Bab 57

9.6K 169 15
                                    

Aku mencapai tuala dan aku membasahkan rambut. Selepas letih bermain dengan air mata malam tadi, fikiranku jadi berserabut. Masih tidak dapat mengerti kenapa dan mengapa semua orang didalam rumah ini semuanya kelihatan pura pura dihadapanya.

Semuanya hipokrit didepan matanya. Tak sangka orang didalam rumah ini juga pandai berlakon sepertinya. Pasti mereka lebih layak digelar pelakon paling megah didalam dunia ini.

Pandai berlakon dan memainkan watak. Terutamanya watak hero yang kononya bersedih di atas kehilangan anak mereka. Aku mahu menepuk tangan tanpa henti untuk mereka.

Memandangkan semuanya tiada di rumah. Hanya ada Mak Mah, orang gaji. Datin Adibah mahu menjenguk kenalannya yang sakit. Memang sudah terbiasa aku ditinggalkan di dalam rumah seorang diri.

Ah kisah pulak aku pasal orang tua penipu tu. Semua orang dalam rumah ni memang penipu. Tak kira apa pun mereka memang tak patut merahsiakan semua ini daripadaku. Bukan Adam yang melahirkan Afeef tapi aku ! Aku yang bersusah payah demi budak tu hidup.

Aku menuruni anak tangga. Berlama lama didalam bilik ini menyesakkan nafasku yang sedia tidak bernafas seperti mahu mati rasanya. Kelihatan kelibat Alisa masuk ke dalam biliknya.

Entah apa yang merasuk diri, aku terus menapak ke biliknya. Aku pergi ke arahnya dan terus menolak dia sekuat hati.

'' Argh ! '' Jerit Alisa kesakitan. Wajahnya tampak menahan kesakitan yang teramat sangat.

Mampus kau dengan anak kau ! Senyumanku terukir apabila melihat Alisa semakin menyeringai kesakitan.

'' Ini peringatan dan amaran aku yang pertama Alisa. Kau jangan cuba cuba ganggu hidup aku lagi. Apa pun yang berkaitan dengan aku, hidup aku apa yang aku nak buat dalam rumah ni kau jangan pernah pernah lagi masuk campur ! Kau jangan ingat hidup kau selamanya akan bahagia ! Sekarang aku nak kau rasa macam mana sakitnya hilang anak ! '' Tengking ku ke arah Alisa.

Aku nak kau rasa macam mana hilangnya anak Alisa. Lagi pun aku takkan jamin anak kau yang baru dua minggu tu dapat bertahan. Seronok betul hati aku. Puas aku tengok kau sakit macam ni depan mata aku. Kau yang nak aku bertindak kejam dengan kau kan ?

'' Anak aku... '' Rintih Alisa.. Cecair darah pekat telah nampak pada permukaan kakinya. Tak ! Tak mungkin !

'' Itu baru sikit Alisa. Sakit hati aku tak akan sama macam mana kau rasa sekarang. Maaf, tak sengaja tertolak. ''
Aku terus melangkahkan kaki ke luar daripada bilik tersebut.

Biarlah kau kesakitan sorang sorang dalam bilik tu. Tiada siapa lagi yang boleh selamatkan kau dengan anak kau. Macam kau cakap, apalah sangat kematian anak ni pada kau kan ? Aku nak tengok kau gila meroyan macam mana hilangnya anak, Alisa.

Anggap jelah karma tu wujud dan kau dah jumpa karma tu secara tak sengaja.

Anak Alisa akhirnya tidak dapat diselamatkan. Mata Alisa kelihatan bengkak kerana menangis. Kesianya aku tengok Alisa. Merintih meraung macam orang gila yang dah hilang anak. Alah, baru sikit Alisa. Apa yang kau dan keluarga kau buat pada aku tak setimpal dengan apa yang kau rasa sekarang.

'' Mama ! Anak along ma ! Anak along... '' Raung Alisa kuat. Nampaknya dia memang tidak menerima suratan takdir tentang kehilangan anak mereka.

Pengajaranya, jangan terlalu gembira dengan apa yang kau dapat sekarang. Belum tentu selamanya kau akan rasa gembira. Aku tak peduli kau makin benci dengan aku. Aku tak peduli langsung. Kau nak benci aku sampai hayat hidup kau, silakan. Aku tak rugi apa apa.

Yang pasti, aku nak hidup kau dan keluarga kau hancur. Perbuatan kau dengan keluarga kau sorok Afeef dari aku tak akan dapat dimaafkan sampai aku mati.

'' Sudahlah long. Dah tak ada rezeki nak buat macam mana... '' Pujuk Datin Adibah lembut. Tak sangka dia akan kehilangan cucunya. Datin Adibah sedikit terkilan.

'' Perempuan tu ! Perempuan tu yang tolak along sampai jatuh ! Dia yang tolak along ! Kau memang sengaja kan ? Sebab kau dengki dengan aku ! '' Cemuh Alisa geram. Rasa geramnya semakin berkocak hebat.

'' Along ! Jangan tuduh orang sebarangan ! Mama tak ajar anak anak mama menuduh orang tanpa bukti. '' Tegas Datin dibah memihak kepada Ain.

'' Along tak tipulah ma ! Memang perempuan tak guna ni yang tolak along. Dia dengki dengan along sebabnya anak dia dah mati. Dia tak boleh bagi Adam anak macam along. Perempuan ni memang tak suka tengok along bahagia.. '' Raung Alisa lagi. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja diberi penampar pada wajah Ain.

'' Saya boleh terima kalau memang bukan rezeki saya untuk beri Adam anak. Tapi Kak Long tak boleh tuduh saya bukan bukan. Entah entah Kak Long yang jatuh sendiri. Memang Kak Long suka jatuhkan kesalahan Kak Long sendiri pada bahu orang lain ke ? Saya minta diri dulu '' Terangku bersungguh sungguh dengan air mata yang mengalir sebak.

Aku nak tengok. Sejauh mana kehebatan kau dan keluarga kau berlakon depan aku macam tak ada apa apa berlaku.

Kalau kau orang boleh berlakon, kenapa aku tak boleh berlakon sama untuk teruskan drama sebabak keluarga kau ? Drama ni mungkin akan bertambah menjadi lagi hebat dan megah. Maaf, Alisa. Kau terpaksa bayar semuanya. Semuanya Alisa.

'' Along, mama kecewa dengan along. Sampai macam tu sekali along layan dia ? Mama tahu along bencikan dia tapi kesalahan along, cuai along tak boleh letak pada bahu orang lain. Along kena minta maaf dengan dia.. Mama tak suka cara along ni '' Tegas Datin Adibah lagi. Tak sangka anak sulongnya ini mempunyai sikap sebegitu.

Air mata yang mengalir pura pura itu ku seka perlahan. Aku yakin Datin Adibah pasti berada dipihaknya. Kan aku dah cakap, mama akan sebelahkan aku.

Kau mampu buat apa Alisa ? Apa yang aku buat ni tak adalah kejam mana nak dibandingkan kau yang dah menabur macam macam hinaan dan fitnah atas aku.

Penat jugak hidup pura pura ni. Banyak main dengan air mata. Kata kata itu mengundang lucu padaku.

'' Semuanya okey ? " Soal seorang pemuda sambil melemparkan senyuman manis ke arah ku.
Aku merenung wajah pemuda yang menegurku.

Doktor rupanya. Tanganya berada didalam kocek baju putihnya. Aku tidak membalas sapaanya. Terus sahaja langkah kakiku terus melepasi doktor muda itu beredar daripada kawasan itu.

Tak kuasa aku nak layan kau. Nampak aku ni macam okey ke ? Tengok muka pun dah tahu yang aku ni tak okey. Aku rindukan Afeef. Aku nak jumpa Afeef. Aku nak peluk Afeef.

Sejak semalam ingatanku terus menerawang kepada Afeef. Ada sejenis perasaan halus yang datang.
Rindu. Rindukah aku pada anak kecil bernama Afeef yang tidak pernah ku lihat selama ini ?

'' Aih, tegur pun salah ke ? Sombongnya.. '' Rungut Hanif. Matanya tidak lekang daripada melihat langkah kaki wanita itu berlalu meninggalkannya.

Hanif menarik muka masam. Mungkin ada masalah. Wajah wanita itu tampak berkerut kerut seperti orang tua yang memikirkan masalah. Hanif membuat andaian dalam hati.

Hanif penasaran. Macam pernah dia lihat wanita tadi. Tapi dekat mana ? Ah, bayang bayang je tu. Baik aku buat kerja. Nanti Kak Dian marah, mati aku.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now