" Aku keluar kejap. Ambikan kau air. " Adam Fiqri beredar turun ke arah dapur. Dia pening dengan sikap isterinya itu. Dua minggu selepas dia berbaik dengan isterinya itu, semuanya indah sahaja. Baik sahaja.
Namun selepas membuat checkup kandunganya sudah mencecah lima bulan, isterinya itu mula berkasar denganya. Sudah tidak mahu bertegur sapa seperti dulu. Jadi dia hanya membiarkan sahaja isterinya itu melayani perasaan.
Aku mula memukul mukul perlahan perutku. Kenapa? Kenapa kenapa kenapa ?! Memang aku terima pada mulanya. Namun, aku rasakan masa depanku sudah tidak cerah lagi untuk membalas dendam. Masih teringat dengan kata kata Reen semalam. Mengejek.
" Kau dah tak boleh nak lari dah. Kau boleh buat apa ? Dalam keadaan kau macam ni kau nak sakitkan keluarga Adam ? Kau memang lembik ! Mengada ! Kau fikir Adam sayangkan kau sangat ke bodoh? Dia layan kau baik ada makna ! Dia tak nak kau ! Lepas ni dia akan tendang kau macam sampah. Kau akan rasa macam mana aku rasa ! "
Kata kata Reen semakin membakar perasaan untuk aku membalas dendam. Aku tak kira ! Aku takkan kisahkan anak ni ! Biar dia mati lemas dalam perut aku ! Aku tak perlukan anak ni ! Anak ni sikit pun tak banggakan aku ! Adam tak pernah sayangkan aku ! Lepas dia dapat anak ni, dia akan buang aku macam sampah. Kau tak ingat ke apa yang bapak dia buat dekat ibu ? Kau ni lembik !
" Ummi mana ? Mama tak nampak pun ? " Datin Adibah menyoal anaknya yang sedang membancuh hot chocolate. Dia pula turun ke dapur hendak meneguk air untuk menelan ubat.
" Tidur dekat atas. Dia penat sangat. Tadi pun dia baru je muntah muntah. Ni nak ambikan dia air. " Balas Adam Fiqri dengan senyuman terukir dibibir kemudianya. Selepas membancuhkan minuman dia terus mendapatkan Datin Adibah yang sedang menelan ubat.
" Adam jaga menantu mama tu. Jangan bagi bergerak kasar sangat. Mama tak nak pisang berbuah dua kali. Nanti kempunan mama nak dapat cucu. tak ingat ke isteri Adam tu pernah keguguran dulu ? Mama tak nak. " Pesan Datin Adibah keras. Saja hendak memerli anak ketiganya ini. Bukan dia tidak tahu bahawa keguguran itu direka cerita. Syafiqah sendiri yang terlepas cakap. Pada mulanya hatinya sakit. Sakit kenapa anak dan menantunya ini nekad membohonginya.
Tersentak. Tersedak !
" Mama ni... tengok Adam dah tersedak minum. Tak payahlah nak ungkit perkara yang dah lepas tu ma. Adam tahulah macam mana nak jaga menantu mama tu. Tadi Adam dah heret dia rehat dekat atas. Muka pun pucat je Adam tengok. Mama jangan risau okay ? " Adam Fiqri mengelap mulutnya dengan tisu diatas meja. Tersedak pula aku time time macam ni. Mama ni sengaja ke macam mana ni ?
" Kalau dah menipu mama sendiri, minum pun tak berkat tahu. " Perli Datin Adibah sebelum dia berganjak daripada dapur. Senyuman terukir dibibir.
Adam Fiqri hanya memandang kepergian Datin Adibah dengan ekor matanya. Macam memerli je bunyinya. Mama ni macam tahu tahu je aku pernah menipu dia ? Mampus aku. Adam Fiqri berdesis kebimbangan. Tanpa berlengah lagi dia terus naik ke tingkat atas dengan membawa mug hot chocolate milik isterinya. Malas hendak berfikiran negatif.
" Nah minum air. Lepas tu makan ubat ni. Macam mana demam nak kebah kalau makan ubat pun tak nak ? " Adam Fiqri mula membebel. Tanganya masih setia menghulurkan pil ke arahku. Aku hanya memandang ubat itu dengan tiada perasaan.
" Nanti aku makanlah ubat tu. Dah, kau pergi. Aku nak tidur. " Aku menolak tubuhnya daripada merapati tubuhku. Apa ni nak paksa paksa aku je kerjanya ? Aku letih kau tahu tak. Aku penat kau faham ke tidak ? Kau ni memang tak reti faham bahasa agaknya ! Aku menutup kelopak mata.
" Jangan sampai aku paksa kau. Aku nak kau telan cepat. Teruk sangat aku tengok kau demam ni. Kau tak pernah demam ke selama ni ? Dah takde takde. Aku nak kau telan jugak. " Paksa Adam Fiqri sambil membantu aku bangun daripada pembaringan.
Aku hanya bungkam. Menuruti saja permintaan sang suami. Aku memandang keruh ke wajah Adam Fiqri. Memandang wajahnya saja tanganku gatal hendak menghalaunya daripada sini. Mataku turun merenung perut. Sudahnya aku terpaksa perlahan lahan membiarkan anak ini hidup. mungkin anak ini dapat dijadikan alat untuk membalas dendam. Namun, perasaanku sejak akhir akhir ini sering diketuk.
Perasaan ingin lebih menyayangi insan yang hadir ini. Namun, perasaan sakit lebih mendalami segala galanya. Insan ini tumbuh bukan dengan cara yang baik. Aku hampir saja hendak menitiskan air mata. Semuanya gara gara lelaki dihadapanku ini. Cepat cepatku mengusir jauh perasaan benci yang mula hadir.
" Aku tak reti makan pil. Kau janganlah paksa aku makan benda alah ni. Aku tak suka. Nanti aku muntah balik. " Aku menyuarakan perasaan itu. Sejak kecil lagi aku tidak reti makam pil. Lagi lagi pil itu besar dan berwarna. Sama sekali tidak menarik perhatianku. Jika dulu arwah ibu akan memecahkan pil tersebut kepada sepirhan kecil. Baru aku akan menelanya.
" Habis selama ni kau makan macam mana ? " Soal Adam Fiqri perlahan. Dipandang isterinya dengan pandangan yang tidak beriak. Ada ada jelah bini aku ni. Takkan makan pil pun susah ? Bibir Adam Fiqri menguntum senyum. Lucu.
" Ibu selalu patahkan dulu kecil kecil. Tak pun rendam dalam air kosong. Kau tak payahlah susah susah. Aku boleh buat sendiri. Kau keluarlah. Aku nak tidur ni. Sebelum angin aku tak baik, baik kau keluar. " Aku mencapai tanganya dan menarik tanganya untuk meletakkan ubat ke atas meja.
" Its okay. Biar aku patahkan. Lepas pastikan kau makan ubat ni, dengan segala hormatnya aku akan keluar. Please, dengar cakap aku kali ni je. " Desak Adam Fiqri lagi. Dipandang lagi wajah isterinya. Letih. Sampai bila isterinya hendak melayaninya begini ?
" Minum air ni. " Sua Adam Fiqri. Dengan sekelip mata aku meneguk minuman kosong dan mula menelan ubat yang sudah dipatahkan. Berkerut kerut dahiku menahan pahit.
" Tengok ? Bukan susah pun telan ubat. Kau ni.. Dah sekarang kau tidur.. " Adam Fiqri membantuku untuk berbaring semula.
" Kau kenapa ni ? " Soal Adam Fiqri lagi tatkala menangkap wajah si isteri yang sedang menahan sakit. Gara gara membawa anaknya, isterinya itu tampak lemah dan letih.
" Kau tak payah sibuk ! Aku tengah sakit kepala ni ! " Tengkingku kuat. Aku merenggangkan tanganku daripada digenggam oleh tangan kasar miliknya. Walaupun hatiku kini kuat menginginkan kehadiran Adam Fiqri lebih lama.
" Nak aku picitkan ? Tapi aku bukannya reti sangat. Setakat urut sikit sikit tu aku tahulah. Takpe macam ni. Biar aku picitkan. " Adam Fiqri sudah mula memainkan watak jarinya pada dahiku. Keras saja rasanya. Tak rasa apa apa pun bila dia memicitnya.
" Tak payahlah. Kau picit apa pun tak rasa. Konon nak tunjuk baiklah tu. Tepilah Adam. Aku letih ni. Boleh keluar sekarang tak ? " Cemuhku. Aku menjeling wajahnya. Naik rimas bila tahu Adam Fiqri mula berlakon. Aku sudah memejamkan mata. Malas hendak mengambil pusing tentang ini lagi. Rimas !
Adam Fiqri mengeluh perlahan. Kenapa selama ni kau tak pernah macam ni pun ? Kenapa baru sekarang ? Jijik sangat ke anak aku bagi kau ? Adam Fiqri terus melangkah perlahan keluar daripada bilik itu. Sesak nafasnya bila tahu Ain tidak pernah menyukai anaknya yang baru tumbuh itu. Kalau bukan sebab Yazid, aku takkan paksa kau buat semua ni. Aku mintak maaf, Ain.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...