Aku duduk termenung didapur. Sesekali aku meneguk perlahan air milo sejuk ditanganku. Adam Fiqri sudah lama lebur di atas katil. Aku pula memikirkan nasib bayi yang ada dalam kandunganku ini. Mana mungkin aku akan ada anak dengan Adam Fiqri !
Aku terima Adam bukan sebab nak sambung keterunan dia. Aku nak hancurkan keluarga dia. Aku nak balas dendam atas semua yang Dato Mukhlis buat. Tapi kalau dah mengandung macam ni aku nak buat apa ? Aku merengus. Air milo sejuk ku teguk kasar. Habis rosak plan aku.
" Kau tak tidur lagi ? " Sapa Alisa. Dia mengambil tempat dihadapanku. Ni lagi sorang. Suka sangat jaga tepi kain aku. Aku nak buat apa pun suka hati akulah. Kau mengandung kan ? Kau tunggulah nasib kau nanti.
" Belum. Tak boleh nak tidur. " Aku membalas perlahan. Layankan sahaja. Diperkenalkan musuhku yang paling ketat. Alisa. Kalau tak disebabkan mulut dia ni yang menabur fitnah, aku takkan dicop sebagai perenpuan sinpanan Dato Mukhlis ! Siapa siapa pun aku tak boleh terima termasuklah dia. Aku dah hilang segala galanya. Disebabkan Dato Mukhlis. Disebabkan Dato Mukhlis aku jadi hamba abdi Adam Fiqri.
" Aku nak cakap sikit dengan kau. Lebih tepat aku nak bagi amaran dekat kau. " Kata Alisa mendatar. Agaknya apa yang ingin dikatakan ? Pasal Adam ? Pasal apa ? Aku mula memerhati riak wajah Alisa yang kelam.
" Apa lagi mulut busuk kau nak hina aku ? " Aku bertanya kembali. Hatiku agak tertanya tanya. Agaknya apa yang dia nak cakap ? Cakap jelah kalau nak cakap. Ni mesti pasal Adam. Naik bernanah telinga aku dengar !
" Aku tak tahu apa lagi yang kau tengah plan, tapi ! Kalau kau buat macam macam dekat family aku, kau tunggu nasib kau! " Balas Alisa tegas. Perlahan. Tapi tegas. Dia memerhatiku dengan separuh mengejek. Aku berubah riak wajah. Agak sedikit tidak pura pura mengerti apa yang hendak dikatakan oleh Alisa.
Kau fikir aku kisah ke ? Aku tersenyum sinis. Ouh takkan ! Dia sebab aku jadi macam ni. Sekarang nak bagi amaran dekat aku ? Eh memang taklah !
" Apa maksud kau ni ? " Aku masih bertarik tali. Padahal aku faham apa maksud sebenarnya. Cuma saja nak usik hati Alisa. Apa yang mampu kau buat Alisa ? Apa ? Cuba kau cakap dengan aku, kau mampu buat apa ? Hahahaha ! Kau ni bodoh sama macam adik kau. Satu keluarga kau memang bodoh!
Alisa diam. Dia tahu Ain sengaja buat buat tidak faham. Dia tahu jauh di sudut dasar hati adik iparnya itu masih ada kemaafan walaupun sampai bila bila dosa papanya tidak akan terhapus kerana telah membunuh ibunya. Namun, dia sebagai anak sulong keluarga ini, dia akan menghalang wanita dihadapanya ini daripada menyakiti keluarganya.
" Aku tahu yang Adam tak pernah layan kau dengan baik kan ? " Alisa tersenyum sinis. Dari pertama kali dia berjumpa dengan wanita dihadapanya ini, dia tahu wanita ini ada niat tidak baik pad keluarganya. Dia ingin adik iparnya itu mengerti bahawa dendam hanya akan mengeruhkan keadaan. Memang tidak dinafikan lagi itu memang salah Dato Mukhlis. Tapi perkara itu sudah lama berlalu. Jadi wajarlah dilupakan. Namun dia begitu membenci wanita ini. Semua kerana abangnya !
" Aku tak pedulik kau nak cakap apa pun. The true is memang mulut kau busuk ! Aku tak berdendam dengan Adam. Kau tahu apa yang jadi kenapa kau nak tanya lagi ? " Aku merenung lantai. Senyum.
Aku sama sekali tak berdendam dengan Adam. Tapi dengan Dato Mukhlis yang menjadi penyebab aku hilang segala galanya. Rumah. Ibu. Abang Syah. Abang Haziq. Abah. Semuanya. Adam layan aku macam sampah. Kau rasa tak apa yang aku rasa ?
" Tapi kau berdendam dengan arwah papa. Macamlah aku tak tahu. " Dia sudah lama perhatikan adik iparnya itu. Bagai berpura pura menjadi seorang yang baik dihadapan semua orang. Hati siapa yang tahu ? Dia benar benar takut jika adik iparnya itu akan menyakiti keluarganya dan dia tidak akan berdiam.
" Kalau ya kenapa ? Kau dah terlambat. Aku dah jadi sebahagian daripada keluarga ni. " Aku menjawab penuh sinis. Rupanya kau tahu apa yang aku tengah rancang. Kau tak payahlah sibuk hal aku kak long. Kau buat hal kau je. Nanti bila tiba turn kau, jangan kau menyesal Kau tunggu jelah nasib kau dengan anak kau nanti.
" Kau ni memang tak guna kan ? Dari awal kau datang sini aku memang tak pernah suka perangai kau tu ! " Alisa separuh menjerit. Dia agak gementar mendengar ucapan tenang daripada mulut adik iparnya itu. Dia takut jika rumah ini akan berlaku pertumpahan darah nanti. Dia tidak akan berdiam diri untuk itu. Sama sekali tidak Ain !
" Kau menghina ke ni ? " Aku mula melenting. Macam mana dia boleh tahu ? Nasib baik aku masuk dalam keluarga ni punya senang.
Aku terpaksa gadaikan maruah aku. Rendahkan ego aku depan Adam Fiqri. Sekarang ni nak aku rendahkan maruah aku untuk keluarga ni ? Eh memang taklah! Fikir senang ke ? Pergi tidur dengan anak patunglah!
Kalau kau ada lagi susahlah kerja aku nanti. Takpe. Kau tunggu ajal kau nanti. Kau tunggu Alisa. Kau tak payahlah nak sibuk hal aku. Memang kau baik selama ni dengan aku. Tapi baik kau tu ada makna ! Kau baik depan semua orang. Bekalang aku, kau huna aku macam macam. Aku tak Akan jadi bodoh. Sebab kau ! Sebab mulut kau !
" Lebih daripada menghina Ain. Aku dapat rasa yang kau tak ikhlas masuk dalam keluarga aku. Tapi tolong eh sedar diri kau. Aku tahu mama ikhlas terima kau. Tapi kau kena ingat, kau takkan diterima oleh semua adik beradik aku ! "
Aku berdiri dan seakan ingin meninggalkan Alisa. Kau tak payahlah nak cakap banyak. Buang masa aku je.
" Ikhlas ? Ikhlas ke kesian ? Adik beradik sama je. Hati busuk! " Aku tersenyum sinis dan berlalu pergi. Simpati aku dah lama mati untuk keluarga Dato Mukhlis !
" Kau kena langkah mayat aku dulu ! " Keras Alisa berkata kata. Aku tetap saja selamba. Sebab kau aku jadi macam ni. Sebab mulut kau ! Dekat dahi aku dicop sebagai perempuan simpanan.
Alisa merungut. Sedih. Adik iparnya itu masih tiada lagi perubahan. Adam juga tidak mampu membuatkan adik iparnya itu berubah hati. Dia tidak mahu keluarganya disakiti oleh adik iparnya hanya kerana dendam masa lalu yang berpunca daripada khilaf Dato Mukhlis.
Aku masuk ke dalam bilik dan berbaring di sebelah Adam Fiqri. Aku terus merenung wajahnya. Sesekali mataku beralih kepada perutku yang masih kempis. Kau ayah pada anak aku Adam. Tapi aku sikit pun tak rela. Sikit pun tak. Kasih sayang kau pada aku selama ni tipu. Kau tak cintakan aku. Kau cuma manfaatkan aku untuk puaskan nafsu kau. Tu je kan ?
Aku mengusap ngusap perlahan perutku. Berharap anak Adam Fiqri akan segera mati didalam perut. Aku tak nak anak ni ! Aku terus memejamkan mata dan kata kata kak long masih terngiang ngiang dikepala ku. Kata katanya itu umpama belati tajam. Hatiku pula tidak terusik sama sekali.
" Kau dan adik beradik kau memang bodoh ! " Aku tersenyum sinis. Memandang Adam Fiqri yang begitu polos, hatiku beriak gembira. Kau tunggu. Terserah orang nak cakap aku ni takde hati. Aku tetap akan korbankan budak ni kalau tu je cara untuk aku balas dendam !
Aku tak peduli!
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantikMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...