Bab 54

9.3K 163 5
                                    


Aku turun menapak ke dapur dan melihat kelibat Alisa yang sedang mengunyah asam ditanganya. Seperti biasa tabiatku yang seperti insomnia iaitu sukar tidur pada setiap malam, aku akan pergi ke dapur untuk membancuh segelas air milo panas.

Tapi dulu milo, sekarang air horlick pula. Saja tukar taste. Tanganku lincah membuat air. Aku ingin pergi segera dari tempat itu. Rasa seperti tengah mengikut giliran untuk menunggu penalty sahaja rasanya.

Entah kenapa aku merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku seketika nanti. Contohnya, perang mulut. Argh benda paling aku nak elak. Tapi, selalunya akan berlaku kerana Alisa adalah sejenis perempuan yang bermulut lipan anak lapan.

'' Ain. '' Panggil Alisa perlahan saat aku hendak menapak keluar daripada ruang dapur. Langkah kakiku dihentikan dan memandang wajahnya. Kaku. Apa lagi dia nak agaknya ?

'' Erm ? '' Gumamku. Aku memandang anak mata Alisa. Pandangan mata yang penuh dengan kebencian sejak aku berkahwin dengan Adam Fiqri.

Aku sendiri tak faham kenapa Alisa terlalu membenciku sedangkan aku tidak pernah cari gaduh denganya. Memandangkan Datin Adibah dan arwah papa begitu meyebelahinya,

Alisa tidak suka kehadiranku disini.
Dia sentiasa akan memikirkan pelbagai cara untuk merosakkan mood aku. Petang tadi Alisa baru sahaja sampai ke rumah ini dengan membawa berita gembiranya yang dia sedang mengandung dua minggu.

Ah, kejap je tu.

Bahagia dan berita gembira kau akan bertukar menjadi berita paling sedih pernah aku dengar dalam hidup aku. Macam mana kalau anak kau yang kau kandung tu mati dekat tangan aku Alisa ? Tentu bertambah lagi benci kau pada aku. Mungkin segenap hati kau akan musuhi aku sampai mati.

'' Kau tahu yang tak lama lagi aku nak ada anak kan ? Kau ? Apa yang kau bagi untuk adik aku tu ? Hampas ? Hampas kau yang murah sangat tu ? '' Ujar Alisa dengan nada menyindir.

Memang sengaja dia menyindir adik iparnya yang cukup membuat bencinya membuak buak tiap kali terpandangkan wajah itu.

Kalau diberikan kesempatan dia mahu mengupah orang dan menculik adik iparnya ini. Bukan adik ipar. Lebih tepat perempuan murahan. Dia mahu mengerjakan perempuan ini sehingga hatinya puas.

Bukan setakat dicili mulutnya, malah akan disimbah juga asid pada mukanya. Muka harap je cantik, hati kotor. Ejek Alisa dalam hati.

'' Hey perempuan, kau ingat dengan zuriat ni boleh bahagiakan hidup kau yang macam neraka tu ? Atau kau ni nak sangat rasanya macam mana hilang anak ? Baru mengandung nak lebih lebih. Mama mesti lebih excited kalau aku yang mengandung. Kau setakat anak sulong dia boleh bagi apa ? Anak semata mata ? Lupa, mama sayangkan aku lebih daripada kau.. '' Aku memulangkan sindiran.

Huh, nak sindir sindir aku konon. Aku jirus kau dengan air ni baru kau tahu ! Aku tersenyum sinis.
Ada hati nak kata dia perempuan murah.

Kalau ikutkan hatinya, dia mahu membunuh sahaja Alisa malam itu juga. Hidup bukan untuk memuaskan hati orang lain.

Kita dilahirkan bukanya untuk kesempurnaan. Tapi kekurangan yang ada itulah menjadikan kita tampak sempura.

Aku tak minta nampak sempurna pada mata sesiapa pun. Tapi disebabkan mulut kau yang tak bergosok setahun lapan bulan ni memang mencerminkan kau tu sebenarnya lebih kotor daripada aku.

'' Kau tunggu jelah nasib kau lepas ni ! Aku sendiri yang akan heret kau keluar dari rumah ni ! Kau jangan ingat sampai mati adik aku cintakan kau.Lagi pun apa gunanya ada isteri tapi ? Tak mampu bagi suami anak. Sanggup pulak tu nak gugurkan kandungan. Perempuan jenis tak tahu malu '' Tengking Alisa pula. Geram dengan sindiran dan senyuman sinis yang terukir pada wajah adik iparnya.

Langkah kakinya terus diatur keluar daripada ruang dapur yang sebenarnya luas. Tapi semakin sempit dengan kehadiran Ain. Sempat lagi Alisa melanggar bahu Ain.

Aku ketawa kecil yang sengaja dibuat buat. Aku biadap ke kau yang biadap ? Kau nak heret aku keluar dari rumah ni ?

Okey, aku tunggu permainan kau. Kau jangan cuba nak lawan aku lah kak long. Itupun kalau kau nak nasib Farahin dengan Fahmi sama macam anak kau yang akan mati tu.

Sampai mati pun, aku memang ta akan maafkan perbuatan kau yang menghina aku sesuka hati kau !

Aku meletakkan mug air horlick di atas meja solek. Entah kenapa perasaanku saat itu tidak tenteram. Ada sahaja yang tidak kena. Arghh kau jangan dengarlah cakap Alisa tu.

Dia bukan boleh buat apa pun. Perempuan lembik macam tu setakat ugut bolehlah. Ada hati pulak nak ugut ugut aku keluar dari rumah ni pulak.

Takpalah. Kalau aku keluar sekali pun, aku akan bebas dari hidup Adam. Aku boleh bukak butik sendiri. Aku takkan hadap rumah ni lagi.

Tapi macam mana ? Ah, serabut otak aku fikir. Jam menunjukkan ke angka satu pagi. Mataku terpaku pada pintu bilik air.

Tanpa berlengah aku terus mencapai pakaian dan tuala yang tersangkut, terus meloloskan diri ke dalam bilik air. Rasanya kalau pergi mandi tenangkan fikiran boleh hilangkan rasa menyampah ni.

Akhirnya aku tertidur sendiri selepas membersihkan diri. Bukanya dia boleh tidur. Kadang kadang sampai jam angka lima pagi pun belum tentu dia akan tidur. Banyak masa dihabiskan dengan menonton drama dan membaca buku.

Kalau dahulu dirumah dia dan Adam FIqri, dia tidak berani berbuat demikian. Dia lebih suka terpuruk dalam bilik seperti halimunan.

Adam Fiqri tidak suka kehadiranya ada didalam rumah itu dan menunjukkan mukanya dihadapan lelaki itu.

Setiap hari pintu biliknya digoncang kasar oleh Adam Fiqri jika ada sesuatu yang tidak kena pada matanya. Rumah itu pernah menyaksikan dia didera oleh Adam Fiqri.

Kenapa begitu sukar perjalanan hidupnya ? Kenapa semua ini terjadi kepadanya ? Dia tidak pernah ingin ditakdirkan begini rupa. Hidup dalam keterpaksaan demi menebus nyawa orang yang tersayang.

Kematian papa pun tidak membawa apa apa makna dalam hidupnya. Masih ada sahaja derita yang perlu dia tanggung. Dia beranggapan jika kematiaan papa akan menamatkan penderitaanya. Tapi sangkaanya terus meleset.

Aku terpaksa berkahwin dengan orang yang aku tak cinta dan dia sendiri juga tidak pernah mengakui kewujudan aku sebagai isteri sebelum ini.

Hati, teruslah tetap teguh dalam ketabahan. Aku tak sanggup jika pengakhiran sebuah kisah ini ternyata menyeksakan dan sia sia padaku....

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now