Selepas solat subuh, Adam Fiqri terus leka dengan laptopnya di dapur. Banyak sangat inbox pada email menyuruhnya masuk ke ofis semula.
Kesian pula dia kepada PAnya, Hadri yang banyak mengcover selama ini. Haih, macam mana aku nak buat ni ? Banyak betul kerja aku. Adam Fiqri mengeluh. Sesekali dia menguap.
Kalau macam ni terus aku boleh gila. Tak boleh ! Aku kena masuk ofis esok. Entah apa jadi dekat pejabat tu masa aku tak ada...
Haukk... mungkin.. ?
Adam Fiqri mengeluh.. Afeef.. papa rindu Afeef... Pandanganya tertancap pada Alisa yang memasuki ruangan dapur. Bila masa pula along ni balik ?
" Jarang betul Kak Long tengok kau bangun awal ? Mesti kerja melambak kan ? " Sapa Alisa. Buah epal di atas meja dilambung lambung sebelum digigit selamba dan duduk di kerusi kosong
" Tak boleh nak tidur. Adam banyak kerja nak buat. Esok dah nak masuk ofis. Nanti nak outstation seminggu. Penatlah Kak Long. Bila Kak Long datang ? Tak perasan pun.. " Balas Adam Fiqri acuh tidak acuh.
Buat masa ini dia memang tak ada mood untuk bersembang dengan kakaknya ini. Takut makin meleret pula soalanya nanti. Makin meleret dan makin merepek repek.
Masak dia hendak menjawabnya nanti. Haih... Adam Fiqri mengeluh. Memang banyak masanya dihabiskan dengan mengeluh.
Mengeluh saja yang dia tahu buat masa ini bagi melepaskan setiap bebanan yang bergayut pada bahunya.
Kalaulah masalah ini dapat hilang seperti memetik jari, pasti tiada bebanan yang ditanggung. Tapi masalah seperti bintang. Susah dipetik dan susah diselesaikan. Adam Fiqri membuat andaian sendiri.
" Kau kan memang selalu sibuk dengan isteri kau sampai ofia pun kau biarkan. Kakak sendiri pun kau bukannya ambil kisah. Kak Long nak bagitahu. Berpijak di bumi nyata. Kalau orang dah tak suka, kita jangan nak terhegeh. Wake up, Adam. " Balas Alisa sinis dan kakinya terus melangkah pergi daripada dapur.
Tu je Kak Long ? Bukanya aku tak tahu yang kau memang tak sukakan Ain. Ain tu cintakan aku ! Kalau bagi semangat tu bolehlah lagi dia terima. Tapi, sebaliknya.
Kerjanya terus dihentikan.
Fikiranya terbang. Hanya Ain yang bermain dikepalanya saat ini. Permintaan Ain menyesakkan nafasnya. Dipejam sekejap matanya.
Apa lagi dugaan yang nak datang dekat aku ni ? Cukup cukuplah aku resah risaukan Afeef. Ain, beehentilah layan aku macam orang luar. Tak penting ke aku ni pada kau ?
Adam Fiqri terus menuju ke arah ruang tidur Ain. Dia sama sekali tidak peduli dengan setiap perkataan Ain padanya. Cakaplah apa pun, dia takkan telan. Kalau cakap hitam, hitam juga.
No white.
Direnung isterinya yang masih berbungkus dengan selimut dari paras dada hingga ke kaki. Akhirnya keluhan berat dilepaskan antara dua bibirnya.
Dah lama rasanya dia tidak sembahyang berjemaah dengan Ain. Rindu setiap kucupan bibir Ain pada tanganya.
Adam Fiqri terkilan yang amat sangat. Hampir sahaja air matanya ingin mengalir. Terasa berbahang pula sedangkan hari masih subuh.
Subuh apa ? Dah pukul 7.
Kenapa kau hadir dalam hidup aku kalau kau cuma nak seksa jiwa aku ? Kau nak apa sebenarnya ? Aku tak tahu apa lagi yang kau nak fikir pasal aku ni. Kenapa kau tak nak bina hidup baru dengan aku ?
Kalau betul selama ni kau tak ikhlas cintakan aku, aku faham kalau itu yang kau nak. Tapi kau dah seksa jiwa aku. Kau buat aku keliru. Kenapa kau buat aku macam ni Ain ?
Adam Fiqri mengeluh berat.
'' Kau buat apa dekat sini ? '' Isterinya itu bersuara. Terkejut Adam Fiqri dibuatnya. Tersentak daripada lamunan panjang.
Terpisat pisat Ain membuka mata. Apalah orang ni nak ?
'' Uh ? Err... aku nak kejut kaulah. Mandi.. '' Balas Adam Fiqri tergagap gagap. Masih terpempan dengan sergahan isterinya yang tiba tiba sahaja.
Hush. Nasib baik tak tercabut jantung aku. Bila masa bangunya pun aku tak tahu. Taken aback !
" Kau tak payahlah susah susah. Aku dah boleh buat sendiri. Kau ni tak tengok jam kut. Still early. '' Balasku perlahan.
Aku merenung wajah Adam Fiqri yang seakan terkejut. Sahlah tadi dia mengelamun ! Aku tersenyum nipis melihat wajah Adam Fiqri yang seakan ternampak hantu.
Berangan !
'' Tak nak. '' Balas Adam Fiqri bersahaja.
'' Apa lagi kau nak dengan aku ? ''Soalku dengan suara yang sudah maik senada.
Tak boleh ke kau jangan kacau hidup aku ? Aku muak !
'' Aku nak kau terus terang dengan aku. Pasal duit tu, betul kau tak tahu ?'' Soal Adam Fiqri mendatar. Tapi hatinya mengeluh. Berat pandanganya saat ini.
Gila !
Pukul 7 tanya fasal duit. Adam mabuk !
" Lagi pun kau bukannya percaya cakap aku. Kau lebih percayakan orang luar. Kau pergilah dekat perempuan tu ! Dah pernah bersama dah kan ? Apa kau tunggu lagi ? "
Meluap darahnya ! Dalam otak kau ni tak habis habis fikir pasal duit ! Duit ! Duit ! Tak ada benda lain ke ?
Aku melarikan pandanganku ke arah lain daripada menjadi tenungan Adam Fiqri yang semakin dalam.
Kata kata Ain menusuk nusuk hatinya saat ini. Rasa hendak diayunkan tanganya saat ini ke wajah isterinya itu namun dia tidak tergamak. Terpaksalah dia menadah telinganya mendengar kata kata isterinya yang seperti angin yang bertiup kencang.
" Kalau kau tak jujur dengan aku selama ni, benda ni semua takkan jadilah. Aku nak ingatkan kau. Kau jangan sebut sebut fasal perempuan tu lagi. Aku tak suka. "
Adam Fiqri bingkas bangun daripada birai katil dan menghayunkan kakinya melangkah keluar daripada bilik. Sudah bernanah telinganya mendengar butir butir kata isterinya yang sudah jauh berubah dan tidak lembut seperti dahulu.
Isterinya itu terlalu fikir yang bukan bukan sehingga boleh meruntuhkan dinding marahnya. Akhirnya dibiarkan sahaja. Sepi dan dingin menyapa tubuh dan hatinya kini.
'' Adam .... '' Panggilku perlahan dan Adam Fiqri menoleh ke arahku.
'' Tutup pintu lepas kau keluar. ''
Adam Fiqri turutkan sahaja. Hati Adam Fiqri seakan sudah lebur berasap apabila dibakar dengan kata kata isterinya. Pedih ! Sekarang bertindak kasar menyakiti hatinya pula. Sabarlah. Hati dia tak sejuk lagi tu. Biarkanlah dia. Dah sejuk nanti barulah slow talk.
Tak suka ? Puihh !
Kalau nak lepaskan aku, lepaskan jelah cara baik. Tak payah buat aku macam takde makna dalam rumah ni. Jerit Ain dalam hati.
Pagi pagi dah buang tebiat. Kau kena sampuk ke ? Hishh... entah entah kau saja nak curi masuk tengok aku. Bila aku bangun macam macam alssan kau bagi.
Pelik !
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...