Bab 24

13.4K 215 3
                                    

Reen mendekati Adam yang sedang berbaring di dalam bilik. Matanya terpejam. Jadi mudahlah dia mendekati bekas teman lelakinya itu. Perlahan lahan dia berbaring disebelah Adam Fiqri. Dia mula mengusap wajah Adam Fiqri.

Tapi sayanglah. Taste kau rendah. Nak jugak adik tiri aku tu kan ? Tak sangka. Reen mula melingkari tanganya ditubuh Adam Fiqri. Dipeluk kemas kemas seperti mereka berdua dahulu.

Dia sudah lama mengimpikan berdampingan dengan lelaki lelaki kaya seperti Adam Fiqri. Perlahan lahan dia menarik selimut dan membiarkan selimut itu menutupi dirinya dan Adam Fiqri sementara Ain tidak ada di rumah.

" Ain, kau kan mengandung. Aku tak nak sakitkan anak kita nanti. " Adam Fiqri berkata sambil matanya masih terpejam. Bibirnya menguntum senyum kerana isterinya itu sudah menerima dirinya.. Adam Fiqri terus membalas pelukan Reen yang disangka Ummi Nur Ain, isterinya.

" Hai Adam. Dah lama I tak jumpa You. I tak sangka You kahwin dengan adik tiri I. Tak sangka betul dapat jumpa You lagi. " Reen berkata mesra. Dia berpaut pada tubuh Adam Fiqri. Kemas dia memeluk tanpa segan.

 " Reen ! " Adam Fiqri terus membuka matanya. Tidak disangka disebelahnya itu Reen. Bukan Ain. Adam Fiqri terus menjarakkan diri daripada kedudukanya. Takut benar ada sesiapa yang melihatnya nanti. Terutamanya Ain.

" You tipu. You ingat I tak tahu yang you tak cintakan Ain ? Eh dia tu perempuan simpanan papa you ! Ke you nak I suluh terang terang tunjuk dekat you Ain tu bukan perempuan baik ? Dia tak layak langsung dengan you. Before you, adik I dah dapat dia dulu !  " Dia tak pedulik macam mana sekali pun, Adam Fiqri milik aku !

Pang !

Tangan Adam Fiqri menyentuh kuat pipi wanita dihadapanya sehingga jatuh menyembam lantai.

What ever Reen. Aku dah kahwin dah pun dengan dia. Kalau kau nak musnahkan hidup aku, silakan.  Tapi sampai mampos pun belum tentu aku pilih kau. " Adam Fiqri segera menjarakkan diri dan melangkahkan kaki ke luar daripada bilik dengan segera yang boleh. Takut ada sesiapa hang melihat mereka berdua didalam bilik ini.

" Kau ni kan Adam ! Selalu sangat ego. Terlalu ego. Habis kau fikir ada orang nak dekat kau ? Keras kepala macam kau ? Stok dah habis ! Kau akan menyesal sebab layan aku macam ni ! Kau tengoklah ! " Jerit Areen tanpa segan. Bibirnya diketap kasar tanda geram. Luka. Hah. Fikir aku pedulik ke kau tolak aku ? Kau tak nak dekat aku ? Janji aku puas ! Kau dah masuk perangkap aku !

" Ain ! " Adam Fiqri ternganga. Terkejut dengan kepulangan si isteri dan kehadiranya berada didepan mata.

" Reen ? Abang ? " Luahku sekelip mata tas tanganku jatuh daripada genggaman. Melihat susuk tubuh Reen membuatkan air mata jernihku turun serta merta. Aku menggeleng gelengkan kepala. Kalau ya pun nak berzina sekali pun kenapa mesti depan mata kau ? Kenapa sampai aku tahu ? Kau memang sengaja Adam !

Kakiku terus ku langkah menuruni tangga namun tanganku dicapai lembut oleh sepasang tangan milik Adam Fiqri. Automatik tangan kananku menyapu pipi Adam Fiqri. Kuat. Sehingga wajah itu berpaling. Jijik ! Kau ni nak berapa perempuan untuk layan kau ? Tak puas ke kau buat aku ni macam pelacur halal ?! Sekarang kau dengan Reen ?! Kau memang tak guna !

 " Kau jangan sentuh aku!! Aku benci kau! Kau faham tak! " Jari telunjukku tepat menunding ke arah wajah Adam Fiqri. Tubuhnya diam tidak berkutik seperti batu. terus saja aku mencapai tas tangan dan terus meninggalkan Adam Fiqri sendirian dengan Areen. Dah tak puas sangat ke dengan aku sampai kau nakkan Reen tu ?! Aku merengus kuat. Kau tahu lelaki tu macam tu kenapa aku ni bodoh sangat hah ?! Arghhh !!!

" Ain ! " Laung Adam Fiqri kuat. Kakinya juga diaturkan untuk mengejar langkah si isteri yang laju. Ahh sudah ! Kenapa semua benda ni jadi dekat aku ?!

" Bagi aku explain. Ni semua salah faham. Please Ain. Jangan buat aku macam ni. Aku dengan Reen ... " Adam Fiqri menyusun kata hendak menerangkan situasi sebenar.

Tanganku dicapai kasar oleh tangan Adam Fiqri sekali lagi sebelum aku sempat membuka pintu kereta. Wajahku tepat merenung wajah Adam Fiqri. Kau nak apa ?! Nak terang apa lagi ! Dah terang terang kau dengan dia je berdua dalam rumah tu kau nak explain apa lagi hah ?! Munafik !

" Kau rasa aku dah cukup buta ke tak nampak apa yang berlaku ? Kau ni memang tak pernah puas satu kan ! Lelaki macam kau ni memang munafik ! Eh berambuslah ! Kau dengan betina tu boleh pergi jahanam ! " Hamburku deras. Tanganku retap kuat daripada genggaman tanganya. namun tanganya tetap menghalangku daripada masuk ke dalam kereta. Aku sudah hilang sabar sekali lagi.

Pang !

Adam Fiqri sekali lagi kutampar. Kali ini dengan tangan kiriku pula. Aku tak nak dengar apa apa pun keluar daripada mulut kau tu ! Kau memang tak guna !

" Aku tak buat apa apa dengan dia ! Tolonglah percaya cakap aku ni. Kau nak aku buat macam mana lagi supaya kau percaya cakap aku ? " Rayu Adam Fiqri. Tanganku dicapai dan digenggam kemas kemas. Matanya tenang memandang wajahku yang sudah tidak ada perasaan.

" Bodohlah aku kalau aku percayakan kau ! " Aku tersenyum sinis. Pantas saja aku masuk ke dalam kereta dan menggerakkan kereta dengan segera. Aku dah muak dengan semua lakonan kau. Tak kiralah ! Kau dengan bapak kau dengan adik beradik kau memang tak guna !

Adam Fiqri mengetuk ngetuk cermin tingkap kereta yang sedang bergerak keluar daripada kawasan rumah. Tanpa balasan. Isterinya tetap degil tidak mahu mempercayainya. Sehingga kereta itu laju meluncur meninggalkan Adam Fiqri.

" Apa lagi dugaan aku kali ni Ya Allah ?! " Adam Fiqri meraup rambut kasar. Panas hatinya rasa terbakar. Ni semua salah kau Reen ! Kau kene keluar dari rumah aku ! Kau berambus dari rumah aku ! Kau ada dekat sini mengeruhkan keadaan. Kau sengaja nak hancurkan hubungan aku dengan Ain. Kau memang perempuan tak tahu malu !

Entah kemana lah bini aku pergi. Kalau mama balik ! Macam mana ?! Mampos aku nak kene jawab. Bangsat kau Reen ! Adam Fiqri tanpa berlengah terus juga menghidupkan enjen kereta miliknya. Takde guna kahwin kalau macam ni terus. Arghh berserabut kepala otak aku kalau macam ni ! Sialah weyh ! Ni semua salah Reen ! Kalau bukan sebab minah murah tu, benda ni semua takkan jadi ! Arghh !

Aku tidak tahu kemana arah tujuku. Yang aku tahu aku tidak mahu kekal dirumah itu. Hatiku sakit. Entah kenapa rasanya seperti tubuhku baru saja diremuk. Rasa sakit itu menjalar sehingga keseluruh tubuh. Akhirnya setelah setengah jam aku memandu, kereta ku tersadai dibahu jalan. Rosak.

Tak lama itu kereta milik Adam Fiqri merapati tempat tersadainya keretaku. Aku sudah tidak mampu mengelak.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now