" Lepaskan ibu aku! Kau nak apa? " Jerit Ain. Dia cuba merungkaikan tangan seseorang lelaki yang ingin meragut rantai loket daripada leher ibunya. Dia tidak berhenti henti mencuba merungkaikan tangan kasar lelaki itu daripada menjerut leher ibunya. Ibunya pula sudah hampir sesak nafas dibuatnya.
" Kau tepilah! Jangan nak sibuk! " Jerit lelaki itu lantas menolak Ain terdorong kebelakang. Dia tetap inginkan rantai loket emas itu.
Adam Fiqri hanya memandang susuk tubuh isterinya yang sedang tidur kepenatan. Dia sudah panik sebenarnya bila mendapati adiknya Yazid berkawan baik dengan isterinya itu. Setelah tahu apa yang dia buat pada isterinya itu, takut sahaja jawatan CEO itu akan dilucutkan. Takut sekiranya mamanya akan tahu tentang menantu kesayanganya ini berada di wad.
" Ibu. Ibu.... " Jerit isterinya kecil. Adam Fiqri mendapatkan isterinya yang sedang menjerit jerit memanggil ibu. Terkejut dibuatnya. Dia mula cemas. Apahal minah ni ? Tiba tiba je jerit jerit. Bisik hati Adam Fiqri." Weyh, kau pahal ni? " Adam Fiqri menepuk nepuk perlahan wajah isterinya yang masih meracau.
" Syaf! " Jeritku kecil lantas memeluknya erat. Mimpi itu sering menghantuinya. Mimpi itu selalu menjengah fikiranya. Terkadang mimpi itu juga yang membuat emosinya terganggu. Aku terus menghamburkan tangisanku ke dalam perlukan Syaf.
Adam Fiqri hanya membalas pelukan isterinya erat. Mahu tidak mahu dibalas juga walaupun isterinya itu menyalah anggap dia adalah Syafiqah. Hatinya sedikit terusik. Baru kali pertama ini dia memeluk isterinya itu. Hatinya lembut tidak membantah. Dibiarkan sahaja Ain memeluk dirinya.
Perlahan kahan aku menarik diriku daripada pelukan Syafiqah. Aku tergamam. Adam Fiqri ! Aku sekali lagi terkejut. Terus ku tolak badanya kasar. Ya, Adam Fiqri yang meminjamkan tubuhnya sebentar tadi untuk dia melepaskan keresahan.
Apa tolak tolak ni? Dahlah taknak cakap terima kasih. Habis basah baju aku. Ni nak main tolak tolak pulak. Kutuk Adam Fiqri perlahan. Dia terus bangun. Berganjak sedikit dari isterinya. Berpeluh dia dibuatnya. Dia pergi ke satu sudut dan berpeluk tubuh. Geram pulak aku. Kutuknya lagi. Dijeling tajam wajah isterinya yang polos.
Dia terus beredar keluar dari bilik kecil itu. Kecil seperti hatinya. Apa faedah aku risau pasal kau? Ingatkan bunuh diri ke apa. Sekali meracau macam perempuan nyanyok. Buang masa je. Kutuk Adam Fiqri kasar.
" Kau bodoh ke macam mana? Dia tu isteri kau. Kau pahal pukul dia lebam lebam sampai macam tu? Kau dah gila ke Adam ? " Marah Yazid. Berbekas hatinya. Hatinya terluka. Dia sendiri tidak tahu apa perasaanya kini. Namun dia tidak suka dengan sikap abangnya. Baran tak kena tempat. Jika salah Ain dimasa silam penyebab dia memukul wanita itu, dia tidak akan berdiam diri. Kisah silam itu sudah lama. Papanya juga sudah meninggal dua tahun lepas. Kenapa perlu menyalahkan takdir ?
" Dia tu bini aku. Kau tak payah nak sibuk. Kau balik sini buat apa? Semak jelah! " Bidas Adam Fiqri tegas. Adiknya itu memang sengaja hendak mencari pasal. Dia punya sukalah. Ain isterinya yang sah! Apa yang hendak dilakukan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Penyibuk!
" Kalau kau dah tahu dia tu perempuan simpanan arwah papa, asal kau kahwin jugak ? Kejap! Lain tak bukan mesti jawatan CEO tu kan? Aku dah agak dah. " Duga Yazid. Dari dulu abangnya itu seakan musuh denganya hanya kerana dia adalah nampak baik dimata mama dan papanya.
" Kau tak payah sibuk pasal akulah. " Marah Adam Fiqri. Dari dahulu adiknya itu suka menyibukkan diri didalam segala halnya. Naik rimas dibuatnya. Semua yang dia lakukan ada sahaja kena marah. Apa semua tidak kena.
Kau buat apa balik? Suka hati akulah aku nak buat apa pun. Kau tak payah sibuk. Kau urus hidup kau je. Kau tak payah menyemak urus hidup aku! Marah Adam Fiqri dalam hati.
" Apa pun aku tak suka kau buat macam tu. Dia bukan orang gaji. Dia bini kau. Kau yang kena bertanggungjawab jaga dia. Bukan layan dia macam tu. Dia siapa ke tu urusan dia dengan arwah papa. Kau tak perlu buat dia macam tu ! " Marah Yazid. Abangnya itu benar benar keras kepala. Suka bertindak mengikut hati dan perasaan. Tidak pernah fikir mana yang baik mana yang buruk. Entah apa salahnya dia menegur sebagai adik dia inginkan yang terbaik untuk abangnya.
" Kau tak payah nak bela sangat perempuan tu. Kau kena ingat dia tu bini aku. Kau boleh cakap macam tu kalau dia milik kau. Kau ingat tu! " Herdik Adam Fiqri berlalu pantas meninggalkan Yazid. Kesal. Geram. Hatinya berbekas.
Kau memang tak faham. Perempuan tu tak baik macam mana yang kau fikir. Dia yang buat hidup mama merana. Sekarang kau nak backup perempuan tu pahal! Kutuk Adam Fiqri. Dia terus meluncur laju meninggalkan perkarangan hospital. Sakit hatinya dengan tindakan Yazid.
" Betul betul buang masa aku. " Jerit Adam Fiqri. Dia meramas kasar rambutnya. Dikusut kusutkan. Sama seperti kusut hatinya kini. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Apa yang bagus sangat tentang wanita itu pun dia tidak tahu. Buat kerja semuanya lambat. Tidak pernah menyenangkanya. Kenapa mamanya begitu ingin mengutip wanita simpanan papa untuk diheret menjadi ahli keluarganya? Menjadi isterinya? Dia tidak faham permainan dan kehendak mamanya itu.
Aku hanya diam tidak berkutik. Melihat tingkah lakuku yang tidak sopan membuatkan Adam Fiqri meninggalkan ruangan bilik. Aku hanya diam tatkala wajah Adam Fiqri berada didepan mataku tadi. Merasai hangatnya pelukan Adam Fiqri sama seperti merasai marah dan benci kepada Dato Mukhlis.
Aku tak kisah Adam kau nak buat apa pun dekat aku. Aku tak kisah. Bila aku dah buat kau jatuh cinta dengan aku nanti, perlahan lahan aku buat kau mati menagih kasih sayang aku. Kau buatlah apa yang kau nak dekat aku. Aku tak pernah kisah sikit pun. Janji aku dapat jadi isteri kau. Aku nak hancurkan hidup kau. Marahku dalam hati.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
عاطفيةMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...