Aku tiada selera. Nasi yang tidak ku sentuh ku ketepikan. Sungguh tak ada selera. Aku hanya menyuap nasi ke mulut perlahan. Namun tatkala aku ingin menelanya seakan perit sahaja. Apa yang tak kena pun aku tidak tahu.
Ayam goreng. Sayur. Sedap je aku pandang. Sekali aku telan rasanya hampeh je. Tak boleh nak telan sangat. Makan banyak pun tak boleh. Aku memberhentikan suapan dan merenung ke perutku.Kenapa ni ? Kau cuba cakap dengan aku apa yang kau nak makan. Aku lapar ni. Tapi kau macam tolak semua yang aku makan. Aku bermonolog sendiri.
" Kenapa ni ? Ain tak nak makan ? Kan nasi banyak lagi tu. Makan lagi, sayang. " Adam Fiqri mengusap ngusap belakangku.
Dia sebenarnya kesian melihat aku yang hilang selera setiap kali waktu makan.
Kesian pulak aku tengok Ain. Anak aku punya pasal dia tak lalu nak makan. Bisik Adam Fiqri dalam hatinya. Dia juga sudah berhenti daripada makan. Dia mahu memujukku agar makan.
" Ain tak boleh nak telan lah. Ain tak ada selera. Abang makanlah. " Balasku perlahan. Air mataku bergenang dikelopak mata. Kenapa seksa sangat orang mengandung ni ?
" Ummi kena makan banyak sayur. Nanti baby sihat. " Pesan Datin Adibah. Dia kesiankan aku yang tidak ada selera. Makan apa pun muntah. Lemah sahaja di lihat menantunya itu. Terbit rasa terharunya.
" Terima kasih ma. Tapi memang makan sayur pun. " Aku menelan sesuap. Rasa yang sama. Loya. Nak muntah. Tak tahu nak makan apa dah. Teringin rasanya nak makan masakan ibu. Mesti tak loya macam ni. Ni semua sebab budak kecik nilah ! Mengada macam bapak dia jugak ! Arghhhh !
" Sayang nak apa ? Abang ambil." Adam Fiqri bertanya perlahan. Direnung wajahku yang sedikit pudar. Aku menggeleng.
" Dah banyak sangat dah ni. Nanti tak habis pulak. " Aku menahan Adam Fiqri dari menambahkan nasi ke dalam pingganku. Rasa nak terbalikkan meja. Lauk sedap je. Tapi kenapa tekak aku tak nak terima ni ? Geram pulak aku.
" Ummi tu dahlah kering je. Ummi kena makan banyak sikit. Ingat, Ummi makan untuk dua orang. Ni sikit je mama tengok. " Sampuk Datin Adibah. Dia melemparkan senyum.
" Sayang, makan lebih sikit. " Suruh Adam Fiqri. Dia geram. Kenapa perempuan mengada sangat ? Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tulah kau. Tak pernah nak ambik tahu. Kau tahu nak paksa dia. Tak pernah nak faham perasaan dia.
Such an annoying ! Mengadanya ! Bisik hati Reen. Geram melihat kemesraan yang dipamerkan oleh bekas teman lelakinya dengan si isteri. Hey ! Panas pulak hati aku ni !
Aku meninggalkan meja makan dan terus naik ke bilik. Dah tak tahan nak jadi perhatian orang. Reen pulak tengok aku tadi macam nak sumbat aku sampai mati je. Kalau ibu ada lagi, mesti aku dah lama cabut pergi balik Penang. Ibu masak lagi sedap. Erghhh ! Aku merengus kasar.
Adam Fiqri naik ke bilik memeranjatkanku dengan membawa dulang makanan. Datin Adibah yang memaksanya bawa makanan itu. Kalau tidak, jangan harap aku nak buat ! makan je kowt ! Apa masalah ? Hish ! Bagi penampar tahulah kau !
" Kau memang mengada ngada kan ? Mama suruh makan banyak sikit kau buat tak tahu je kan ? Aku bagi penampar nanti baru tahu ! Nah makan ni ! Kau jangan nak buat perangai ! " Tegur Adam Fiqri geram. Tapi kata katanya agak kasar sebenarnya. Arghh aku tak kira ! Aku nak kau makan sampai habis !
" Ain tak boleh nak makan banyak sangat. Nanti Ain loya. " Balasku sambil menolak sedikit tubuhnya merapat pada tubuhku. Aku merenung wajah Adam Fiqri yang sedikit keruh.
" Loyalah apalah. Aku nak kau makan banyak lepas ni. Kau kena ingat, kau makan untuk anak aku. Kalau anak orang lain aku tak kisah sangat. Aku tak nak dia berlapar dalam tu. Kalau kau tak makan, aku sumbat dalam mulut kau nak ? " Balas Adam Fiqri tegas. Tanganya naik mengusap perlahan perutku yang masih kempis.
Aku hanya membiarkan sahaja Adam Fiqri mengusap ngusap anaknya. Aku nak tepis takut dia marah pulak. Memang setiap kali aku tidur dia akan buat macam tu. Cakap sendiri dengan anak dia. Gila. Senyuman Adam Fiqri terukir. Takpa ! Kalau budak ni boleh jalan dengan plan aku, aku tak kisah. Asalkan kau cintakan aku, Adam. Aku senyum sinis.
" Ain cuba. " Aku merenungnya. Aku mengalihkan tanganya perlahan. Aku punya sukalah aku nak makan ke tak ! Lemak pulak mamat ni aku tengok ! Selalu tu, asyik nak sepak terajang aku macam bola keranjang. Ni makin lama makin naik daun pulak aku tengok ! Gelilah sial. Tak suka. Mengada !
" Kau kena. Bukan cuba. " Adam merenungku kembali. Degil ! Susah sangat nak dengar cakap aku sejak duduk rumah mama ni. Dulu tak pernah pun nak melawan. Cakap balik pun tak berani. Ni dah pandai pulak nak mengada ada. Hishh.
Aku menjeling matanya. Aduii ! Ni yang parah ni. Bila pregnant macam ni apa pun tak boleh.
" Kau tu degil. Asyik nak menyusahkan aku je ni kenapa ? " Sambung Adam Fiqri. Dia semakin mendekatkan bibirnya pada wajahku. Aku menolak perlahan tubuhnya yang semakin mendekat dan mendekat. Nanti aku muntah dekat kau baru tahu. Dekat dekat dengan aku ni nak apa ! Kutuk ku lagi dalam hati.
Adam cuba memeluk isterinya yang masih keras kepala. Sesekali dia merindukan belaian isterinya itu.
" Abang janganlah. Ain rimaslah abang macam ni. " Aku menolak tubuhnya. Namun dia mengeraskan tubuhnya. Aku hanya senyap. Lelaki miang ! Aku hanya membiarkan sahaja. Tak dapat menolak Adam Fiqri. Lama aku membiarkanya.
" Bukan selalu aku peluk. " Luah Adam Fiqri terus merebahkan diriku ke katil. Dia bertindak memelukku.
Sabar Ain. Sabar. Nak tolak berdosa pulak. Sampai bila aku nak kena hadap perangai dia je ? Aku bencilah. Nak je aku jerit dekat dia. Tolak dia. Tak pun racun dia macam mana aku racun Dato Mukhlis ! Hah waktu tu kau baru tahu egonya seorang pendendam macam aku ! Kau baru nak kenal Tuhan ! Kau tunggu ajal kau, Adam !
" Abang, Please. You will hurt the baby. " Aku melarang Adam Fiqri. Namun... Tetap saja tubuhnya terpaku disitu. Tidak bergerak seinci. Aku pulak naik rimas !
" Anak papa, papa janji papa takkan sakitkan anak papa ni. " Adam Fiqri berkata kata pada perutku. Dia terus asyik memelukku.
Aku naik rimas. Akhirnya aku biarkan sahaja. Ikuti sahaja permintaanya. Aku tak berdaya nak marah. Tengking atau apa saja. Tiba tiba suaraku seolah olah tidak mahu keluar.
Aku menyegarkan badan. Adam Fiqri masih tergolek melingkar di atas katil. Sampai bila aku nak macam ni ? Betul ke kau nak kan anak ni ? Serius ke kau nak biar cucu Dato Mukhlis hidup ? Kau fikirlah Ain. Sampai bila ? Kau tak terfikir ke nak hidup bebas ? Bebas dari Adam Fiqri ? Dia tu manfaatkan kau je.
Aku tak kira. Esok aku nak pergi klinik. Atau aku buat apa je untuk gugurkan dia. Aku tak nak anak ni ! Aku tak nak ! Buat apa ? Hidup aku dah sengsara sangat ! Aku dah tak ada siapa siapa dah. Abah dah tak sayang aku. Abang Syah dengan abang Iq pun tak pernah balik. Dorang pun dah buang aku. Agaknya ibu dah tak ada pun korang tak tahu kan ?
Pergi mamposlah dengan budak ni !!!
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...