Bab 38

12.6K 217 2
                                    

Adam Fiqri terlena sambil mengenggam tangan isterinya. Mungkin itu sahaja cara untuk merenda kan rasa kecewa kehilangan anak mereka yang kedua. Sungguh dia terkilan. Hanya kerana ego segala galanya berubah menjadi tragedi. Isterinya kini terlantar di hospital dan masih belum sedarkan diri semata mata untuk melahirkan anak mereka yang tidak cukup bulan.

Dia sebagai seorang lelaki merasa tidak berguna. Tidak pernah membahagiakan isterinya dalam keadaan apa pun.
Selalu menuduh isterinya itu tanpa bukti dan mendera jiwa dan batin wanita itu. Sekarang dia benar benar merasakan dia tidak berguna sama sekali. Mungkin dia tidak layak menghukum wanita itu berdasarkan masa silamnya dengan arwah papa.

Aku menarik kasar tanganku daripada genggaman Adam Fiqri sehingga membuat lelaki itu terjaga. Entah kenapa keberadaan lelaki itu disisiku seolah olah menyesakkan pernafasanku diruang bilik. Kau jangan nak acah acah baiklah Adam !

" Ain.. " Panggil Adam Fiqri lembut. Adam Fiqri mengukir senyum. Namun jelingan isterinya itu menjengah diruang matanya. Senyumanya mati. Direnung perlahan tangan isterinya yang dialihkan daripada tanganya.

Terpempan. Reaksi isterinya dingin. Sampai bila kau nak layan aku macam ni Ain ? Sampai bila ? Kenapa kau berubah terus macam ni ?

" Mana anak aku ? Entah entah kau dah bunuh dia ! Mana anak aku ?! Cakaplah Adam ! Kenapa kau diam ?! " Soalku dengan nada yang marah.

Wajahku kini basah. Aku menggoncang tubuh Adam Fiqri. Namun Adam Fiqri tetap diam membisu seribu bahasa. Akhirnya perlakuanku terhenti.

" Cakap Adam. Kenapa kau diam ? Mana anak aku ? Dorang selamat kan ? "Soalku dengan nada yang mula mendatar. Tangan Adam Fiqri ku genggam kemas.

" Maafkan aku Ain. Anak kita dah takde. " Ucap Adam Fiqri sayu. Hatinya sebak. Maafkan aku. Aku takde niat nak tipu kau Ain. Aku terpaksa. Aku tak nak kau sedih kalau kau dapat tahu hal sebenarnya. Aku nak anak kita betul betul sihat, baru aku akan izinkan jumpa dengan kau. Kau nak marah aku, kau marahlah. Memang semua ni berpunca datang daripada aku.

" Kau merepek apa ni hah ?! Kau jangan nak tipu akulah Adam ! Kau memang sengaja ! Dari dulu sampai sekarang kau memang bencikan aku ! Kau memang nak ambik anak aku ! Bagi balik anak aku ! Aku cakap bagi balik anak aku ! " Aku mula memukul mukul tubuh Adam Fiqri.

Memang betul kata Reen. Adam Fiqri kahwin dengan aku sebab zuriat ! Sebab harta !

" Kau jahat Adam ! Kau bunuh anak aku ! Kau berambus dari sini ! Aku tak nak tengok muka kau lagi ! " Luahku dengan tangisan yang semakin kuat. Aku menolak nolak tubuh Adam Fiqri. Aku tak nak tengok muka kau lagi ! Pergi kau dari sini ! Pergi !Aku benci tengok muka kau ! Kau dengan Dato Mukhlis memang tak pernah puas seksa keluarga aku !

" Ya aku memang jahat ! Kau boleh salahkan aku. Kau boleh bencikan aku sedalam mana yang kau nak. Aku mengaku ni semua salah aku. Salah aku, Ain. Salah aku ! Tapi kau kena tahu, yang aku takde niat pun nak buat kau macam ni. Sumpah Ain, aku betul betul sayangkan kau. " Luah Adam Fiqri. Tanganya mendakap wajah isterinya. Mengharapkan sebuah pengertian.

Ain... Maafkan aku. Aku takde niat nak buat kau macam ni. Aku sayang kau Ain. Memang. Memang aku jahat.

" Keluar ! Aku kata keluar ! Kau ni pekak ke hah ?! Aku cakap keluarrrrrrrrrrrr ! " Aku mengangkat jari telunjukku menghala pintu. Entah kenapa perasaanku kali ini semakin membenci. Wajahku sedikit pun tidak berpaling memandang wajahnya. Perasaan benci mengetuk kecil pintu hatiku saat ini.

'Apa lagi Ain ? Apa lagi yang mampu kau buat ? Hah ? Apa lagi ? Kau memang perempuan miskin yang lembab ! Semuanya dah berakhir. Dendam kau dah berakhir. Semua rancangan kau untuk balas dendam dah musnah ! Hahahahhahaha ! Adam tu kaya. Kau tu miskin. Bapak kau pun tak sayangkan kau. Abang abang kau semua tak pedulikan kau ! Baik kau mati jelah. ' Suara akalku bergema.

' Perempuan bodoh macam kau ni, memang tak layak hidup ! ' Suara Reen bergema dimindaku.

Akhirnya pandanganku gelap. Suntikan itu berjaya meredakan hatiku yang sedang bergelojak penuh dengan rasa benci. Entah kenapa kali ini ianya begitu menyakitkan. Sama seperti Dato Muklis yang menyakiti ibunya. Sungguh dia tidak perlukan cinta lelaki itu. Dia hanya ingin membalas dendam. Itu sahaja.

Dulu Dato Muklis yang menyebabkan kematian ibunya. Kini Adam Fiqri menyebabkan kematian anak didalam kandunganya. Ya mungkin dulu dia bencikan benih Adam Fiqri melekap didalam rahimnya. Tapi sekali lagi Adam Fiqri mencampak dan memijak mijak kasih sayangnya.

Adam Fiqri melekapkan tanganya pada cermin lutsinar yang menampakkan anak mereka didalam inkubator. Kecil dan masih lemah. Jika tidak kerana egonya, pasti perkara ini tidak akan berlaku. Dia tidak pernah sedar.

Dia benar benar lelaki yang lembab dan tidak pernah membahagiakan isterinya selama ini. Sungguh dia telah banyak melukakan hati isterinya itu. Setiap kekasaran dan jeritan halus isterinya kini menjengah ruang fikiranya. Dia langsung tidak pernah mendengar setiap jeritan isterinya selama ini. Selama ini dia hanya dibutakan dengan ego untuk menghukum Ummi Nur Ain kerana menjeratnya dalam perkahwinan ini.

Tapi kini dia sendiri mengaku dia mencintai wanita itu. Sungguh dia menyesal dengan apa yang telah diperbuat. Egonya sendiri kini telah tunduk pada cintanya. Begitu menyiksakan jika hanya perasaan benci menyapa hati isterinya.

" Maafkan ayah Afeef. " Adu Adam Fiqri. Air matanya mula bergenang dikelopak mata. Hiba hatinya melihat anaknya kini berada di inkubator. Dikawal rapi sepenuh masa. Tapi hatinya masih terharu dan teruja dapat mengazankan anak mereka.

Bapa mana yang sanggup melihat anak mereka yang kecil terseksa dengan wayar berselirat di badan ? Sudahlah masih kecil dan merah. Adam Fiqri sendiri tidak sanggup. Air matanya sahaja yang banyak mengalir menggantikan mulutnya daripada berbicara. Dia terlalu lemah untuk ini. Semua yang berlaku terlalu sekejap.

Baru semalam Adam Fiqri merasakan betapa dialah lelaki yang paling bahagia. Mencintai dan dicintai oleh wanita yang bergelar sang isteri. Namun, kini semuanya bertukar menjadi sebuah epilog duka. Dan yang pasti ini semua salah dia !

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now