Bab 72

12K 215 38
                                    

Aku memicit micit kepala yang ligat berputar. Saat ini aku tak dapat menumpukan perhatian. Sejak Dr. Syaqira datang semalam, makin ligat pula pusingnya. Aku berjalan perlahan lahan semampu boleh untuk pulang ke rumah.

Tapi, kini aku sendiri yang tergamam. Dr. Syaqira dan Adam Fiqri berdiri dihadapanku. Aku terkaku disitu. Yang pasti Adam Fiqri memandangku dengan renungan yang agak tajam. Kecut perutku melihat pandangan Adam Fiqri yang menusuk itu.

Berkecainya hati ku tengok Adam Fiqri dan Dr Syaqira datang bersama sama. Kenapa ? Abang dengan dia nak tunjuk yang abang dengan dia bahagia ? Tahniah.. Tak puas lagi abang nak sakitkan hati Ain.Tak letih lagi abang nak buat hati Ain sakit. Tak payah abang. Abang dah berjaya buat hati Ain sakit..

Adam Fiqri merenung wajah Ain yang agak pucat. Pucat kenapa ? Sakitkah dia ? Tak sihat ? Mungkin period cramp dia datang balik kot.

Ah, kenapa pulak aku kena kisah pasal dia ? Kalau dia kisahkan aku, mesti dia tak berhenti merayu dengan aku. tapi, sekarang lepas kena halau.. makin buat buat tak kenal aku siapa. Terus dapat kerja, siap dapat kereta sebiji. Apa lagi ? Jantan mana yang baik sangat dengan kau ni Ain ? Perempuan pisau cukur agaknya kau ni.. Senang je hidup mewah. Sekarang dah bukak butik sendiri ? Hebat kau kan ? Kutuk Adam Fiqri dalam hatinya.

'' Hai Ain.. Maaflah tak bagitahu awak yang saya nak datang. Awak free tak petang ni ? Saya dengan Adam cadang nak ajak awak berbuka sama sama dengan keluarga saya sekali. Boleh ? '' Soal Dr Qira teruja.

Abang dengan perempuan ni nak buka puasa dengan Ain ? Abang nak Ain jadi apa ? Tunggul ? Kayu ? Patung ? Dinding ? Sebab abang rasa hati dan perasaan Ain tak bernyawa ? Macam tu ke abang ?

'' Tak boleh, saya busy. Maaf, saya nak kena balik. Saya sakit kepala. Lain kali jelah. Mungkin tak ada lagi bagus kot. '' Aku terus berjalan melepasi mereka berdua. Tak ada gunanya aku berlakon kuat depan mereka. Sampai bila aku kena mengalah ? Orang dah tak sudi, kenapa aku nak terhegeh hegeh pulak ?

Kalau Adam sayang aku, cintakan aku, takkan dia tak tahu yang aku tengah sakit sakit sebab anak dia ? Sampaikan aku tak lalu nak makan sebab anak dia.. Takkan dia tak pernah terfikir tentang aku walaupun sesaat ? Mungkin tak. Mungkin dia sibuk beli barang hantaran mahal mahal sampai beribu ribu sanggup habis duit.

Hantaran aku ? Cuma telekung dan senaskah Al Quran. Cincin pun dia tak beli. Cincin mama yang dia gunakan untuk disarungkan ke jari manisku. Nak cakap dia tak mampu ? Dia mampu kahwin dua kenapa nak cakap dia tak mampu ? Baju nikah aku pun, hanya baju kurung warna cream kosong. Tanpa corak. Seronoknya kau kan Qira ? Dapat rasa semua tu..

'' Ain, please. Kalau awak tak terima perlawaan saya, saya batalkan perkahwinan tu. Biar keluarga saya malu. Itu yang awak nak kan ? '' Desak Dr Qira.

Dia mahu Ain ada bersama mereka ketika berbincang malam ini dirumah Adam Fiqri. Ain perlu ada. Itu tekadnya. Tapi hatinya lebih mahu menyakiti Ain. Dia mahuAin tahu bahawa dia adalsh satu satunya wanita yang manpu bahagiakanAdam Fiqri.

Batalkan perkahwinan ? Ouh kau nak ugut kawan aku lah ni ? Biarlah keluarga kau yang malu. Kau sengaja nak Ain datang sebab kau nak malukan Ain kan ? Eh perempuan sewel, kalau tak disebabkan ada lelaki tak guna tu, dah lama aku piat piat telinga kau. Aku tarik tarik rambut kau. Aku heret kau masuk dalam jamban, kurung kau 40 hari. Lantak kau ! Marah Fitrah dalam hati. Tergamam dia sekejap melihat dua ekor manusia yang datang tak diundang. Meluap luap darahnya.

Aku terus beredar secepat mungkin. Aku tak mahu tahu tentang mereka berdua. Semakin lama semakin hatiku semakin sakit. Aku tidak menghiraukan mereka. Ugutan Dr. Syaqira menyesakkan nafasku.

Aku terima Syaqira sebagai madu aku sebab aku tahu dia boleh jaga Afeef. Kalau dia orang tak kahwin macam mana dengan Afeef ? Afeef tak akan dapat kasih sayang seorang ibu yang sepatutunya Afeef dapat. Aku tak nak Afeef membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Aku yakin Dr. Syaqira dapat memberikan kasih sayang itu.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now