kotnya diatas katil dan terus merebahkan dirinya di atas katil. Tali lehernya dilonggarkan. Letih baru balik outstation atas urusan kerja. Letih sungguh badanya. Di sana dia tidak dapat berehat kerana projek itu seratus peratus berada di bawah pengawasanya jadi dia perlu berlelah untuk itu.

Dipejamkan matanya dengan penuh tenang. Wajah isterinya itu juga tidak kelihatan.

" Kemana pulak bini aku ni ? Tak tahu ke suami dia dah balik ni ? " Getus hati kecil Adam Fiqri. Dia terus melelapkan mata dan ingin merebahkan segala kepenatannya.

Pintu dikuak dari dalam. Wajahku mengerling ke arah susuk tubuh Adam Fiqri yang baru melelapkan mata barangkali. Aku merapati Adam Fiqri.

" Abang rindu Ain. " Adam Fiqri terus merapatkan matanya. Tanpa sedar dia mengucapkan itu. Aku hanya membiarkan sahaja Adam Fiqri memelukku erat. Tiba tiba perutku terasa sentuhan. Aku tersenyum. Adam Fiqri menyentuhnya lembut. Aku hanya diam tidak berkutik. Senyumanku lebar terukir. Rindu ?

" Abang nak mandi dulu. Ain buatkan abang hot chocolate boleh kan ? " Adam Fiqri menolakku perlahan. Senyumanya terukir mesra. Dia terus mencapai tuala dan terus meleburkan diri ke dalam bilik air.

Serius ! Senyuman dia menakutkan !

Aku hanya tersenyum. Menyentuh kandunganku yang sudah mencecah ke tujuh bulan. Aku sudah malas hendak bertekak lagi dengan Adam Fiqri. Biarkan sahaja apa yang dia ingin lakukan. Aku sudah letih hendak menipu dengan diri aku sendiri. Hampir lima bulan aku bertekak dengan dia pasal kantoi aku nak buat abortion.

Aku sudah memikirkan masak masak. Aku akan jadi berdosa jika aku membuang anak yang tidak berdosa. Jadi biarlah dia ada dalam rahimku walaupun terpaksa. Aku ni aja yang tak reti nak terima hakikat. Adam Fiqri sudah mula menyayangiku. Dia melayaniku sungguh. Tapi aku ? Fikir aku kisah ?

" Sayang menung apa tu ? Ni sayang abang dah mandi ke belum ni ? " Adam Fiqri mencium perutku lembut. Diusap usap perlahan perutku yang sudah agak membesar itu.

Gembira hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apabila tidak lama lagi dia akan bergelar seorang ayah. Isterinya itu juga sudah mengaku yang dia mencintai dirinya. Dia amat gembira mereka bakal ada anak. Hidup bersama seperti rumah tangga orang lain. Dia amat berharap dan mengharapkannya.

" Dah lah. Ni abang nak tidur terus ke nak makan dulu ? " Aku ketawa kecil. Ketawa yang sememangnya dibuat buat. Aku nak kau tahu, Adam. Mencintai aku adalah kesilapan yang besar yang pernah kau buat dalam hidup kau.

" Abang nak makan. " Balas Adam Fiqri sambil tersenyum lebar. tanganya lincah mengelap rambut yang basah. Selepas itu tanganya mencapai baju T berwarna hijau dan disarungkan ke tubuhnya. Tanganku dicapai dan membimbingku sehingga ke dapur.

Perlahan lahan aku menyuapkan nasi ke mulut. Aku terkejut dengan kehadiran mama dan kak long. Mereka mengambil tempat di kerusi kosong. Alisa. Aku menjeling tajam. Kenapa dalam banyak banyak hari kenapa hari ini dia berada disini ?

" Berkepitlah je kan korang berdua ni. " Usik Alisa. Namun dia tertangkapkan jelingan maut daripada adik iparnya ini. Huh ! Ingat jeling jeling aku heranlah ? Kutuk Alisa dalam hati.

Datin Adibah pula hanya melemparkan senyuman. Gembira kerana tidak lama lagi dia akan menimang cucu pertama daripada anak buah sendiri dan anak kandung sendiri. Jika ada adiknya, pasti dia orang yang paling gembira sekarang. Namun tidak pasti anaknya ini akan berkahwin dengan sepupu sendiri. Dia sendiri tidak pasti.

" Biarlah. Adam nak manja dengan isteri sendiri salah ke ? Eleh kak long jeles. " Balas Adam Fiqri dengan ketawanya. Aku pula merasa seperti dua adik beradik sedang menikmati kebahagian yang hanya seketika. Kesianya ! Hatiku senyun sinis.

Mataku tertancap pada Datin Adibah yang hanya mendiamkan diri. Sedari tadi mama hanya menikmati hidangan. Apa pula yang sedang mama fikirkan saat ini ?

Mama tengah fikir kalau tak disebabkan ketamakkan papa, Ummi mesti takkan rasa sunyi dan sedih. Sebab pak long, Ummi jadi anak terbuang. Abah dah ada isteri lain. Dia langsung tak pedulikan Ummi. Mama harap takde dendam dihati Ummi untuk keluarga mama. Bisik Datin Adibah dalam hati.

Selepas makan aku terus naik ke bilik sementara Adam Fiqri terus asyik berbual bual dengan ibu kesayanganya serta abang iparnya Firdaus. Telefon pintar milik Adam Fiqri berdering.

" Reen ? " Apa lagi minah ni nak ? Tak cukup ke kau dah goda Adam malam tu ? Apa lagi yang kau nak ni hah perempuan gila ! Tak sedar diri ! Aku menekan punat merah.

Beberapa saat selepas itu, telefon milik Adam Fiqri berdering lagi. Reen lagi Reen lagi Reen lagi ??! Apa yang dia nak sebenarnya ! Kali ini aku membiarkanya lama tidak berjawab. Kau ingat kau boleh rampas dia sebelum aku lunaskan dendam aku ? Kau nak dia kau ambiklah ! Tapi tunggu aku balas dendam dulu baru kau boleh ambik dia !

Seketika kemudian pesanan ringkas pula yang masuk. Aku membukanya tanpa takut. aku memandang skrin telefon dan membaca bibit bibir pesanan ringkas milik Reen.

you fikir isteri you tu baik sangat ke ? you dah lupa kot isteri you tu perempuan simpanan papa you? Untuk pengetahuan you, isteri you tu bukan perempuan baik. dia kahwin dengan you sebab nak bolot harta you je. You tak percaya you tanya pasal duit papa you bagi.  you jangan jadi bodohlah adam.

Pintu bilik terkuak perlahan dan terus saja aku meletakkan kembali telefon pintarnya tanpa sempat aku memadamnya. Adam Fiqri melemparkan senyuman. Aku membalas senyumanya. Harap dia tak perasan apa apa !

Aku kena padam message tu ! Adam tak boleh tahu ! Aku mula cuak. Fitnah apa lagi yang Reen cuba buat ? Kau buat lawak apa ? Satu juta kot ! Dalam account aku pulak tu ? Memang tak masuk akal ! Aku menelan liur.

" Kenapa berdiri dekat situ ? " Soal Adam Fiqri lembut. Senyumanya terukir dari tadi.

" Err, tak. Takde pape. "

Aku mengetap bibir. Harap Adam tak perasan apa apa ! Aku merapati Adam Fiqri yang sudah tersandar di kerusi empuk didalam bilik ini. Aku mencapai tanganya dan kugenggam. Sesekali Adam Fiqri mencium tanganku pula.

Kalau tak disebabkan untuk niat yang sudah lama aku simpan dalam hati, sudah lama aku melangkah keluar daripada bilik ini mahupun rumah ini !

" Kalau kau ingat kau bahagia sekarang sebab menipu, aku boleh hancurkan hubungan korang dengan menipu jugaklah ! " Reen ketawa kuat. Lepas ni kita tengok. Siapa yang kena tendang siapa ? Reen tersenyum sinis sebelum menyambung semula ketawanya.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now