Aku membuka mata perlahan lahan. Aku memegang kepala yang berat. Kepalaku terasa berat. Seolah olah ada batu besar yang sedang menghempapku. Terdapat seorang doktor perempuan yang sedang melemparkan senyum manis kepadaku.
'' Syukurlah kau dah sedar. Tadi Hanif jumpa kau tiba tiba pengsan. Dekat atas meja ni aku ada belikan makanan untuk kau berbuka. Tapi ingat, kau tak boleh banyak bergerak sangat. Kandungan kau lemah lagi ni. Ni ada Hanif boleh tengok tengokkan kau. Aku gerak dulu, ada kerja sikit. Jangan lupa makan. Nanti kalau apa apa jadi dekat kandungan kau tu, susah pulak. '' Diana melemparkan senyuman.
'' Thanks Dian. Kau baik sangat dengan aku. '' Aku melemparkan senyuman dan membalas dakapanya. Lelaki yang dimaksudkan Diana, iaitu Azharuddin Hanif ku pandang sekilas. Aku melepaskan pelukan. Azharuddin Hanif dah banyak sangat tolong aku. Dulu dia yang selamatkan aku daripada kena kacau dekat perhentian bas. Sekarang dia yang tolong aku waktu aku pengsan. Kalau suaminya juga sebaik Hanif.. Tapi itu tak mungkin. Diana hilang dibalik pintu keluar. Mungkin ada kerja lain.
'' Terima kasih sebab tolong saya sekali lagi... '' Aku mengatur ucapan. Hilang sedikit rasa sedihku selepas maruahku dipijak pijak di depan Adam Fiqri. Mungkin aku kena terima yang aku dah kehilangan Afeef. Tapi aku masih ada harga diri dan itu perlu dibayar ! Aku masih ada kandunganku dan itu cukup membuatkan aku merasa tidak kesunyian.
'' Welcome. Erm.. Ni ada nasi bungkus. Saya tahu perut awak kosong. Awak kena makan. Baby dalam kandungan awak tu perlukan zat. Tak perlulah awak seksa diri awak sampai lupa nak jaga diri. Ingat Ain. Awak tu pregnant.. Sekarang doktor kacak ni akan paksa awak makan sampai habis. Selagi tak makan, awak tak boleh keluar daripada hospital.. '' Balas Danial Hanif ramah.
Wajahnya nampak berkerut kerut.. Tapi sorrylah dia dah kahwin pulak Anep oi. Tengah pregnant pulak tu. Nanti suami dia bunuh kau, naya je. Haih dah jadi bini orang rupanya awak.. Tengah pregnant pulak tu. Melepas lah kau Nep.. Haha, omel Azharuddin Hanif dalam hati. Walaupun ada sedikit tekilan dihatinya.
Aku tersenyum kelat. Perlahan lahan aku mencapai bekal makanan. Walaupun Diana membelikanya tomyam, namun seleranya tetap mati. Tak ada apa yang aku inginkan selain kemaafan Adam Fiqri dan Afeef anak aku. Kalaulah dia boleh bawa Afeef tanpa sebarang masalah, pasti dia akan membawa Afeef jauh daripada sini. Kalau sampai keluar negara pun dia sanggup asalkan Afeef ada bersamanya.
Tak ada gunanya lagi aku merayu bagai nak gila dekat orang yang tak sudi. Lagi seminggu daripada sekarang, bulan puasa akan menutup tirainya. Aidilfitri pula yang akan menjelang. Sudah tiba masanya aku balik ke Penang dan menjenguk kubur ibu.. Dan sepanjang itu jugalah, aku harus belajar menerima takdir. Inilah takdir hidup aku. Biar aku jadi kaktus. Yang tetap kuat dan tabah dalam hadapi dugaan kehidupan walaupun perjalananya penuh derita.
'' Awak boleh bawa saya pergi jumpa dengan suami saya ? Saya risaukan dia.. '' Pintaku pada Hanif. Azharuddin Hanif hanya setia memadangku yang hanya baru makan dua suap. Sebenarnya aku dah lama hilang selera. Bukan aku tak kesiankan anak dalam perut aku ni, tapi macam mana aku nak jaga anak ni tanpa Adam ?
Tak mungkin aku besarkan dia seorang diri. Aku tak nak anak aku tak rasa kasih sayang Adam macam aku. Aku tak nak hidup anak aku menderita macam aku. Berikanlah aku sedikit kekuatan Ya Allah..
Aku mendekati Adam Fiqri yang sedang terlena. Kepalanya masih berbalut. Kakinya juga retak disebabkan pelanggaran itu. Kalaulah Adam tak kejar dia semalam, tak mungkin semua ni berlaku depan mata aku. Aku rasa berdosa sangat dengan suami aku. Sebab aku dia terlantar sakit macam ni...
Aku mencapai tangan Adam Fiqri dan ku kucup lembut. Mengharapkan agar semua dosa dosaku dapat dihapuskan.. Walau kemana jua aku berada, syurga aku pada Adam Fiqri. Tak mungkin aku hidup tanpa kemaafan dan keampunan Adam Fiqri.
![](https://img.wattpad.com/cover/59260899-288-k3517.jpg)
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantikMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...