sambutlah tangan yg ku hulur
genggam erat jemariku bersama
meniti bahagiaLagi dua minggu adalah hari pertama umat islam akan berpuasa. Lagi dua minggu sahaja masa yang tinggal untuk Adam Fiqri membuktikan semua ucapanya.
Memang Adam Fiqri kini sudah banyak berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Hari hari Adam Fiqri meluangkan masanya dengan Ain dan Afeef untuk membuktikan dia adalah suami dan papa yang baik.
Adam Fiqri tak akan mensia siakan peluang yang diberikan. Setiap masa itu jugalah, dia cuba mendekatkan dirinya dengan Ain dan memujuk Ain agar menerimanya semula.
Hari berganti hari. Sejak kehadiran Afeef kembali ke rumah ini, Ain lebih banyak ketawa dan tersenyum kini makin rapat denganya.
'' Afeef baru tidur ? '' Soal Adam Fiqri lembut. Adam Fiqri baru habis menunaikan solat isyak dekat masjid. Songkok di atas kepalanya diletakkan dia atas meja.
Adam Fiqri melebarkan senyuman. Tak sangka tahun ini dia berkesempatan berpuasa dengan isteri dan disamping anaknya Afeef.
'' Haah. Afeef baru je tidur. Hari ni dia tak tidur. Adam, aku nak cakap sekejap dengan kau boleh ? '' Balasku dengan suara mendatar.
Sebenarnya aku takut takut. Macam mana untuk aku bawa Afeef keluar daripada rumah ini sedangkan Adam Fiqri ada denganya sepanjang hari.
Dikatakan bulan puasa ini Adam Fiqri tidak akan berkerja diluar kawasan. Semua tugasanya diluar kawasan akan diserahkan kepada Hadri.
Perkara ini menyukarkan aku untuk membawa Afeef keluar daripada sini.Aku takut Adam Fiqri akan menghalang aku daripada membawa Afeef keluar. Tapi aku tak ada pilihan lain. Aku tak boleh tunggu sampai raya. Tapi itu dulu. Sekarang entah kenapa layanan baik Adam Fiqri semakin melembutkan hatinya. Aku jadi rungsing.
Solat istikharah semalam seolah olah melembutkan hatiku untuk memaafkan Adam Fiqri dan perbuatan keluarganya. Tapi aku berdosa...
'' Nak cakap apa ? Cakaplah... Aku dengar..'' Adam Fiqri sudah mengambil tempat disebelahku. Wajah Ain direnung dalam.
'' Betul ke kau sayangkan aku ? '' Punah ! Lain yang nak ditanya lain pula yang keluar. Tapi, kenapa soalan tu yang dari tadi bermain dalam fikiran aku ? Aku dah mula sayangkan dia ?
'' Kenapa kau tanya macam tu kalau kau sendiri tahu jawapanya kan ? '' Adam Fiqri memulangkan soalan. Kenapa tiba tiba je kau cakap macam tu ? Kau takut aku tipu kau lagi ? Kau tak percayakan aku ke Ain ?
'' Ouh... ermm. Tak ada apalah. Aku nak pergi dapur kejap buat air. Kau nak sekali ? '' Aku cuba mengubah topik perbualan.
Nampak serius je jawapan dari Adam ni. Aku nak tanya pasal kerja dia. Tapi aku sendiri yang melalut tanya pasal sayang ni dah kenapa ?
Hish, macam ada tak kena je dengan hati aku.Jangan cakap dalam masa sebulan ni aku dah terjatuh sayang pulak ? Nolah. Aku cepat cepat menepisnya. Tapi.. aku bukan pemilik hati. Hati ini mudah berubah ubah.
'' Boleh jugak '' Adam Fiqri melemparkan senyum. Semakin hari semakin lama Ain sudah bersikap baik dengannya. Harapanya agar permulaan puasa yang baik ini akan mengeratkan lagi hubungan dia dan Ain.
Tak sangka kini dia sudah bergelar ayah kepada Afeef. Tanggungjawab yang menunggu sememangnya lebih besar. Adam Fiqri perlu lebih matang dalam menggalas tugas yang besar ini dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia seperti yang dia harapkan. Tanpa Ain, dia mungkin tidak mampu berdiri seperti sekarang.
Dalam tempoh sebulan yang diberikan, Adam Fiqri mahu memenangi hati Ain semula. Terlalu banyak pergaduhan yang menghiasi rumah tangganya dengan Ain.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...