Yazid masuk dan berpeluk tubuh dihadapan katilku. Entah apa yang diberitahu Yazid kepada suamiku itu tidak pasti. Pandangan Yazid keruh. Aku tidak dapat membaca pandanganya. Aku menelan liur. Jika tidak dipaksa, mungkin aku akan ditengking nanti dan akhirnya aku memberikan nombor Adam Fiqri kepadanya.
" Aku dah cakap dengan suami kau. Kejap lagi dia datang. Tapi sekarang aku nak tahu kenapa kau lebam lebam macam ni. Kau cakap dengan aku Ain. " Desak Yazid. Yazid memandang mata wanita dihadapanya tajam. Dia ingin tahu. Jawapan daripada suami wanita dihadapanya seakan memberi jawapan. Dia tersenyum kelat.
Kenapa kau kahwin dengan dia sedangkan kau tahu dia tu kaki pukul? Panas baran? Aku terkejut jugak. Patutlah nampak macam pernah tengok je nombor ni. Rupanya kau kahwin dengan abang aku! So, kaulah perempuan simpanan papa aku? Kutuk Yazid dalam hati. Marahnya disimpan.
" Aku jatuh bilik air. " Aku tergagap gagap. Takut menentang mata Yazid yang seakan ingin mencekiknya. Dari dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah. Tidak pernah berlembut jika merisaukan dirinya. Berkeras dan suka memaksa. Namun ditempat lelaki itulah dia meluahkan segala rasa kecewa dan sedihnya.
" Kepala otak kau jatuh bilik air sampai lebam sana sini? Kau jangan nak tipu akulah. Adam dera kau kan ? Adam pukul kau kan? " Tanya Yazid sedikit tegang. Entahlah. Dia sendiri bingung. Hendak berlembut atau berkasar. Namun apa yang diceritakan Adam benar benar merentap jiwanya.
" Kenapa kau tuduh suami aku macam tu ? Apa maksud kau? Mana kau kenal Adam? " Tanyaku sedikit kasar. Bukan niatku untuk berbohong. Bukan juga berniat untuk mempertahankan Adam Fiqri sedangkan dia adalah orang yang membuatku begini. Namun aku tidak mahu Yazid dan Syaf tahu tentang kekeruhan rumah tanggaku yang baru aku bina dengan Adam Fiqri.
" Dia tu kaki baran. Kaki pukul. Kalau tak dia siapa lagi? Kau cakap dengan aku, Ain. " Yazid cuba bermain tarik tali. Dia tidak suka Ain menipunya sebegitu. Dia tahu akan sikap abangnya sendiri. Panas baran yang teramat. Sama seperti arwah papanya Dato Mukhlis. Dia tidak pernah menyangka perempuan yang dia sayang selama ini adalah penyebab keluarganya hancur.
Aku tak tahu nak marah ke nak macam mana dengan kau Ain. Kau buat aku keliru. Aku tak sangka kau buat aku macam ni. Kau buat keluarga aku macam ni. Kenapa Ain ? Kenapa mesti kau! Jerit Yazid dalam hati.
" Kau tak kenal Adam! " Marahku. Aku beranikan diri menetang pandangan Yazid. Kenapa semua orang hendak menyeksanya?
" Aku kenal dialah sebab tu aku cakap macam tu! " Yazid mula meninggikan suara. Jari telunjuknya tepat pada wajah wanita dihadapanya. Dia terus beredar. Tidak sanggup untuk membenci wanita itu. Wanita yang mengajarnya erti cinta. Wanita yang sentiasa ada untuknya dikala dia suka dan benci. Namun kenapa wanita itu juga yang membuatnya membenci?
Aku terpempan. Tergamam. Bungkam. Yazid kenal Adam? Tapi macam mana? Macam mana dia boleh kenal Adam? Tapi kalau dia tak kenal Adam, macam mana Yazid tahu Adam panas baran dan kaki pukul? Aku tertanya tanya sendiri. Kembang kempis hidungku menahan tangis. Akhirnya tangisku hambur jua.
Yazid menundukan pandanganya kelantai. Kepalanya seakan berdenyut denyut. Macam mana kau rancang selama ni Ain ? Kau jadi perempuan simpanan papa. Sekarang ni kau kahwin dengan abang aku? Apa yang kau nak sebenarnya? Tanya Yazid dalam hati.
Syafiqah mendapatkan tunangnya dikerusi menunggu di luar bilik. Fikiranya nampak berserabut. Dia melabuhkan dirinya disebelah Yazid. Dia terpempan. Lelaki itu menangis? Tapi kenapa? Pelbagai persoalanan muncul dalam fikiranya.
" Abang. " Tegur Syafiqah perlahan.
Yazid segera menyeka perlahan matanya. Tidak mahu Syafiqah tahu yang dia sedang menangis. Menangis kerana bekas kekasihnya kini telah menjadi milik abangnya. Menjadi kakak iparnya. Entah apa perasaanya kini. Sedih. Marah. Geram bercampur baur menjadi satu perasaan yang membuatnya bertindak mengalirkan air mata.
" Syaf. " Balas Yazid perlahan. Bibirnya diketap. Takut tunangnya Itu perasankan perubahan wajahnya yang basah dengan air mata.
" Abang okey ke? Syaf tengok macam tak okey je. Abang risaukan Ain eh? Abang jangan tipu Syaf lah. Syaf tahu abang tengah risaukan Ain. " Syafiqah Cuba meneka. Dia tahu tunangnya itu tidak pernah melupakan Ain didalam hidupnya. Dia tahu tunangnya itu masih menyimpan perasaan terhadap Ain. Namun malangnya kawan baiknya itu sudah menjadi milik orang lain.
" Abang okey Syaf. Sakit kepala sikit. Syaf masuklah jenguk Ain. Dia dah sedar tadi. " Balas Yazid lembut. Tidak mahu menyakiti tunangnya. Erti kata lain menghalau. Dia perlukan sedikit udara Segar Untuk menerima kenyataan bahawa Ain adalah wanita yang dicintainya dan wanita simpanan arwah papanya, Dato Mukhlis. Semua Ini memang tidak masuk akal.
" Syaf masuk dulu jenguk Ain. Abang tidurlah dalam kereta. Biar Syaf teman Ain. Tak pun abang balik dulu. " Syafiqah memberi cadangan. Dia tidak boleh mementingkan dirinya sendiri. Syafiqah terus berlalu masuk menemui Ain.
" Ain, kenapa ni? Kenapa kau nangis? Kau cakap dengan aku siapa yang buat kau macam ni? " Pujuk Syafiqah lembut. Dia menarik Ain kedalam pelukanya. Dia mengusap ngusap perlahan tubuh kawan baiknya.
" Syaf ! " Jerit ku kecil. Ku hamburkan segala tangisan didalam perlukan Syafiqah kawan baikku. Perasaanku hiba. Entah kenapa tangisanku menjadi kuat. Seakan Syafiqah adalah semangat baruku. Selama ini dia hanya menghamburkan tangisanya seorang diri.
" Ain ? Ain bangun Ain? Ain! " Jerit Syaf kecil. Ain terkulai layu dalam pelukannya. Resah dan risau menyelubungi hatinya. Apa yang sebenarnya yang jadi ni Ain ? Kenapa kau jadi macam ni? Syaf menghelakan keluhan berat.
Kawan baiknya itu disahkan mengalami gangguan emosi. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan. Kata doktor, jika ini dibiarkan akan mengganggu sarafnya yang lain. Berkemungkinan kawan baiknya itu akan menjadi kurang siuman. Saiko. Lebih tepat gila.
Kenapa kau seksa dia sampai macam ni Adam? Bisik hati kecil Yazid. Dia tidak pernah menyimpan benci pada wanita itu. Namun dia juga tidak simpati atau kesian. Dia sendiri tidak tahu apa sebenar perasaanya. Suka. Benci. Geram. Sedih. Semuanya bercampur baur. Ain kawan baiknya. Wanita yang dicintainya. Namun kini dia adalah penyebab papanya meninggal dunia kerana jatuh tergolek daripada tangga.
![](https://img.wattpad.com/cover/59260899-288-k3517.jpg)
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
Storie d'amoreMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...