Bab 63

8.8K 151 3
                                    

Aku terus ke dapur kerana perutku tiba tiba rasa lapar. Adam Fiqri ada didalam bilik masih tidur dengan Afeef. Lagi pun Adam baru sahaja tidur selepas menjaga Afeef malam tadi kerana merengek.

Akhirnya dia juga terlibat sama berjaga ditengah malam. Mama mungkin ada dibelakang rumah sibuk dengan tanaman bunganya.

Aku melemparkan senyuman membalas senyuman Mak Mah yang sudah ku anggap seperti mak cik sendiri. Aku terus mencapai pisau dan mula memotong sayur kale.

Beberapa scrambled egg sandwich disuakan kepadaku. Aku hanya mengucapkan terima kasih kepada Mak Mah yang sering mengambil berat tentangku selama ini.

'' Ni ada apa apa lagi nak potong ? '' Aku bertanya lembut setelah habis memotong sayur kale dan lobak merah. Hari ini Mak Mak nak buat tomyam. Macam tahu tahu je aku nak makan tomyam. Cadang turun ni nak suruh Mak Mah buatkan. Tapi rezeki tiba tiba Mak Mah buatkan pulak harini. Tak payah susah susah.

'' Dah cukuplah tu. Banyak sangat dah tu. Potong banyak banyak ni dia nak sapu sikitlah tu kan ? '' Teka Mak Mah pula. Aku gagal sembunyi senyum. Terus meletus gelakku.

'' Mak Mah ni, Ain dahlah suka sangat dengan tomyam yang Mak Mah buat ni. Ain tak pandai masak tomyam, tapi makan Ain tahulah. Mak Mah tinggalkan banyak sikit untuk Ain tau ? Sayang Mak Mah. '' Aku mengusik Mak Mah. Dia hanya membalasnya dengan senyuman dan membalas ya.

Sedang aku leka, Adam Fiqri mendukung Afeef masuk ke ruangan dapur. Aku merangkul Afeef. Afeef yang masih terlena terus terjaga. Dia merengek sebelum memanjat tubuhku dan memeluk bahuku kembali terlena.

'' Afeef merengek lagi. Abang baru nak tidur kejap. Dah terpaksa berjaga balik... '' Luah Adam Fiqri sedikit kesal.Tak cukup tidur dibuatnya. Dari tadi anaknya itu merengek rengek sambil menarik narik bajunya.

'' Takpe, biar Ain yang jaga dia pulak. Abang pergilah tidur kejap. Lepas tu pergi mandi boleh makan sama sama. '' Kesian jugak aku tengok Adam. Macam orang tak tidur sehari. Mengantuk betul mukanya aku tengok.

'' Dah tengah hari, nak tidur apa pulak.. '' Adam Fiqri bingung. Tak kan tengah tengah hari disuruh tidur kot ? Hish, makin penat badan dia nanti. Jika puasa tiba, mungkin lagi penat dibuatnya nanti.

Ruang tamu sudah riuh dengan suara. Mungkin saudara mama. Aku terus ke ruang tamu untuk melihat gerangan yang datang. Adam Fiqri pula terus ke sinki untuk membasuh muka. Kain pelekat yang tersarung ditubuhnya dibetulkan. Muka tak mandi.

'' Mak ngah hari ni nak balik luar negara. Tu yang mak ngah nak jenguk Afeef ni. Nak telefon tadi tak sempat. '' Tutur Mak ngah.

Adik beradik Datin Adibah rupanya. Di pandang sekilas Afeef yang sudah terlelap dibahu Ain. Tangan si kecil Afeef erat sahaja menggenggam.

Sekilas terlihat Kelibat Adam Fiqri yang memanjat tangga dan menuju ke arah kami. Dia tenang dan tanganya terus menyalami mak ngah. Matanya kini menetang mataku. Adam Fiqri pula sudah mengambil tempat disebelahku.

Bibirnya laju mengucup pipi Afeef. Senyuman terpancar diwajah Adam Fiqri. Baru lepas basuh muka, adalah juga muka manusianya. Aku tersenyum melihat reaksi Adam Fiqri yang baru bangun tidur itu. Tadi penuh taik mata.

'' Mak ngah nak pergi Australia. Mak ngah datang awal ni boleh makan tengah hari dekat Teringin nak rasa masakan isteri kau Adam. '' Usik Mak ngah. Aku tersenyum. Manis tetapi kelat didalam hati. Sedari tadi fikiranku hanya kutumpukan ke arah Afeef.

Datin Adibah pula menyertai kami. Aku hanya menundukkan wajah. Bukanya aku kenal pun adik beradik mama. Semuanya kaya raya dan megah macam mama. Aku aje yang datang dari celah mana entah tersesat.

'' Boleh Adam hantarkan kalau mak ngah tak kisah. '' Balas Adam Fiqri bersahaja. Aih siap offer nak hantar, padahal mata tengah rabak ni. Keluh Adam Fiqri dalam hati.

'' Hmm.. Mak ngah kau ni Adam, okey je. '' Sampuk Pak Ngah dalam ketawa kecilnya.

Aku menyerahkan Afeef ke ribaan Adam Fiqri dan aku terus bergegas ke dapur. Sebenarnya masih kekok. Lebih baik aku pergi dapur tolong apa yang patut. Tengah hari rupanya sekarang ni. Perempuan jenis apalah bangun tengah tengah hari. Haih, aku mengeluh sedikit.

Aku terus menyibukkan diri membasuh sayur sayur yang telah ku potong tadi. Tomyam yang sudah siap dimasak ku cedok sedikit ke dalam mangkuk. senyuman ku semakin melebar. Tak sangka dapat hirup tomyam panas panas. Malam malam pulak tu. Rasa macam makan keropok lekor dekat Paris. Ceh.

Tiba tiba Datin Adibah menyertai ku diruang dapur. Alamak.

'' Mama mintak maaf. Bukan maksud mama nak sorokkan daripada Ummi, cuma ni permintaan Adam. Mama kena terima walaupun memang mama tak setuju dia buat macam tu. Tapi percayalah, Adam buat macam tu sebab tak nak Ummi sedih. Afeef masih kecil dan lemah, Ummi. Adam cuma tak nak tambahkan kesedihan Ummi. '' Luah Datin Adibah.

Rasa bersalah menyelubungi seluruh tubuhku. Adam Fiqri buat semua tu sebab dia taknak tambahkan kesedihan aku tapi sekarang dia cuba pisahkan aku daripada Afeef. Apa permainan sebenar dia ? Kalau kau ajak aku bermain, aku akan bermain. Tapi kalau games tu aku yang menang, aku tak kan izinkan kau sentuh Afeef lagi.

Tapi perasaan itu sudah lama dia tepis jauh jauh. Aku mahu bina hidup baru dengan Adam Fiqri. Tak lupa juga kepada pengikat kasih sayang kami, Afeef.

'' Dahlah, ma. Benda dah lepas. '' Aku cuba memujuk pula.

Air mataku kembali meluncur laju. Jika arwah ibu masih hidup, Datin Adibahlah orang pertama yang akan aku tunjukkan kepada ibu. Akan ku katakan kepada ibu, dialah orang yang selalu ada untuk ku. Pasti ibu akan pergi dengan tenang dan tidak perlulah aku punya niat membalas dendam seperti dulu lagi.

Tapi semua mustahil. Ibu dah pergi selama lamanya dari hidup aku. Begitu juga abah. Abang Syah dan abang Haziq yang membenamkan serpihan luka dilubuk hatiku kini. Andai sahaja mereka ada bersamaku, aku tidak akan berada disini.

Perkara itu sudah lama aku ketepikan. Sekarang hanya kebahagiaan Afeef yang aku fikir. Aku nak Afeef membesar dalam keluara yang lengkap. Datin Adibah tak bersalah dalam hal ni. Aku yang terlalu berfikiran sempit.

'' Jom, teman abang pergi pasar raya kejap. Nak beli ketam. Mak ngah tu suka sangat makan ketam.. '' Sampuk Adam Fiqri memeranjatkanku yang sedang mengacau gulai.

'' Hish, dengan tak mandinya tiba tiba nak pergi pasar. Pergi mandi dulu. '' Arahku. Nak keluar tapi tak mandi. Memang buang tebiat agaknya. Tak sanggup aku nak keluar dengan dia ni kalau tak mandi.

'' Kalau ya pun, mandilah dulu... '' Tegur Datin Adibah. Pening dia dengan perangai anaknya ini.

'' Ya, Adam nak mandilah ni ma.. Afeef ada dengan Mak ngah tu. Mama pun boleh tengok tengokkan kalau dia merengek. Cepatlah siap, Ain.. '' Arah Adam Fiqri lagi.

Sebenarnya dia yang mahu ke pasar raya untuk membeli lauk kegemaranya. Dia mahu Ain memasaknya. Sengaja nak dating dengan isteri. Adam Fiqri terus lekas masuk kedalam bilik dan mencapai tuala.

Akhirnya aku menurut sahaja perintahnya. Teman pergi pasarlah apalah. Baru je nak hirup kuah tomyam tu. Panas panaslah sedap. Ni nak pergi pasarlah apalah. Haih.. rungut ku dalam hati.


Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now