Aku turun perlahan lahan ke dapur demi meneguk segelas air untuk membasahi tekak yang telah kering. Perlahan lahan aku bangun daripada katil bagi tidak mengejutkan Adam Fiqri yang sedang nyenyak tidur.
Aku turun menuruni anak tangga perlahan lahan kerana aku tidak dapat bergerak laju. Kadang kadang senak diperutku kembali lagi menerjah dibawah perutku. Aku terlihatkan kelibat Kak long yang sedang duduk merenung komputer ribanya.
Sejak kejadian itu, aku dan kakak sulong Adam Fiqri langsung tidak bertegur sapa. Aku hanya mendiamkan diri dan membancuh air milo sejuk kegemaranku tanpa menghiraukan kak long sama sekali. Kejap lagi perang mulut akan berlaku mungkin ? Dan setiap kali itu semuanya dimulakan oleh perempuan ini sendiri. Alisa Dato Mukhlis.
" Woi perempuan ! Kau sini jap ! Aku nak cakap sikit dengan perempuan jenis kau ni ! " Sapa Alisa membuatkan aku terpaku. Alisa mencapai lenganku kuat dan mengheretku. Aku melabuhkan diriku dihadapan kerusi kosong didepanya. Aku mengetap bibir dan membuat muka selamba. Malas hendak menghadap kak long pada mulanya.
Apa ni main tarik tarik ? Dah kempunan sangat ke nak makan penyepak ? Dia sama sekali tidak pernah tahu kemana keberadaan abangnya Ukasyah. Selepas wanita ini berkahwin dengan Firdaus, abangnya itu telah lama membawa diri meninggalkanya sama seperti dia ditinggalkan oleh Abang Haziq.
" Cakap dengan aku kenapa kau buat macam tu ? Kau dah gila sangat ke? Berani kau kan ! " Marah Alisa. Dia merenung tajam ke arah wajah selambaku. Aku hanya menjeling matanya.
" Aku tak nak ada anak dengan adik kau. Aku cakap aku tak nak ! Aku tak nak, aku tak naklah ! Kau faham tak ! Ingat apa ? Aku kahwin dengan adik kau tu kau ingat aku ni nak sambung keturunan anak pembunuh ? Lepas apa kau buat dekat Abang Syah, adik kau layan aku macam kayu ! Kau rasa ? " Adik beradik perangai sama je. Kutukku.
Lantaklah. Aku malas nak hormat perempuan macam kau ni. Sibuk sibuk hal aku. Entah entah kaulah yang mulut celopar bagitahu Adam hari tu kan ! sekali aku ganyang mulut kau, kau tahulah nasib kau nanti !
" Kenapa sanggup nak membunuh ? Perempuan jenis apa kau ni ?! Nak cakap murah pun bukan. Nak cakap apa lagi pun aku tak tahu dengan kau nilah ! " Marah Alisa geram. Rasa nak dicili cilikan mukut Ain ni!
" Berapa banyak kali aku nak cakap yang Adam tak pernah sayangkan aku. Aku cakap tak pernah tak pernahlah ! Yang kau ni tak faham faham kenapa? Kau tahu motif aku kahwin dan masuk keluarga ni kan ? Dia anggap aku ni macam perempuan simpanan dia jelah. Tak lebih dari tu ! " Balasku semula geram. Tidak suka ditengking.
Aku merenungnya tajam. Satu saat aku menjeling matanya. Kenapa ? Nak carik gaduh ? Kau tunggu jelah nasib kau ! Kau dah sapu tangan kotor kau dekat muka aku. Ingat aku nak tinggal diam ? Eh aku biarkan anak ni hidup pun bukan ada kena mengena dengan kaulah !
" Kalau kau berani kau buatlah ! Aku takkan benarkan kau sakiti keluarga aku ! Kau boleh buat apa ? Takde apa! " Balas Alisa geram lantas menutup komputer ribanya dan berlalu pergi meninggalkan aku. Berani kau cakap macam tu ! Getus Hati Alisa.
Dia terus menuju ke biliknya dengan hati yang kesal. Sudah melampau rupanya perempuan ni ! Nak bukak masa silam aku dengan abang kau kenapa ? Kau sengaja nak bagi aku naik darah !
Aku hanya melihat langkahnya pergi. Kenapa ? Ingat aku tak berani ? Aku terus meneguk rakus air milo seolah olah tidak puas hati dengan kata kata Alisa. Ikutkan hati aku nak je aku sapu kau dengan penampar aku ni ! Penyibuk !
Argh ! Senak diperutku datang lagi. Takut jika berlaku pendarahan dalaman. Kata kata Dr Aqira terngiang ngiang lagi dalam kepala otakku. Aku bangun perlahan lahan. Senak diperutku kembali lagi. Tangan kananku sudah memegang meja manakala tangan kiri ku sudah memegang bawah perutku yang mencucuk cucuk.
" Kau turun kenapa tak kejut aku ? Aku boleh tolong kalau kau nak apa apa. Nampak sangatlah aku ni tak pernah kisahkan bini. " Adam Fiqri mencapai tanganku dan dipapah perlahan menaiki tangga. Aku mengetap bibir. Terkejut dengan kehadiran Adam Fiqri.
Adam Fiqri membaringkan aku. Aku mengetap bibir lagi. Adam Fiqri merenungku dalam. Aku hanya diam tidak berkutik. Hanya ingin merebahkan semua rasa sakit yang menjengah.
" Kenapa ni ? Aku tengok kau asyik pegang perut je ? Kenapa ? Kau sakit ke ? Oit, aku tanya ni jawablah. " Tanya Adam Fiqri perlahan. Dia dapat menangkap wajah isterinya yang mengerang sesuatu. Dia takut sekiranya ada apa apa yang terjadi kepada rahim isterinya.
" Jangan nak jadi penyibuk boleh tak ? Kau nampak aku ni macam tengah tahan sakit ke ? Eh dahlah. Aku malas nak bertekak dengan kau. " Aku melemparkan senyuman sinis. Senyuman kelat. Aku merenung wajah Adam Fiqri yang seakan tidak puas hati dengan jawapan yang ku lontarkan. Rasa sakitku sudah kian tidak terasa lagi.
" Kita pergi klinik esok. Buat checkup. Dah tidur. Kau nak apa apa lepas ni bagitahulah. Suka buat guna kepala lutut. Dengarlah cakap aku ni. " Adam Fiqri mengucup perlahan dahiku. Mungkin didepan Kak long aku boleh berlakon. Mengatakan Adam Fiqri bukan bukan. Tapi aku nampak perubahanya. Perubahan Adam Fiqri selepas kejadian aku ingin membuat pengguguran.
Adam Fiqri lebih bersikap mengambil berat dan suka mendaratkan bibirnya ke dahiku. Kucupanya sangat lembut menyentuh hati. Aku gembira melihat perubahanya kini. Walaupun sebenarnya akalku membentak bentak Adam Fiqri.
Perasaanku mula jatuh untuk mendambakan Adam Fiqri. Hatiku mula dijentik dengan perasaan cinta. Namun didepan semua orang hatiku tidak dapat mengaku perasaan itu. Entah kenapa didepan Adam Fiqri aku seolah olah lemah.
" Aku akan jaga kau. Aku akan jaga anak kita. Aku janji. Esok kita pergi klinik. Takde tapi tapi. Kau degil lagi ikut kepala otak kau, lepas ni aku takkan benarkan kau keluar dari bilik ni. Kau nak ? " Ugut Adam Fiqri. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak pernah sedar dia sudah gelap dengan ego. Ego yang selalu mengetepikan perasaan sebenar dia telah mencintai isterinya.
Aku menggeleng lemah. Cuba melemparkan senyuman kepada Adam Fiqri. Dia sudah meninggalkan aku dan merebahkan dirinya disebelahku. Matanya sudah terpejam selepas dia mengucup dahiku perlahan.
Aku memandang sepi wajah Adam Fiqri. Kelam sungguh masa depanku pada wajahnya. Seolah olah sudah terlayar bahawa aku takkan bahagia dengan apa yang aku lakukan. Ingat aku peduli ? Kalau ibu tak bahagia dekat sana semuanya sebab papa. Maaf. Aku buat semua ni untuk ibu. Aku hilang semuanya sebab papa. Kau kena bertanggungjawab untuk itu.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...