Bab 71

11.9K 246 53
                                    

Hari ini hari ke 17 umat islam berpuasa. Itu juga tempoh dia sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan insan bernama suaminya, Adam Fiqri. Rindunya tidak pernah berhenti walaupun hakikatnya lelaki yang dirindui itu telah mencampak cintanya.

Sudahlah tu Ain.. Suami kau dah nak bahagia dengan perempuan lain.. Kau masih nak tunggu ? Kau masih nak bazirkan air mata kau untuk lelaki macam tu ? Untuk apa Ain ? Untuk apa ? Kau ingat dengan kau menangis teresak esak macam ni Adam akan batalkan niat dia daripada duakan kau ? Adam akan sedar yang kau cintakan dia sepenuh hati kau ?

No Ain.. Please.. Wake up Ain. Binalah hidup baru kau dengan anak kau. Kau kena buktikan kau jugak mampu boleh bahagia tanpa dia.. macam mana dia boleh bahagia tanpa kau.

Aku cuba memujuk hati yang sakit. Kau nampak sendiri yang suami kau tu bahagia dengan hidup yang dia ada sekarang. Itu maknanya, kau siapa pada dia ? Tak ada apa makna dah lagi kau untuk dia..

Aku terus mengesat air mata yang turun. Sampai esok pagi kau layan perasaan kau ni sampai bila bila pun sedih memanjang. Aku turun daripada kereta dan berjalan ke arah butik. Ketika itu aku baru saja ingin masuk ke dalam butik. Tiba tiba saja seseorang menahanku dimuka pintu.

'' Ain... '' Sapanya penuh sopan.

'' Er.. siapa ya ? Saya tak berapa nak cam awak.. '' Aku menoleh ke arah pemilik suara itu. Seorang perempuan tinggi lampai berdiri dihadapanya. Tapi siapa ? Sudah berkali kali dia cuba mengingati perempuan ini. Tapi ingatannya gagal. Entahlah siapa. Dia sendiri tidak kenal.

'' Saya doktor Syaqira. Awak ingat saya lagi tak ? '' Soal Qira kembali.

'' Ouh. Err.. hai ? Ada apa doktor datang sini ? Nak tempah baju ke ? Atau doktor nak jumpa dengan saya ? Kalau doktor nak cakap pasal Adam, lain kalilah. Saya ada banyak kerja nak buat.. Saya masuk dulu. '' Aku cuba beramah.

Daripada aku sakit hati tengok kau, Syaqira, baik kau cepat berambus dari sini sebelum kau balik rumah dengan kerusi roda, tangan berbalut, muka lebam. Kalau kau tak nak baik kau pergi dari sini. Tapi itu hanya terluah didalam hatiku. Takkanlah aku nak belasah anak orang pulak ? Kena saman naya je nanti. Tak pasal pasal masuk tv, jalan tutup muka dengan lengan baju. Hish, tak mahu aku.

'' Ain, tunggulah dulu. Saya betul betul nak jumpa awak. Ada perkara yang kita kena bincang.. Ini melibatkan perasaan Ain.. '' Pujuk Dr. Qira tanpa beralah.

Dia tahu Ain cuba mengelak daripadanya. Tapi, dia mahu pastikan tiada hati yang terluka kerana dia telah menerima lamaran Adam Fiqri tempoh lalu dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan.

Hatiku kini sedang dilumat lumat dengan benda tajam. Aku tak bersedia untuk membahas hal itu. Setiap kali perkara ini dibangkitkan, rasanya seperti hatinya disiat siat. Seolah olah dia berada ditengah tengah orang ramai yang sedang membaling telur, cat dinding dan batu ke arahnya. Hanya dia sahaja sendirian menahan kesakitan itu dan berharap seseorang sudi menyelamatkannya daripada kesakitan yang dirasai.

'' Perasaan ? Bercakap soal perasaan, apa perasaan doktor lepas terima lamaran Adam Fiqri yang masih suami saya ? Doktor rasa seperti dilindungi ? Bahagia ? Gembira of courselah kan... Jangan tanya lagi. Tak ada mana mana perempuan pun yang sedih bila terima lamaran daripada seorang lelaki melainkan tiba tiba lelaki tu mati depan dia. Betul tak ? Jangan risau Doktor Syaqira, saya tak rasa sedih sikit pun. Kalau Adam bahagia, saya pun rasa perkara yang sama. Sekarang tak ada apa lagi nak dibincangkan. Saya ada kerja nak buat. Jumpa lagi. '' Sikit punya banyak aku perli kau.

Nampak kuat aku menuturkan ayat itu. Tapi hati ? Tipulah aku kalau aku tak sedih sikit pun. Memang nampak penipunya.. Rasa sakit. Terkilan. Kecewa semuanya aku rasa bila cinta aku dibahagikan dengan orang lain. Tapi apa hak aku ?

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now