Aku memicit micit kepalaku yang berdenyut denyut. Rasa macam baru habis kupas bawang 100 biji. Tapi aku perlu banyak berehat dan tidak boleh banyak bergerak kerana badanku masih lemah dan masih belum kuat.
Adam Fiqri sudah lama menghilang, mungkin sedang menidurkan Afeef. Biarlah dia hilang. Hilang tak dirindui. Tapi aku gagahkan juga pergi menjenguk Afeef.
'' Afeef mana ? Dah tidur ke ? '' Aku bersuara perlahan. Aku mengagahkan juga diriku memanjat tangga ke bilik Adam Fiqri. Aku tercari carikan Afeef. Aku menolak sedikit tubuh Adam Fiqri yang menghalang pintu biliknya daripada aku masuk.
'' Dah malam buta ni. Kau tak payah nak cari Afeef. Afeef dah tidur.. '' Balas Adam Fiqri sedikit kasar. Wajah pucat isterinya direnung.
'' Tapi Ain nak cium Afeef.. boleh tak abang ? Ain rindu sangat dengan Afeef. Dari semalam abang tak bagi Ain jumpa Afeef. Ain nak cium dia sebelum Ain masuk tidur.. '' Luahku perlahan. Air mata yang bergenang sebaik mungkin cuba ku tahan. Takkanlah nak cium Afeef pun tak kasi ? Rintih hatiku perlahan. Terkilan sedikit dengan tindakan Adam Fiqri.
'' Tak payah. Karang dia menangis, kau nak bertanggungjawab ? Kau pergi balik bilik kau. Kau tak payah susah susah nak jaga Afeef. Apa gunanya aku ni papa dia. Aku boleh jaga Afeef sendiri. '' Balas Adam Fiqri lantang. Tubuh isterinya itu ditolak tolak agar menjauhkan diri daripada biliknya.
'' Tapi Ain nak jumpa Afeef.. '' Aku terus masuk ke dalam biliknya dan mendapatkan Afeef yang sudah terlena. Air mataku terus tumpah. Sejak semalam wajah itulah yang ingin ku tatap.
Aku mengucup pipi Afeef penuh berhati hati. Takut dia terjaga. Afeef, mama rindukan Afeef.. Afeef duduk elok elok dengan papa ya sayang ? Mama tak kuat nak jaga Afeef.. Ni adik baru Afeef yang kacau mama. Dia cemburu kot kalau mama asyik rapat dengan Afeef.. Afeef baik baik dengan papa ya sayang ? Bisikku dalam hati.
'' Dah puas ? Kau keluar dari bilik aku sekarang. Aku nak tidur. Kau dah biasa tidur sorang sorang selama ni kan ? Ouh ya, lagi satu. Aku nak bagi tahu yang mama tak nak tengok muka kau start bulan puasa nanti. Mama nak kau keluar daripada rumah ni. Tapi aku benarkan kau tinggalkan dekat rumah aku. Kau duduklah situ sampai kau jumpa rumah sewa. '' Perlahan Adam Fiqri menuturkan ayat itu. Tapi, hatinya tidak sampai hati. Pedih menghiris hatinya. Dia terpaksa berenggang dengan Ain.
Kalau boleh, dia mahu setiap hari melihat Ain didepan matanya. Walaupun sakit hatinya belum reda, tak mungkin dia tergamak melihat Ain menangis dan merayu sehingga melutut pada kakinya di hospital tempoh lalu.
Keluar daripada rumah ni ? Aku nak pergi mana ? Mama tak nak maafkan aku ke ? Ma.. kenapa mama tak percayakan Ummi ? Ummi tak ada niat sampai macam tu nak racun mama... Macam mana aku nak berpisah dengan Afeef ? Sedetik tak dapat menatap wajah Afeef seperti setahun. Sampai hati mama menghalaunya..
'' Abang.. Ain merayu dengan abang. Jangan pisahkan Ain dengan Afeef. Macam mana nanti kalau Afeef cari Ain ? Abang tolonglah buat sesuatu. Pujuklah mama.. Abang bagitahulah mama yang Ain tak buat semua tu.. Tolonglah Ain abang. Ain tak boleh hidup tanpa Afeef.. Ain tak nak berpisah dengan abang.. Ain nak pergi mana ? Ain tak ada sesiapa lagi dalam dunia abang... Ain cuma ada abang. Ain cuma ada Afeef.. '' Rayuku.
Tubuhku sudah terjelopok di muka pintu bilik Adam Fiqri. Entah kenapa sejak akhir akhir ini dia sudah bertukar menjadi perempuan yang mudah merayu, menangis dan melutut.
Air matanya juga sudah meneruni pipi. Wajah Adam Fiqri direnung dalam. Mengharap belas ihsan daripada sang suami. Yang pasti air matanya senang senang dibazirkan untuk lelaki bernama suami ini.
Kenapa disaat dia mahu berubah dan melupakan semua ini, hatinya diuji dengan layanan Adam Fiqri yang dingin dan terpaksa dipalitkan dengan kebencian seluruh ahli keluarga Adam Fiqri.
'' Kau merayulah sampai pagi esok. Tak mungkin kau dapat ubah keputusan mama. Mama memang dah bencikan kau. Mama tak nak tengok muka kau. Aku paling kecewa dengan kau Ain.. Sumpah, aku tak sangka kau sanggup buat macam ni. Selamat malam. '' Balas Adam Fiqri terus menutup pintu biliknya. Akhirnya dibiarkan saja. Adam Fiqri merengus. Malas nak layan ! Buat sakit hati je. Adam Fiqri terus merebahkan diri dan terus memejamkan matanya.
Dalam hatinya menangis. Hatinya bengkak. Kenapa dia tergamak membiarkan isterinya diperlakukan seperti itu ? Hatinya menangis. Fikiranya masih buntu. Rasa sakit hati masih beraja didalam hati walaupun terkadang dia rasa ingin dipeluk isterinya itu. Namun apa yang telah dilakukan isterinya itu sungguh membuatnya keliru. Keliru dengan sikap isteri yang sanggup menganiaya ahli keluarganya.
Aku bersandar pada dinding. Ain akan merayu pada abang kalau itu yang abang nak Ain buat. Ain sanggup. Tapi yang Ain tak sanggup bila Ain terpaksa berpisah dengan Afeef.. Akhirnya air mataku mengalir lagi. Aku tertidur disitu dengan sisa air mataku yang masih belum berhenti mengalir.
Aku terjaga apabila kedengaran bunyi dentuman yang kuat memecah kesunyian di gegendang telingaku. Hujan lebatlah. Patutlah sejuk semacam je. Dah pukul berapa ya agak agak ?
Fikiranku terus teringatkan Afeef. Mesti dia takut. Lantas saja aku mengetuk perlahan pintu bilik Adam Fiqri tapi aku tidak membuat demikian.
Afeef tak perlu takut. Afeef ada abang.. Abang lebih layak jaga Afeef. Ain tak layak untuk jaga Afeef. Aku kembali bersandar pada dinding. Dinginya suasana menyapa tubuhku saat itu.
Mama tak kira. Mama akan tunggu sampai Afeef bangun. Mama sayangkan Afeef. Mama tak nak jauh daripada Afeef.. Air mata yang berbaki, dikesat perlahan dengan hujung lengan bajunya. Dia rela berpeluk tubuh seperti ini sampai esok pagi asalkan dia dapat menemui Afeef. Akhirnya aku tertidur semula.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...