Bab 47

9.6K 177 10
                                    

Aku hanya diam membatukan diri diatas kerusi roda. Manakala Adam Fiqri sudah hilang ke tingkat atas untuk mengambil beberapa helai pakaian.

Achu !

Adam Fiqri melepaskan bersin. Memang demamnya belum kebah. Cuma selsema sikit sikit. Tapi kalau dilayankan sangat sakit tu, waktu ini mungkin dia sudah terbaring di atas katil dan berbungkus. Lepas pastikan isteri aku selesa baru aku makan ubat.

Tiada salahnya bersusah untuk isteri.

" Aku boleh pakai baju sendiri. Kau keluarlah dulu.'' Kataku kepada Adam Fiqri perlahan. Tadi dah mandikan. Takkan aku nak pakai baju pun dia nak pakaikan ? Aku bukannya takde tangan. Hish. Omelku dalam hati.

Sekurang kurangnya aku tak nak kau sedih kehilangan anak kita. Aku tak nak kau tertekan dan fikir bukan bukan walaupun masalah kita tak selesai lagi. Mungkin salah aku jugak bertindak melulu ikutkan sangat marah aku sampai jadi macam ni.

Kesian Ain.

Dia tak sepatutnya menderita macam ni, bisik Adam Fiqri dalam hati. Isterinya itu baru balik selepas melakukan caesarean.

Afeef pula disorokkan daripada pengetahuanya. Di rumah pula, semua orang sibuk menguruskan Afeef. Risaukan anaknya seorang itu. Ain pula terpaksa dibiarkan seorang diri mengubat luka.

Suami jenis apa aku ni ? Tengoklah isteri kau sekarang. Nak bangun pun tak kuat lagi. Kau kisahkan dia pun tak.

Adam, isteri ni anugerah dan amanah. Setiap kekurangan dia, kau kena terima.

Adam Fiqri bertindak mengambil tempat disebelah isterinya. Wajah isterinya sedikit terpempan. Tangan isterinya itu dicapai dan digenggam kemas.

'' Ain.. kalau aku petik bintang di langit pun aku tak layak inikan pulak aku nak dapat kemaafan dari kau.. aku ... betul betul minta maaf. Salah aku. Aku yang bodoh tak pandai nak hargai kau. Tapi... aku akan berubah. Aku akan jaga kau. '' Pinta Adam Fiqri perlahan.

Matanya merenung sepasang anak mata milik Ain. Dilekapkan kedua tanganya ke wajah isterinya itu agar terdetik memaafkanya tapi niatnya itu dibatalkan.

Ketika dia memandikan Ain tadi pun, Ain tak sudi tangan kasarnya menyentuh kulit miliknya. Inikan pula dia terdetik mahu membelai wajah Ain.

Janji manis ! Kalau dah berjanji, manis semuanya macam macam dia berjanji. Kalau berjanji memang indah dunia. Tapi...

Dusta.

Aku terpempan dan sedikit geram dengan kata katanya yang seakan merendah rendahkan harga diriku. Entah kenapa wajah itu sekali lagi membuat bebola mataku panas. Kerana Adam Fiqri, aku tidak sempat melihat zuriat yang ku benci.

Bintang bulan kau janji pun, belum tentu kau boleh hilangkan rasa sakit ni.

Disebabkan sikap Adam Fiqri yang sering bertindak melulu. Sekarang Adam mintak maaf macam tak ada apa yang berlaku ? Aku mimpi ke ?

'' Sebab kau tu suka bertindak terburu buru hukum aku. Sekarang zuriat yang kau banggakan sangat tu jadi mangsa you know that ?! Kau sendiri tak pernah percayakan aku. Kau tak ambik tahu pasal hidup aku. Eh dahla. Aku dah penat. '' Marahku. Tubuhku ku jarakkan daripada Adam Fiqri.

Tangankt lekapkan ke perut yang sudah kempis. Adam Fiqri menghalangku daripada melakukan abortion.

Namun hanya kerana cerita yang entah apa apa direka oleh Reen, Adam Fiqri percaya sehingga menanamkan luka di bawah selaput dendam lama yang semakin menebal. Namun Adam sendiri yang menebalkannya dan menghidupkan rasa dendam yang sudah lama tersemat.

'' Percaya ? Aku sendiri tak tahu apa lagi yang kau sorok daripada aku. Sebabkan aku lebih percayakan orang lain daripada kau, kau nak cakap aku ni pura pura cintakan kau ? Entah entah betul lah kan pasal duit tu ? '' Adam Fiqri mula meninggikan suara.

Dia tersenyum sinis. Kalau dah selamanya menipu bila pulak sempat nak cakap benar ? Kalau Reen tak kenal kau, dia takan cakap kau menipu. Kau tu yang......

Adam....kawal marah kau tu.

Aku terpempan lagi.

Nampak ? Dia sikit pun tak percayakan aku yang aku tak pernah terima satu sen pun duit daripada Dato Mukhlis. Aku tak pernah terima apa apa pun kebaikan dia kalau itu je cara dia nak kurangkan rasa bersalah dia pada aku dengan ibu.

Sekarang anak dia pulak belagak nak persoalkan dosa masa silam papa dia yang kononnya suci tu ? Sampai bila bila pun aku takkan maafkan. Kau tuduhlah aku apa pun, Adam. Aku akan pastikan nasib kau sama dengan Dato Mukhlis !

'' Terserah kau nak cakap aku apa pun. Aku tak pernah paksa kau untuk percayakan aku. Lagipun kau tak cintakan aku. Kau kahwin dengan aku sebab pangkat CEO. Lepas ni kau nak tendang aku jauh jauh dari hidup kau kan ? Excellent A plus plus. " Aku membalas kasar.

Lantaklah Ain, dia sikit pun tak pernah percayakan kau. Lepas ni kau bersedia jelah nak kena tendang. Kau dah takde makna lagi dalam hidup dia. Suatu hari nanti dia akan tahu jugak yang selama ni dia silap.

'' Kau merepek apa ni ? '' Marah Adam Fiqri kembali. Dia tidak pernah ada niat seburuk itu. Memang dahulu dia ada niat seperti itu. Dia berkahwin kerana pangkat. Tapi bukan sebab nak bagi mama cucu !

Sebabnya dia mula sayang.

Lepas ni aku nak tendang kau jauh jauh kau merepek apa ni Ain ! Serius kau mula merepek ! Walau siapa pun kau pada masa silam papa, aku takkan lepaskan kau.

'' Kau terus terang jelah. Kau tak perlu nak pretending. Kau tu lelaki kuat pujuk. Kau pujuk aku untuk lahirkan anak kau dan ini yang aku dapat ? Lepas anak tu mati, kau senang je nak buang aku macam kulit pisang. Sebab kau tak cintakan aku selama ni kan ? Kau berlakon dengan keluarga kau sebab korang kesiankan aku dan korang nak rampas anak aku. Setiap inci aku bagitahu. Kau nak mengelak apa lagi ? " Aku merenung matanya dalam.

Lepaskan jelah aku ni. Buat apa lagi aku nak balas dendam dengan keluarga kau kalau ini yang aku dapat ?

'' Aku sayangkan kau bukan sebab anak tu. Aku sayangkan kau sebab aku betul betul sayangkan kau, Ain. Anak kita dah tak ada bukan bermaksud aku nak tendang kau jauh jauh. Aku tak pernah ada sikit pun niat macam tu, Ain. Hati aku sakit Ain kau cakap macam tu. '' Adam Fiqri terus beredar daripada bilik itu meninggalkan Ain tanpa sikit pun tidak mengerti perasaanya.

Dihempaskan tubuhnya diatas katilnya. Hatinya kini sedang bercelaru dengan kata kata dan tuduhan demi tuduhan yang ditujahkan oleh isterinya sendiri. Sampai bila bila pun dia tidak akan melepaskan Ain dan dia sudah tidak pedulik dengan kisah silam isterinya. Dia tidak mahu sekali mengungkit mengenai duit satu juta itu. Yang dia ingin hanyalah kata maaf daripada isterinya sahaja.

Namun, kata kata Ain seolah olah mengejeknya kerana selama ini dia terlalu percayakan wanita itu. Seolah olah benarlah kata kata Reen. Dia sudah bingung. Sampai hati isterinya membuatnya celaru begini.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now