Adam Fiqri baru selesai mengelap rambutnya dengan tuala yang disangkut dibahu. matanya kini tertancap pada tubuh si isteri yang sedang terlena. Namun matanya masih terbuka. Sudah lama mereka dalam keadaan begini. Senyap. isterinya juga hanya tahu membentak bentak membenci dirinya. Siapa yang sanggup menerima kenyataan si isteri hendak melakukan pengguguran ? Lagi lagi sudah bergelar isteri.
" Kita pergi scan esok nak tak? " Adam Fiqri menegur isterinya. Sudah hampir lima bulan dia tidak bertegur sapa dengan isterinya itu. Isterinya itu pula sejak kantoi hendak buat abortion, sudah tidak lembut seperti dulu. Asyik hendak marah marah sahaja. Kadang kadang dia geram dengan tindakan sengaja isterinya itu.
Pada bulan lepas isterinya itu sengaja ingin mengambil ubat tidur secara berlebihan. Dia benar benar sudah lelah untuk memaksa isterinya itu meneruskan kandungan itu. Dia benar benar sudah mula sayangkan anak dan isterinya itu.
" So apa masalahnya ? Akan ubah apa apa ke aku tanya kau hah ?! Apa untungnya dekat aku ? " Sekali lagi aku meninggikan suara. Geram dengan Adam Fiqri yang suka memaksa dan berkeras denganku. Aku terus menjeling matanya.
Kau tak payah nak buat macam kisahkan aku lah ! Aku nak gugurkan anak ni kau tak bagi. Sekarang kau nak buat buat kisah macam kau tu kononya suami mithali ! Serius penipu ! Kutukku dalam hati. Aku tersenyum sinis.
" Kan aku tanya elok elok. Apa yang susah sangat kau nak jawab dengan baik ? Susah sangat ke kau nak terima dia ? " Adam Fiqri berusaha memujuk. Dia terus memelukku dari arah belakang. Aku cuba merungkaikan pelukan namun tubuhnya mengeraskan diri. Dia mengusap ngusap perlahan perutku yang sudah membesar mencecah ke lima bulan itu.
" Hishh kau nak apa ni sebenarnya ? Boleh tak kau berambus dari bilik ni ? Aku dah cakap aku benci tengok muka kau ! Ehh lepaslah ! " Bentakku lagi. Aku merentap tanganya kasar. Namun tetap sama. Tidak berubah apa apa. Dia masih kekalkan posisinya memeluk ku dari belakang. Kini kepalanya pula telah mendarat dibahu kananku.
" Ain, aku tak pernah terfikir pun nak ada anak. Kecuali dari rahim isteri aku sendiri. Yang halal bagi aku. Iaitu kau. Aku sayangkan dia, Ain. " Adam Fiqri meluahkanya dekat di telingaku seakan berbisik. Aku hanya berdiam diri.
Adam Fiqri memang pandai memujuk. Dia boleh menenangkan jiwaku sesungguhnya. Terkadang hatiku terusik menjadi lembut dengan pujukan Adam Fiqri. Pandai berkata kata dan bermain kata kata seperti pujangga. Akhirnya aku terlembut sendiri.
" Lepas tu? " Aku bertanya lembut. Selembut usapanya keperutku. Dia bertindak mencium dahiku. Aku hanya diam membisu seakan terpujuk dengan kata katanya. Tidak mampu melawan manja dan keinginan Adam Fiqri yang suka meluangkan masanya. Hmm.
" Tak boleh ke kau sayang dia ? " Adam Fiqri bertanya lembut. Dia terus merebahkan diriku di atas katil. Lama aku berdiam diri. Tatkala wajahnya perlahan lahan tunduk ingin mencium dahiku, aku menolak badannya kasar. Tiba tiba sahaja aku geram dengan perlakuanya itu.
" Kau rogol aku, Adam ! Kau paksa aku ! Kau fikir aku rela ke ? Aku mengandung hasil tak senonoh kau tu ! " Adam Fiqri sudah pun sudah terdorong ke belakang. Terkejut dengan tindakanku. Entah dimana aku mendapat kekuatan menolak Adam Fiqri.
" Aku mintak maaf Ain. Aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tahu aku berdosa sebab tak perlakukan kau macam isteri yang selayaknya. Aku tahu. Tolong maafkan aku, please. " Adam Fiqri masih lagi ingin mahu memujuk.
" Aku tak nak ! " Aku menjerit tepat ke arah wajahnya. Aku merenung tajam wajahnya. Jika bukan kerana tenaga Adam Fiqri lebih kuat, sudah lama ku tolak dia jatuh dari sini. Dadaku berombak menahan geram.
" Takkan kau nak buang dia jugak ? Kau tak ada rasa keibuan ke dalam hati kau ? " Adam Fiqri bertanya lembut. Wajahnya didekatkan ke wajahku. Aku hanya diam mengetap bibir.
Mendengarkan ucapanya, sekali gus aku bungkam dan senyap. Buat seketika sinar mata kami saling bertaut dan berbicara dalam bisu. Sudah tidak tahu apa lagi cara hendak memaksa isterinya itu supaya tidak mengapa apakan anaknya. Setiap masa di dalam ofis, masanya banyak terbazir memikirkan keselamatan anaknya. Aku masih diam. Tidak menjawab persoalan Adam Fiqri.
" Ain please. Bertimbanglah rasa sikit. Kau ibu pada anak aku. Walau apa pun yang jadi, dia anak kau jugak. " Adam Fiqri berusaha lagi memujuk. Dia semakin mendekatkan wajahnya ke wajahku sehingga hanya hidung kami sahaja bersentuhan. Dia akan buat apa je, Ain.
" Kau fikir aku kisah? " Aku mencemuh dirinya. Aku merayu kecil agar dia melepaskanku. Akhirnya dia melepaskan diriku selepas dia mencium dahiku lama. Aku tidak menghalang dan aku tidak terdaya menghalangnya.
" Kau cakaplah aku apa pun. Aku tak kisah. Aku cuma nak kau teruskan kandungan tu dan jaga anak aku ! " Adam Fiqri bersuara keras dan terus meninggalkan aku yang terkulat kulat. Aku akhirnya mengalirkan air mata setelah sekian lama aku sudah tidak berendam dengan air mata.
Aku mengetap bibir. Sekali lagi air mataku turun seakan tidak mahu berhenti. Rasa terpukul dengan segala apa yang berlaku. Dah lama sangat. Dah nak hampir enam bulan dia ada dalam perut aku. Kenapa aku masih teruskan ego aku ? Kenapa aku seolah olah sayangkan anak ni ? Sebab tulah aku tak berani lawan cakap Adam Fiqri.
Aku mengusap perlahan perutku. Aku menarik nafas dan merenung dalam. Aku patut kena terima hakikat yang aku sayangkan dia. Aku patut mengaku yang aku gembira. Tapi kenapa tak terluah ? Akhirnya aku tertidur dengan sisa sia airmata. Kata kata Adam Fiqri betul. Aku ni ibu yang tak guna.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantikMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...