Dah nak waktu berbuka. Aku mengerling jam tangan dipergelangan tangan kiriku. Langkahku patas menuju ke arah kereta Myvi berwarna putih miliku. Namun tiba tiba saja ada seseorang merentap tanganku dari arah belakang dan memaksa aku berpusing menghadapnya.
'' Adam ! '' Dengan laju nama itu terluah dibibirku. Aku memandang Adam Fiqri tidak beriak. Wajah Adam Fiqri begitu dekat dengan mukaku. Pandangan Adam Fiqri yang sentiasa redup mengusik sedikit perasaanku.
Hampir gugur jantungnya menyebut nama 'Adam'. Ya Allah, aku rindu dia..Sudah seminggu berlalu selepas aku menjejakkan kaki ke rumah Datin Adibah minggu lalu. Baru sekarang dia dapat merenung dan mneatap wajah yang dirinduinya. Dia ingatkan suaminya ini tidak mahu berjumpa denganya lagi..
Terpaku aku seketika. Kalaulah abang tahu yang Ain rindukan abang... Setiap masa Ain rindukan abang dan telatah Afeef yang selalu hiasi waktu waktu Ain.. Aku mula tersedar daripada berkhayal. Berkhayal tentang Adam Fiqri.
Semua tentang Adam Fiqri setiap detik dia sangat merinduinya. Cepat cepat aku menjarakkan diri daripada Adam Fiqri.
'' Ya, aku. Kenapa dengan aku ? '' Balas Adam Fiqri kasar. Dia merampas kunci keretaku dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
'' Kau nak buat apa dengan kunci tu ? Bagilah balik.. '' Aku cuba merampas kembali kunci yang berada didalam poket seluarnya. Tapi pantas sahaja suaminya itu melarikan tubuhnya.
'' Hari ni nak tak nak , kau kena buka puasa dengan aku. Aku ada hal nak bincang dengan kau. Semua ni tentang masa depan kita. '' Luah Adam Fiqri terus terang.
Dia mahu berbincang tentang perancanganya untuk berkahwin dengan Doktor Syaqira lepas dua minggu selepas raya.
Adam Fiqri ingin isterinya itu tahu bahawa dia boleh bahagia dengan Syaqira dan Syaqira boleh menjaga Afeef dengan baik. Malah lebih baik daripada isterinya ini.
'' Tak nak.. Bak sini kunci kereta aku. Aku nak balik ! Kau tak tahu nak buat cara macam orang islam ke ? Kau tengok dah pukul berapa sekarang. Lagi dua puluh minit nak azan magrib. Aku takde masa nak layan perangai kaulah.. Tak payahlah nak bincang pasal masa depan sangat.. Aku tak nak dengar pun. '' Aku menadahkan tanganku.
Sebenarnya aku tak begitu larat. Kepalanya sakit. Jalan pun sudah terhuyung hayang. Saat ini dia hanya sedang memikirkan katil dan bantal. Aku mahu merebahkan semua rasa penat ini. Tapi rancanganya untuk tidur sekejap, musnah apabila suaminya datang secara tiba tiba memaksa berbuka dengan suaminya ini.
Bukan dia tak sudi. Ikutkan dia teringin. Tapi sakit kepalanya bertambah tambah pula jadinya. Jika tersilap langkah, boleh tersungkur dia jalan. Tapi dia cuba menggagahkan diri juga. Fitrah juga ada melarangnya daripada berpuasa kerana keadaanku yang berbadan dua itu tidak mengizinkan. Tapi, dilaratkan juga.
'' Ikut aku. '' Arah Adam Fiqri. Dia menarik tanganku ke arah sebuah restaurant yang berhampiran disitu. Tubuh isterinya dipaksa duduk dikerusi. Perkara ini perlu disegerakan. Dia tidak mahu melakukan kerja last last minit.
'' Aku nak balik rumah.. Janganlah buat aku macam ni.. Kau boleh datang jumpa aku esok dekat butik kalau kau nak.. '' Aku bersuara lemah. Entah kemana pergi kekuatannya untuk melawan Adam Fiqri.
Hatinya semakin meronta ronta merindui suaminya ini. Aku memandang lantai dengan setia. Sebenarnya aku tidak kuat untuk menentang mukanya. Aku takut, air mataku akan turun bila bila masa sahaja. Memandangkan restaurant itu dekat, bolehlah dia cabut lari awal. Tapi kunci keretanya masih dipegang.
'' Kalau benda ni boleh settle hari ni, buat apa aku nak jumpa kau esok ? Lagipun aku ada benda nak cakap sikit dengan kau. Alang alang tunggu waktu berbuka, nah. Kau bukaklah. Kalau kau nak buang pun aku tak kisah. '' Adam Fiqri melontarkan sampul surat berwarna putih yang tertulis namaku di atasnya ke atas meja.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...