Sudah dua hari kepergian Adam Fiqri ke Beijing. Sejak akhir akhir ini memang Adam Fiqri sedikit sibuk. Wajah Adam Fiqri di airport tadi melayang dibenakku pula. Wajah yang mengatakan dia akan merinduiku semasa kepergianya.
Ah, tak akan ada rindu aku untuk dia. Semua tu mengarut. Desis hati.
'' Aku minta maaf tak bagi tahu kau awal awal yang aku nak ke Beijing. Kau jaga diri elok elok. Jangan lupa bagi mama makan ubat. And one more, jangan buat hal masa aku tak ada. And you know that I always miss you '' Ucap Adam Fiqri lembut.
Tanganya masih erat menggenggam tanganku. Erat. Aku tak membalas kata katanya. Kenapa aku merelakan semua setiap sentuhan Adam Fiqri ? Lembutkah hatiku padanya semula ?Aku mengeluh berat. Cepat cepat menepis anggapan yang mengarut itu.
Tubuhku ditarik ke dalam dakapanya. Aku tergamam. Hish, ramai orang kot. Apa ni peluk peluk ? Aku terus merenggangkan pelukan. Bahunya ku tampar perlahan.
'' Orang ramai, malulah. Nak pergi tu pergi jelah. Jangan nak menggatal pulak depan orang awam ni '' Marahku perlahan. Mukaku masam mencuka.
'' Biarlah orang tengok. Aku nak semua orang tahu yang aku sayangkan kau. Ain, bila kita nak ada anak semula ? '' Soal Adam Fiqri dengan senyuman gatal.
Entah kenapa denganya. Suka mengusik isterinya sejak akhir akhir ini. Muka merah isterinya itu begitu melucukan. Kini dia tahu yang Ain hanya merajuk denganya. Buktinya isterinya itu merelakan semua sentuhanya.
Tidak seperti dahulu. Sentuhanya ditepis dan dihalau keluar. Haih, lembutkanlah kembali hati isteriku.. Doa Adam Fiqri dalam hati. Matanya tak puas merenung Ain. Rindunya belum kebah sepenuhnya.
Adam Fiqri akan pastikan dia tidak akan bekerja diluar kawasan lagi. Mana boleh. Hubungan dia dan isteri sudah mula jernih, tapi dia terpaksa pula berjauhan daripada isteri atas urusan kerja.
'' Jangan nak merepek. '' Balasku geram. Ceh, sayang konon. Entah entah selama ni kau berpakat dengan keluarga kau nak kenakan aku. Jangan nak dalih dalih. Aku takkan senang senang jatuh cinta dengan lelaki anak perosak hidup aku macam kau.
'' Kenapa dengan Ummi ? Mama tengok macam gelisah semacam je ? '' Tanya Datin Adibah sambil merenung menantunya yang termenung. Tersengih sengih sendirian.
Teguran Datin Adibah menyentak lamunanku pada Adam Fiqri. Lelaki yang sudah terbang ke Beijing.
'' Err tak ada apa apa. Mama nak hot chocolate tak ? Saya boleh buatkan kalau mama nak. '' Aku cuba bereaksi selamba. Kalaulah Datin Adibah tahu yang aku sedang jauh memikirkan Adam, mesti dia akan melakukan macam macam untuk kami berdua bersama.
Aku tak mahu. Sebelum perasaan yang aneh ini mula berputik dihati, aku akan pastikan tujuan utama aku bukanya bercinta. Bercinta dengan Adam Fiqri adalah sebuah kesalahan yang besar yang pernah aku buat dalam hidup.
Tak boleh, aku kena buat tak tahu je dengan perasaan ni. Aku tak mudah jatuh cinta !
'' Tak payahlah susah susah. Dah sudah tu picitnya. Mama nak tidur. Mengantuk pulak lepas makan ubat. '' Tutur Datin Adibah perlahan. Dia juga sudah menguap kerana keletihan.
Kata doktor, dia tidak boleh letih dan terlalu banyak fikiran. Nanti darah tingginya akan naik lagi dan boleh mengakibatkan stroke.
'' Saya masuk tidur dulu. Good night ma. ''
Aku meletakkan minyak angin diatas meja. Datin Adibah sudah mula memejamkan mata. Aku terus bingkas bangun dan keluar daripada bilik dengan segera.
Aku terus menghempaskan tubuhku ke atas tilam empuk. Sejak Adam Fiqri berpindah ke bilik ini, sepanjang masa itu aku akan cuba mengelak daripadanya. Rimas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomansaMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...