Bab 48

9.7K 183 4
                                    

Adam Fiqri memicit tengkuknya. Semalaman dia tidak dapat lena. Fikiranya menerawang kepada Afeef. Entah bagaimana Si Kecil Afeef di sana untuk menyesuaikan diri tanpa dia di sisi. Berat hati lagi beban jiwanya menanggung.


'' Ummi macam mana ? Ada perubahan ? '' Tanya Datin Adibah sebaik sahaja dia mengambil tempat disebelah anaknya yang duduk termenung didepan kolam renang.

'' Entahlah, ma. Adam penat nak layan menantu mama tu. Dah sakit kepala fikir apa lagi lepas ni. Sekarang Adam cuma fikirkan Afeef lagi. Serabut kepala Adam ni. '' Keluh Adam Fiqri perlahan.

Tanganya memicit micit perlahan kepalanya. Migrane kembali menyerang membuatkan dia semakin letih. Minggu hadapan dia akan masuk ke ofis seperti biasa dan pergi ke Brunei untuk menguruskan projek membina mall disana. Serabut dibuatnya.

'' Adam yang buat dia macam tu, sukalah Adam kan ? Dahlah Adam sorokkan Afeef. Mahu dia tak presurre bila tahu dua dua anak dia dah takde ? '' Marah Datin Adibah perlahan tetapi penuh dengan nasihat. Tidak tahu bagaimana hendak menasihati anaknya itu lagi.

Dia kesiankan menantunya itu yang terpaksa menerima bahawa anak mereka sudah meninggal. Isteri mana yang tidak bersedih jika dapat tahu anak yang dikandungnya selama ini meninggal ? Itu baru meninggal sudah high presurre. Jika dia tahu anaknya disorokkan ? Entah apa lagi yang akan berlaku.

'' Bukan itu maksud Adam ma. Afeef tu baru je baik demam. Nasib Dah nak sebulan Adam tak masuk ofis. Ramai dah hantar e-mail semua tanya pasal tender lah itulah inilah. Adam penatlah... '' Adam Fiqri mengeluh. Rasa ada sebesar batu yang sedang menghempap dirinya saat ini.

Sampai bila isterinya itu akan melayaninya acuh tidak acuh ? Sampai bila ?

Kau yang cari hal, terimalah padahnya. Padanlah muka kau. Kutuk Adam Fiqri dalam hati. Semua yang berlaku adalah berpunca daripadanya sendiri. Baru sahaja mereka ingin nengecapi bahagia, pelbagai halangan dan dugaan yang timbul. Runsing fikiranya.

'' Papa ada. Adam janganlah risau. '' Kata Datin Adibah. Rahsia yang disimpan kemas hampir sahaja pecah. Macam mana kalau Adam tahu aku ada sorok sesuatu daripada dia ? Semoga Adam tak syak apa apa, doa Datin Adibah dalam hati.

'' Tu dululah ma. Sekarang ni papa dah takde nak take over company tu. Mama ni cakap pasal papa, rindu papalah tu. '' Usik Adam Fiqri sedikit ketawa kecil melihat mamanya. Mama ni cakap macam papa tu hidup lagi je.

Sekarang ini dialah harapan penuh arwah papanya untuk meneruskan legasi syarikat besar yang ditinggalkan. Dulu memanglah papanya yang uruskan semua meeting.

Sekarang ni aku yang kena pikul semua tu. Nak harapkan Yazid ? Lepas kahwin, ikut Syaf pergi Selangor uruskan company bapak mertua dia tu. Perniagaan keluarga ni kalau tak bukan aku siapa lagi yang kena uruskan ? Nasiblah kau.

" Mama rindukan papa. " Luah Datin Adibah perlahan.

Tidak mahu disimpan lagi. Cukuplah dia selama ini sudah banyak menipu anak anaknya tentang 'kematian' suaminya. Dia sudah tidak mahu menanggung dosa lagi. Tapi.... adakah suaminya itu bersedia ?

'' Papa masih hidup, ma. Bagi Adam dia masih hidup. Sampai sekarang Adam masih tak bersedia untuk jenguk papa. Adam dah banyak buat dia kecewa.. '' Balas Adam Fiqri sayu.

Baginya arwah papa tidak pernah mati dalam hatinya. Kalau papanya itu masih hidup, dia mahu dengar jawapan daripada papa tentang kaitan isterinya dengan arwah papa.

'' Papa hidup dalam hati Adam. Dalam hati kita semua, ma. Papa tak pernah mati dalam hati kita semua. '' Adam Fiqri ingin berseloroh dengan mamanya. Ya, dalam hatinya papa tidak pernah mati dan tetap menjadi kebanggaanya untuk memajukan syarikat.

'' Youre right Adam. Papa 'hidup' dalam hati kita semua. '' Balas Datin Adibah sambil tersenyum. Maknanya Adam tetap tak tahu.

Sampai bila aku nak berterus terang ? Abang, saya dah penat. Sampai bila abang nak saya sorokkan semua ni ? Keluh hati Datin Adibah sendiri dengan perkara yang disimpan kemas selama ini.

Ain yang sedang lena dibuai mimpi, direnung dalam. Andai saja semua ini tidak akan berlaku, segaris pun dia tidak mahu menyakiti perempuan yang dia sayang.

Aku tak nak silap lagi. Seribu kali mahupun berjuta aku minta maaf, tapi kau tak sudi nak maafkan aku. Aku akan tetap akan minta maaf. Adakah kau akan terima aku balik kalau aku cakap yang anak kita masih hidup ?

Adam Fiqri tersenyum tipis saat aku membuka mata. Dia ni dah buang tebiat ke tiba tiba senyum dekat aku ? Kerutan diwajahku jelas terpampang menahan kesakitan.

" Lena awak tidur. Awak nak apa apa tak ? Saya boleh ambilkan. " Ujar Adam Fiqri. Terbit kesianya melihat kesakitan yang ditanggung oleh isterinya disebalik kerutan wajah isterinya.

Aku hanya mendiamkan diri. Tu je kau boleh tanya ? Aku memberanikan diri menentang wajah Adam Fiqri.

" Sampai bila awak nak hukum saya macam ni Ain ? Semua orang layak menerima peluang kedua. Tapi takkan saya tak boleh ? Saya nak perbetulkan semua salah silap saya. Tapi awak... awak tutup pintu hati awak. Awak tak beri saya peluang langsung. " Luah Adam Fiqri. Sedikit berkecil hati melihat isterinya kaku dan memandangnya tidak beriak.

" Nak peluang perbetulkan kesilapan kau ? " Soal ku nendatar. Kau nak peluang ? Get a life !

Adam Fiqri senyap. Dia masih tidak dapat mengiyakan soalan itu.

" Kau lepaskan aku. Kau bina hidup kau yang baru dengan orang lain. Aku dengan hidup aku. Takde siapa yang sakit lagi macam sekarang. Senang. "

Deal.

Aku pun tak kuasa nak hadap dendam ni lama lama. Biarlah aku yang mengalah kali ni. Kau boleh teruskan menipu dengan hidup kau. Aku benarkan hidup kau bahagia. Aku tak kisah kalau aku jadi kaktus sampai bila bila.

Apa lagi boleh aku buat ? Semuanya dah musnah. Tapi... lepas aku pastikan Alisa hilang anak dia !

" Istilah cerai tak ada dalam kamus hidup aku. Kau boleh minta benda lain. Tapi kalau kau nak aku lepaskan kau, sampai mati pun aku takkan lepaskan kau. "

Adam Fiqri terus beredar sebaik sahaja menuturkan ayat itu.

Perit !

Kenapa cerai yang kau mintak Ain ?

Tak ..... !

Aku tak akan lepaskan Ain dalam hidup aku.





Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now