Bab 61

9.7K 154 10
                                    

'' Ain, sampai hati kau kan ? Kau ugut aku. Kau buat kak long sampai pengsan, aku tak faham. Kau kenapa sebenarnya ni ? Cakap dengan aku. Aku kawan baik kau, kan ? '' Tanya Syafiqah sebaik sahaja dia melabuhkan dirinya dikerusi kosong dihadapanku.

'' Kau duduk diam je boleh tak ? Tu masalah aku dengan perempuan tu. Youre not deserved to know the hells. '' Aku bersuara keras.

Mataku tajam merenung wajah Syafiqah. Kalau dia nak tahu sangat, aku akan bagitahu. Tapi lepas aku bagitahu aku tak kan lepaskan kau. Kau kawan baik aku, tapi that was yesterday, Syaf.

'' Aku kisah pasal kau. Aku tak suka kau yang sekarang. Macam lain sangat Ain depan aku ni. '' Pujuk Syafiqah. Kawan baiknya itu benar benar sudah berubah tiga ratus enam puluh darjah. Sungguh dia tidak mengenali lagi kawan baiknya itu. Jika ada kaitan dengan Yazid, dia sendiri akan menyelesaikan hal ini tanpa melibatkan Yazid.

'' Syaf, kalau kau nak tahu... kalau kau sampai bagitahu apa yang aku buat dekat sesiapa pun termasuk suami tersayang kau tu, aku takkan lepaskan kau. Mungkin nasib anak kau akan senasib adik Farahin. Itu pun kalau kau nak lah. '' Ugutku. Aku tersenyum sinis. Riak wajah Syafiqah yang ketakutan membuatkan aku ketawa. Kau tak kan berani, Syaf.

'' Tapi kenapa ? Kenapa kau sampai ada niat tak elok macam tu ? Apa salah dia orang Ain ? Kenapa kau nampak macam simpan dendam lama ? Kau ... musuh dengan kak long ke ? '' Syafiqah bertanya perlahan. Dia sudah tidak keruan lagi.

'' Yes, Syaf. Aku yang kau pandang sekarang bukan Ain yang dulu. Sekarang hati aku dah kering. Perasaan aku kebas macam aku tak rasa apa apa lagi. Aku berdendam dengan keluarga Adam. Mungkin kau tak tahu selama ni aku dah lama tinggal dekat rumah ni kan ? Aku kenal semua orang dalam rumah ni sebelum kau kenal dorang dan masuk dalam hidup Yazid. '' Luahku perlahan.

'' Kau cakap apa ni ? Kenapa kau tak pernah bagitahu aku ? Apa yang dorang dah buat sampai kau jadi macam ni, Ain ? '' Syafiqah mengetap bibir. Dia yakin, ada sebabnya dan sebabnya itu yang membuatkan kawan baiknya seperti ini.

'' Arwah papa Adam dah bunuh ibu aku waktu umur aku sepuluh tahun. Ibu aku mati dekat riba aku sendiri, Syaf. Kau takkan faham ! Dato Mukhlis jual rumah ibu aku. Dia pisahkan aku dari adik beradik aku. Aku dah takde siapa siapa dah, Syaf. Lepas tu dia orang senang senang je nak ambik aku sebagai anak angkat untuk tak rasa bersalah pada aku. Aku sendiri yang racun Dato Mukhlis. Aku yang tolak Alisa jatuh. Kau dah tahu kan apa yang aku akan buat lepas ni ? Semuanya bukan mudah bagi aku untuk aku lupakan, Syaf. ''

'' Tapi apa pun kau tak boleh buat macam ni. Apa pun sebabnya, ini semua takdir Ain. Kau tak boleh nak hukum dorang sampai macam tu. '' Tutur Syafiqah perlahan.

'' Salah ke Syaf untuk aku carik sendiri kebahagian aku ? Salah ke Syaf ? '' Namun apabila aku memikirkan Afeef, aku kembali kuat.

'' Aku tak bodoh, Syaf. Aku tahu dalam rumah ni korang semua sorokkan Afeef dari pengetahuan aku. Kau pun sama jelah ! '' Aku terus menolak Syafiqah jatuh ke lantai. Kau dah masuk perangkap aku.

'' Jangan buat aku macam ni Ain. Aku mintak maaf sebab rahsiakan daripada kau selama ni. Tapi tu semua permintaan Adam. Aku tak boleh nak tolak. '' Syafiqah merayu lagi.

Dia cuba bangun untuk meloloskan diri dan terus melangkahkan kakinya ke ruang tamu ke tingkat bawah. Hendak segera keluar mencari pertolongan. Namun hampa. Sesampai ditangga, aku terus menolak Syafiqah.

Tersenyum puas terpapar dibibirku saat tubuh itu bergolek menuruni anak tangga. Macam tulah aku rasa bila Adam tolak aku ! Syafiqah memegang perutnya. Darah pekat mengalir dicelah kaki seluarnya. Syafiqah akhirnya sudah mengerang kesakitan.

Hahahah biar padan muka kau ! Kau tu sama je macam Alisa ! Suka sibuk hal aku ! Aku terus beredar menapak ke bilikku dengan puas hati.

Meninggalkan Syafiqah yang kesian. Siapa yang akan tolong kau ? Siapa Syaf ? Siapa ? Melainkan anak kau dengan kau sekali mati ! Aku ketawa kuat. Tubuhku terus ku rebahkan ke atas katil. Aku tersenyum penuh makna. Tak pernah rasa sebahagia ini. Lepas ni, Adam !

'' Syaf ! '' Jerit Yazid. Terkejut dia melihat isterinya kini memegang perut dengan penuh darah dilantai. Cecair pekat itu direnung sehinggalah dia melihatnya cecair itu mengalir dari celah seluar isterinya.

'' Abang .... anak kita abang ! '' Syafiqah kini sudah terkulai layu didalam dakapan Yazid. Matanya terpejam rapat. Tanpa berlengah, Yazid mengangkat tubuh isterinya dan dibawa masuk ke dalam kereta.

AKU hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti biasa. Kalau Syaf tak teragak agak bagitahu apa sebenarnya yang terjadi, aku takkan lepaskan Syaf !

Aku merenung Syaf tajam. Seolah olah mataku adalah sebagai peringatan untuknya. Perempuan ni adalah sebagai penghalang dan menjadi tembok untuk aku. Sorry but no, Syaf.

'' Sayang, cakap dengan abang kenapa boleh jadi macam ni hmm.. ? '' Tanya Yazid perlahan. Dia amat bersyukur kerana anaknya selamat. Risau benar dia melihat isterinya itu tiba tiba sahaja rebah didalam dakapanya.

'' Syaf jatuh tangga. Syaf tak perasan, abang. Maafkan Syaf sebab buat abang risau. Abang marahkan Syaf ? '' Syafiqah melemparkan senyuman. Yazid pantas menggeleng.

'' Tak, abang tak marah. Next time, hati hatilah. Abang risau. Sayang jangan buat macam ni lagi. Mummy dengan daddy sayang risau. Hmm ? '' Pujuk Yazid. Tangan isterinya pantas dikucup perlahan. Aku sudah bosan dengan bapak pengakhiran yang tidak menjadi ini.

Huh ! Drama Queen ! Bisikku dalam hati. Aku membalas renungan Syafiqah dengan jelingan. Sorry, Syaf. Kau dah jadi sebahagian daripada hidup Yazid, itu bermakna kau jugak musuh rasmi aku.

Aku lepaskan Yazid dekat kau bukan sebab aku tak cintakan dia, tapi sebab aku nak kejar impian aku membalas dendam. Tapi sebaliknya aku dapat Adam Fiqri yang jauh lebih bodoh daripada laki kau !

Adam Fiqri sudah lama melelapkan mata sementara aku pulaterjaga dihening subuh yang dingin. Sukar untuk melelapkan mata sekali lagi.
Resah dengan apa yang bakal menantiku selepas ini.

Rancanganku untuk membuat bayi Syafiqah mati, gagal dan kini aku yakin dia pasti tidak akan berani bagitahu sesiapa pun.Aku terus menuju ke bilik air dan memebersihkan diri.

Air dingin pagi mendinginkan tubuhku tetapi bukan mendinginkan perasaanku ketika ini.

Air jernih yang mengalir deras memenuhi tab mandian, ku renung dalam. Hatiku tergerakkan kepada sesuatu yang telah lama aku tinggal. Air wudhuk.

Ya, mungkin memang selama ini Adam Fiqri ada mengejutnya untuk solat subuh. Namun dia hanya menurut penuh paksa. Hatinya sudah lama mati.

Perlahan lahan aku mengambil air wudhuk itu dan membiarkanya mengalir diseluruh tubuhku yang dipenuhi segenap inci dosa.

Terasa aku adalah perempuan yang paling lemah saat ini. Selepas mengambil wudhuk, aku mencapai telekung pemberian Adam Fiqri sebagai hantaranku.

Aku sarungkan ke tubuhku dan melemparkan sejadah ke arah kiblat. Rasa seperti aku baru bertatih agama sedangkan sudah lama aku meninggalkanya hanya kerana dendam kering yang tidak sudah.

Beberapa minit kemudian, aku melamakan dahiku diatas sejadah. Entah kenapa perasaan ini seperti sedang dicarik carik dengan belati. Aku sungguh kerdil, Ya Allah. Air mataku menitis lagi.

Rasa lebih lemah dan rapuh berbanding sebelum ini. Kenapa selama ini dia tidak dapat merasai kasih sayang Adam Fiqri ?

Kenapa hatinya masih tidak terbuka untuk memaafkan keluarga lelaki itu ? Hanya penuh dengan penipuan sahaja yang dia lihat disebalik wajah Adam Fiqri.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now