Datin Adibah mendapatkan Syafiqah dan Yazid yang baru memenuhi ruang menunggu. Adam Fiqri pula tidak kelihatan. Dipeluknya Syafiqah erat. Menahan gelojak didada melihat menantunya terkulai layu didepanya.
" Apa yang sebenarnya yang terjadi ni ngah ? " Yazid bertanya kepada Nazrul. Tiba tiba sahaja mamanya mendail nombornya dan memberitahu kakak iparnya masuk ke hospital selepas Datin Adibah mengambil abangnya di airport.
" Ain jatuh tangga. " Terang Nazrul
Nazrul melemparkan pandangan kepada adiknya Adam Fiqri yang menghampiri mereka perlahan lahan. Dia baru sahaja balik daripada UK. Menamatkan kursus kedoktoran disana. Apabila dia sampai sahaja ke rumah, dia terkejut.
Pang !
Datin Adibah menyapu pipi Adam Fiqri dengan penampar hebatnya. Geram dengan tindakan bodoh anaknya. Jika menantunya itu jatuh sendiri, kenapa mesti ada Adam Fiqri di atas yang hanya berdiam diri melihat isterinya sudah terkulai layu. Geram sungguh !
" Apa yang Adam buat dekat isteri Adam tu?! Jawab ! " Datin Adibah merenung tajam pada wajah anak ketiganya itu. Jika terjadi apa apa kepada menantunya, dia tidak akan teragak agak untuk tidak memaafkan Adam Fiqri.
" Ma... Adam.... " Adam Fiqri mengetap bibir. Entah kenapa tekaknya seakan tidak mahu berbicara. Kata katanya tidak terkeluar dari mulutnya. Terkunci serta merta.
" Sanggup Adam nak bunuh isteri dengan anak sendiri ? " Datin Adibah menolak nolak Adam Fiqri geram. Melihat anaknya diam membisu, Hatinya bagai dicarik carik. Apa lagi salah menantunya itu kali ini ?
Adam Fiqri mampu diam. Melihat Datin Adibah menunding salah kepadanya. Dia mengeluh berat. Mungkin terlalu tertekan. Dia tidak bermaksud menolak isterinya tapi kata kata isterinya itu memang menusuk nusuk egonya.
" Adam cuma nak tahu pasal duit yang papa bagi dekat Ain. Yang paling penting, anak tu bukan anak Adam. Dia hampir je buat abortion anak dalam perut dia tu. Dalam perut dia tu belum tentu anak Adamlah ma ! "
" Habis anak siapa kalau bukan anak Adam ? Adam tak pernah nak tanya dia betul betul apa masalah dia. Adam terus je nak hukum dia. Duit apa yang Adam cakap ? Papa tak pernah bagitahu mama apa apa pun ! Adam dengar cakap siapa ni ? " Marah Datin Adibah lagi.
Nafas Datin Adibah turun naik menahan geram sebelum Nazrul mengusap perlahan bahu Datin Adibah bagi meredakan marahnya. Dia pening kepala sebenarnya.
" Ma, please calm down. Nanti mama stress. " Pujuk Nazrul. Dia tahu mungkin Datin Adibah risau saat ini.
" Kau cakap dengan aku kalau bukan anak kau anak siapa ? Anak siapa? Kau jangan nak buat gilalah ! Kau dengar cakap Reen kan ? " Marah Yazid kepada Adam Fiqri.
Adam Fiqri hanya diam membisu. Dia sendiri tidak tahu yang dia sudah termakan umpan dan umpanya mengena oleh Reen. Reen memang sengaja hendak memancing egonya. Untuk mengasari tubuh isterinya. Kini dia benar benar menyesal. Dia tidak sengaja.
Dr Syaqira keluar akhirnya dan Adam Fiqri terus mendapatkan Dr Syaqira. Tangkai hatinya benar benar risau akan isterinya. Apa yang sebenarnya terjadi ? Dia ingin tahu sama ada anak dan isterinya itu selamat atau tidak. Sungguh dia ingin tahu.
" Isteri I ? " AdamFiqri terus mendapatkan Dr Aqira selepas keluar daripada bilik wad tersebut.
" Ain dah sedar. Bolehlah masuk jenguk dia. Erm ... Adam, I nak cakap dengan you dekat bilik I. " Dr. Syaqira terus bergegas ke biliknya dan Adam Fiqri mengekori dari belakang.
Datin Adibah terus merapatiku yang hanya melemparkan senyum hambar. Dr Aqira tidak memberitahu apa apa tentang keadaanya selain bertemu dengan suaminya dulu. Entah apa yang hendak dibicarakan.
" Kenapa dengan isteri I ? " Adam Fiqri terus bertanya sebaik sahaja Dr Aqira melabuhkan dirrnya didepannya. Kenapa ? Ada yang serius ke ? Aku nak tahu. Aku nak jumpa Ain.
" Caesarean. " Beritahu Dr Syaqira perlahan.
Adam Fiqri menggeleng gelengkan kepala. Tidak percaya.
" Adam, pujuk isteri you " Dia tahu rasa Adam Fiqri amat terpukul dengan kejadian itu.
Kata kata Dr Aqira meragut tangkai hatinya saat ini. Hanya air mata sahaja yang mengakir untuk menceritakan dia tidak kuat untuk menghadapi ini semua. Dia akan kehilangan anaknya.
" Adam, what's going on? " Sapa Nazrul. Dia merapati adiknya yang sedang duduk dilantai bersandar didinding sedang menangis. Ya, adiknya itu sedang menangis.
" My wife. Caesarean..." Adam Fiqri mula meraung pada bahu Nazrul. Tidak tertahan sebaknya.
" Cakaplah dengan dia perlahan lahan. " Pujuk Nazrul. Dia juga tidak berhak untuk menyalahkan adiknya itu. Dia sendiri tidak tahu apa apa.
" Tapi... " Adam Fiqri mula meraung lagi.
Nazrul mengusap ngusap perlahan bahu adiknya. Dalam masa setengah jam lagi isteri adiknya itu akan melakukan pembedahan mengikut prosedur. Itupun jika isteri Adam Fiqri bersetuju. Jika tidak ?
Adam Fiqri sudah basah dengan air mata. Hidungnya kembang kempis menahan esakan tangis. Semuanya salah dia ! Semua sebab ego dia isterinya terpaksa membayar diatas semua egonya ! Dia khilaf dan amat bersalah !
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...