" Ain, ada benda aku nak cakap. Tapi aku takut kau tak boleh nak terima. Aku takut kau gelakkan aku. " Bisik Adam Fiqri. Dia mengambil keputusan ini untuk berterus terang. Dia tidak mahu perkahwinanya musnah hanya disebabkan kisah lama yang membabitkan arwah papanya. Dia tidak tahu soal itu dan biarlah ianya berlalu.
Sungguhpun jika memang isterinya ini wanita simpanan arwah papanya, mengapa arwah papaya beria inginkan mereka berkahwin dan hidup dalam hubungan suami isteri ?
" Abang nak cakap apa ? " Soalku semula. Bingung akan pertanyaan lelaki ini. Penting sangat ke untuk aku tahu, Adam ? Mungkin penting pada kau. Bukan pada aku. Kenapa ? Kau nak tinggalkan aku demi Reen tu ? Go ahead ! Aku senyum sinis.
" Aku bukanlah macam lelaki dalam drama yang perempuan lain gila gilakan dalam tv tu. Tapi kalau aku cakap, aku sayangkan kau... kau terima aku tak ? "
" Kenapa tak ? Abangkan suami Ain. Mestilah Ain terima buruk baik abang. " Aku melemparkan senyum.
Baru sekarang kau mengaku yang kau sayangkan aku ? Baru sekarang kau sedar akulah perempuan yang kau sayang yang selama ni kau maki ? Mana ego kau pergi ? Aku rasa nak gelakkan kau kowt !
" Maknanya kau sayangkan aku ? " Duga Adam Fiqri. Matanya dari tadi tidak henti henti merenung wajah isteri dihadapnya. Berharap ada keikhlasan disebalik tutur katanya.
" Ain minta maaf. Ain tak tahu apa Ain fikir masa tu. Ain tahu, untuk menjadi seorang isteri yang baik Ain dah gagal. Ain marah abang. Ain biadap. Ain.... " Aku mula menitskan air mata.
Teruskan berlakon Ain ! Teruskanlah berlakon !
" Asalkan Ain sudi bagi abang peluang untuk betulkan semua silap abang pada Ain. Ain tak pernah gagal selama mana Ain Bergelar isteri abang. Ain boleh belajar untuk jadi isteri yang baik untuk abang. Kita sama sama belajar ya sayang ? "
Kata kata itu bermain diruang mata. Penipu ! Saat saat Adam Fiqri mengungkapkan kata cinta dan janjinya semua itu hanya najis yang ditabur. Palsu semata mata !
Ingatan terus mengimbas tentang pengakuan Adam Fiqri. Mengapa hidutidak adil kepadanya ? Akhirnya dia sendiri mengeluh.
Kenapa aku tak mati je tadi ? Tak payah lagi nak hadap muka kau ! Aku dah penat ! Hidup ni tak adil ! Kenapa ada je halangan untuk aku ? Ni semua salah kau Reen ! Ni semua salah kau Reen ! Lepas aku keluar daripada sini, aku akan cari kau sampai dapat. Puaslah kau kan sekarang ?! Kau dah ambil abah daripada aku. Tak cukup ke ?!
Aku menyapu air mata. Lirikan mataku menangkap susuk tubuh Adam Fiqri yang menghampiriku saat ini. Apa lagi yang dia nak ? Kau kata kau cintakan aku. Kau sayang aku. Tapi, hanya sebab Reen kau hampir je bunuh aku ! Entah entah selama ni kau memang tak pernah berubahlah Adam. Kau memang jijik !
Adam Fiqri mencapai tanganku. Wajahnya kelihatan tegang. Daripada riak wajahnya, lelaki ini baru sahaja menangis. Mungkin ?
" Kau nak apa datang sini ? Kau keluar. Aku jijik tengok muka kau. " Aku melarikan tanganku namun masih sahaja kaku dalam genggaman Adam. Apa lagi Adam ? Tak cukup ke ? Aku sanggup hambakan hidup aku untuk balas dendam diatas semua yang jadi ! Aku tak pedi walau apa pun yang akan terjadi dekat aku ! Janji aku dapat rosakkan hidup kau !
" Ain........ "
" Pergi dari sini ! Mama, bawak Adam keluar dari sini ! Ummi tak nak tengok muka dia ! " Jeritku. Hatiku saat ini benar benar terhiris. Kenapa ada je sial yang datang dekat aku ? Hah kenapa ? Kenapa orang kaya dalam dunia ni selalu je hidup senang ? Sesuka hati boleh aniaya orang miskin macam aku ni! Eh aku ni pun ada hati ! Kenapa keluarga kau aniaya keluarga aku ? Apa salah mak aku pada korang ?!
'Tapi hati kau busuk. Penuh dengan sifat dendam. Ingat, Ain. Hati yang penuh dengan dendam akan terluka. Hatinya kini seolah olah menyalahkan dirinya.
Adam Fiqri sekali lagi mengucup tanganku. Resah dihatinya masih tidak dapat dibendung. Kenapa aku bertindak bodoh macam tu ? Kenapa aku senang senang percayakan Reen ? Tengoklah Adam ! Apa yang kau buat sekarang. Isteri kau takkan maafkan kau dengan apa yang kau buat.
Macam mana aku nak bagitahu kau ? Ain, maafkan aku. Aku tak kuat. Aku tahu kau tak kuat sama. Maafkan aku, Ain. Aku tahu kau bencikan aku sangat sangat. Tapi, percayalah. Aku tak ada niat macam tu pun. Bisik hati Adam Fiqri perlahan.
Sungguh dia benar benar tidak sampai hati.
" Ain, kau kena buat caesarean. Anak kita..... " Adam Fiqri mengucup tanganku lagi. Itulah kenyataan yang sebenar. Air mata Adam Fiqri turun. Ya Allah, kenapa semua benda ni jadi dekat aku ?
Datin Adibah mengusap bahuku. Dia tahu bahawa menantunya ini tidak dapat menerima takdir baru bahawa anak mereka akan dilahirkan tidak cukup bulan dan banyak kemungkinan yang akan berlaku. Adam Fiqri cuba menenangkanku dengan kucupanya didahiku.
" Kali ni dengar cakap aku please. " Pujuk Adam Fiqri lembut mendakap tubuhku. Adam Fiqri mengetap bibir. Sebak dadanya. Perbuatanya kini telah membahayakan anak mereka sendiri. Maafkan aku, Ain.
Datin Adibah yang sudah basah dengan air mata mengangguk kepadaku agar bersetuju membuat caesarean. Aku memandang dengan penuh tidak percaya. Terasa lemah semua sendiku mendakap takdir yang pahit ini. Aku dah gagal. Aku dah gagal !
Kenapa ?! Apa salah aku ?! Kenapa ?! Aku memejamkan mata. Air mata terus mengalir keluar.
" Mama.... " Gumamku kecil. Rasa luluh segenap inci tubuhku kini. Bagaimana aku ingin meneruskan kehidupan jika semuanya kini sudah tamat ? Semua ni tak adil !
"Ummi, maafkan mama. " Datin Adibah menggenggam tanganku.
Tak ! Tak mungkin !
Baik aku mati jelah ! Jeritku dalam hati.
" Maafkan aku... Ain. Maafkan aku. " Ucap Adam Fiqri sebelum tubuhnya ditarik keluar oleh Nazrul. Sempat Adam Fiqri memanjatkan doa supaya anak mereka selamat.
Nazrul merenung wajah kelam abangnya. Dia juga berharap agar abangnya ini terus tabah menerima dugaan ini. Walaupun semuanya memang berpunca daripada abangnya, dia tiada hak untuk menyalahkan abangnya saat ini. Semuanya terjadi begitu pantas.
Ain, maafkan aku. Aku tahu aku memang bodoh. Sepatutnya aku percayakan kau sebab kau isteri aku. Tapi, kenapa? Bila kita nak bahagia ada je yang ganggu hubungan kita Ain ? Aku dah banyak lukakan hati kau. Aku tahu aku berdosa. Sepatutnya aku yang ada dekat tempat kau. Kalau bukan sebab aku, kau takkan jadi macam ni Ain. Maafkan aku. Aku tak layak jadi suami kau.
Adam Fiqri melepaskan hela nafas yang sebak. Dia terus beredar daripada situ meninggalkan semua orang yang terkedu dengan langkah kakinya saat ini. Panggilan Datin Adibah juga tidak diendahkan.
Adam Fiqri buntu ! Disebabkan syak wasangkanya, dia telah menyebabkan isteri dan anaknya dalam keadaan bahaya. Dia tak sanggup jika ditakdirkan akan kehilangan anak mereka. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan Mu !
Kereta Adam Fiqri laju meninggalkan perkarangan hospital. Saat ini dia tidak tahu. Dia buntu. Jiwanya penuh dengan kekesalan. Dia betul betul sayangkan Ain ! Maafkan aku Ain ! Aku berdosa dengan kau.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...