Bab 10

19.7K 289 2
                                    

Aku agak gementar untuk melihat keputusan yang Adam Fiqri inginkan sangat. Perlahan lahan aku duduk di atas tandas duduk didalam tandas itu dan mula menguji alat itu dengan terpaksa. Beberapa saat kemudian aku mengangkat alat itu didepan mataku. Tanganku menggeletar. Aku menarik nafas dalam dalam. Aku membuka mata.

Keluhan berat terbit di bibirku. Aku merenung alat itu. Cukuplah kali ni je aku pandang kau dalam bilik air ni. Aku takkan uji kau dah lepas ni. Aku tak teringin pun nak ada anak dengan Adam Fiqri.

 Aku terus membuka pintu tandas. Hanya tunduk membisu memandang Adam Fiqri. Adam Fiqri merampas alat itu daripada tanganku. Aku hanya diam tidak berkutik. Apa maksud kau beria ria sangat nak aku buat Adam ? Apa kau nak sebenarnya ?

" Result ? " Tanya Adam Fiqri.

" Ain tak pregnant abang. " Balasku perlahan. Lega sebenarnya. Padan muka kau ! Aku tak mengandung macam yang kau harapkan.

" Habis bilanya kau nak mengandung ni ? " Tanya Adam Fiqri perlahan. Dia menyerahkan kembali alat itu pada tanganku. Wajahnya sedikit kesal dan hampa. Kalaulah muka yang kau tunjukkan ni hampa yang betul betul datang dari hati kau ? Ain apa kau cakap ni. Kau harapkan sangat ke dia ni ?

 " Abang, tolonglah. Ain tak fahamlah dengan abang ni. Kenapa abang beria ria sangat ? " Aku mula mendesak Adam Fiqri. Geram dengan tindak tanduk Adam. Namun Adam bertindak menarik aku baring rebah ke katil. Dia mengunci tanganku.

" Apa ni abang ? Ain dah agak abang akan paksa Ain jugak nak puaskan nafsu abang kan ? Ain tak suka abang paksa Ain. Janganlah macam ni. Lepaskan Ain. " Aku merentih kecil. Meminta adam Fiqri melepaskan aku.
   
" Aku cuma nak kau mengandung. Aku nak banggakan mama. Aku tak suka mama perlekehkan aku. Aku tak reti jaga binilah. Anak tak gunalah. Aku tak suka, Ain. Sampai sekarang mama tak percayakan aku. Mama cakap aku ni tak boleh diharap. Mama suka lebihkan anak anak dia yang lain daripada aku. " Luah Adam Fiqri. Wajahnya pudar. Adam Fiqri melepaskan aku perlahan lahan.

" Terima kasih sebab tak paksa Ain kali ni. Kalau Ain mengandung Ain bagitahu abang nanti. Tapi apa yang abang nak buat kalau Ain mengandung ? Abang akan jaga Ain ? Atau abang akan tetap tak kisahkan Ain macam sebelum sebelum ni ? " Dugaku.

Adam Fiqri diam. Entahlah Ain. Aku tak sure. Kau tahu sendiri aku bencikan kau. Aku nak kau menderita bila kau buat keputusan kau ikut cadangan mama. Tapi aku tak sangka. Betul betul tak sangka yang aku tak boleh nak control perasaan aku. Padahal aku jijik sangat nak sentuh kau. Bila kau cakap pasal ni, aku sendiri tak tahu.

" Kenapa diam ? " Aku bertanya perlahan. Rupanya itu alasan kau nak sangat aku mengandung, Adam. Cuma nak banggakan mama. Bukan sebab kau betul betul nakkan aku mengandung macam mana yang semua suami harapkan dalam dunia ni. Kau tak pernah simpan ke perasaan tu sikit pun dalam hati kau ?

" Aku tak janji nak jaga kau. Tapi aku takkan buat apa apa yang tak elok dekat kau dengan zuriat aku. Aku tak gila sampai nak buat macam tu walaupun aku bencikan kau sangat. Kau tahu kan kenapa ? Aku pun penat sangat ni. Aku nak tidur. " Balas Adam Fiqri perlahan. Dia terus merebahkan dirinya. Rasa terpukul dengan pertanyaan isterinya sebentar tadi.

Aku hanya mendiamkan diri. Adam Fiqri. Kenapa kau buat macam ni dekat aku ? Aku sepatutnya yang balas dendam dengan cara buat kau cintakan aku. Tapi kenapa kau yang buat aku jatuh cinta dengan kau Adam ? Ain, tolonglah buang perasaan kau ni jauh jauh. Kau tak boleh senang senang je percayakan perasaan kau ni. Adam bukan lelaki yang baik. Dia anak pada orang yang bunuh ibu. Yang hancurkan hidup dan keluarga kau.

  Macam mana kalau Ain mengandung ? Aku boleh ke terima semua ni ? Aku tak bersedia. Aku yang terlalu ikutkan perasaan. Aku terlalu ikutkan nafsu aku. Ni semua salah Yazid. Kalau kau tak lancang cakap dengan mama macam tu, mama akan percayakan aku. Mama takkan anggap yang bukan bukan. Dari dulu lagi kau memang suka kacau hidup aku.

Aku mengusap perutku perlahan. Takut je kalau tadi aku mengandung betul betul. Aku tak rela nak ada anak dari anak orang yang dah hancurkan hidup aku. Aku tak nak ! Tapi macam mana kalau nanti aku betul betul mengandung ? Rosaklah plan aku.

Aku memandang sepi tubuh Adam Fiqri yang membelakangiku. Mungkin sudah tertidur barangkali. Kenapa aku kena kahwin dengan lelaki ego macam kau? Kahwin dengan lelaki dingin ais batu macam kau Adam Fiqri ? Kenapa ? Kenapa setiap kali aku nak balas dendam hati aku sakit sangat ? Aku tak mungkin mula sayangkan kau. Tak. Takkan.

 " Abah, percayalah yang Ain tak pernah nak malukan abah. Ain bukan perempuan simpanan yang abah cakap. Kenapa abah berubah hati ? Abah dah tak sayangkan Ain. "

Abahnya berubah selepas kematian ibu. Ibu pergi meninggalkan aku untuk selama lamanya. Sekarang aku terperangkap dalam dendam dan cinta. Kepergian ibu sangat meruntun hatiku untuk kekal keras dan sukar memaafkan. Sedangkan ibu seorang yang pemaaf dan lemah lembut.

 Tak aku tak boleh lemah. Aku tak boleh nak terus terus nangis macam ni. Aku kena balas dendam untuk hidup aku. Untuk ibu. Aku tak boleh lemah depan ibu. Aku akan berusaha cari jalan macam mana aku nak buat hidup keluarga Dato Mukhlis hancur macam kehidupan keluarga aku.

Abah. Maafkan Ain. Sejak abah dah halau Ain dari rumah tu, Ain dah matikan semua perasaan simpati Ain dekat orang. Ini untuk ibu. Untuk abang Syah. Untuk abang Haziq.

 

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now