Adam Fiqri terkaku apabila melihat Ain tidur didepan pintu biliknya. Maknanya semalaman isteri itu berada disini. Keluhan berat dilepaskan.
Kenapa sampai macam ni sekali Ain ? Kenapa kau seksa diri kau sampai macam ni sekali ?
Akhirnya Adam Fiqri tidak mempedulikan Ain yang sedang tertidur. Memang hatinya tak tergamak. Tapi, apa yang Ain buat pada mamanya, tak dapat dimaafkan.
Jam sudah menganjak ke angka ke 11 pagi. Adam Fiqri mendukung Afeef untuk dibawa bersama mengambil Datin Adibah di hospital hari ini.
Aku terpisat pisat bangun. Pintu Adam Fiqri ternganga.Mana Afeef ? Kedengaran kereta di bawah menyentak fikiranku. Aku terus melangkah selaju mungkin walaupun keadaanku menghalang aku berbuat demikian.
'' Abang ! '' Jeritku. Kereta Adam Fiqri sudah meninggalkan kawasan rumah. Tergamak Adam Fiqri melakukan ini smeua kepadanya.
'' Abang.. bawalah Ain sama... Ain nak ikut.. '' Raungku. Mak Mah merangkul tubuhku yang melukut ditepi pintu. Menangis air mata kau biru sekali pun, kau takkan dapat ubah keadaan. Kau merayu sampai lutut kau longgar pun belum tentu Datin Adibah terima kau semula.
'' Dahlah Ain.. Tak elok menangis macam ni... '' Pujuk Mah Mah. Hati tuanya kesian melihat Ain diperlakukan seperti ini. Memang tak patut Ain dipersalahkan. Bukan Ain sahaja yang pernah menggunakan ubat itu. Malah Alisa juga pernah menggunakan ubat itu.
Kenapa kesalahan itu hanya dipalitkan kepada Ain seorang ? Alisa juga perlu bertanggungjawab kerana dialah orang yang membeli ubat itu.
Sebuah kereta masuk ke dalam kawasan rumah. Kereta itu kereta Alisa. Ya, Alisa. Aku mengesat air mata. Tiba tiba aku naik angin. Terus sahaja langkah kakiku menuju ke arah Alisa yang keluar daripada kereta.
'' Sanggup kau fitnah aku ?! Yang kau benci sangat dengan aku tu kenapa ?! Sejahat jahat aku, aku tak pernah ada niat macam tu dekat mama ! Kau ni memang melampau Alisa ! ''
'' Selama ni kau yang bagi mama makan ubat tu. Memang itu salah kau pun. Kau tunggu jelah nanti. Mama balik, dia akan heret kau keluar daripada rumah ni dengan tangan dia, bukan dengan tangan aku. So, memandangkan ada masa lagi, kau kemaslah barang barang kau sebelum kau teruk kena halau dengan mama nanti. Lagi satu, aku akan pastikan yang mama akan bencikan kau sampai kau mati. Anggap jelah ni karma untuk kau sebab dah bunuh anak aku ! ''
Aku menolak Alisa jatuh tersungkur. Wajahnya ku tampar kiri kanan bertalu talu. Aku sama sekali tidak peduli. Alisa memang dah melampaui batas.
'' Apa masalah kau dengan aku sebenarnya hah ???!!! Kau memang bencikan aku sangat kan ???!! Sebab mama sayang aku lebih daripada sayangkan kau !! Kau memang akan buat apa je untuk mama bencikan aku kan ????!!! Aku tahu ni semuanya kerja kau ! Aku tahu manusia macam kau ni memang suka dengki dengan hidup orang lain ! '' Jeritku melepaskan semuanya yang terbuku.
'' Ain ! '' Jerit Adam Fiqri. Terkejut apabila Ain isterinya sedang memukul Alisa. Adam Fiqri terus menerpa ke arah Ain. Dia mencapai tubuh Ain agar berhenti daripada perlakuanya yang melampau batas itu.
Datin Adibah menghayunkan tanganya ke wajahku. Aku terdiam kaku. Tepi bibirku terasa berpijar. Ada darah yang mengalir. Sampai hati Datin Adibah naik tangan kepadanya.. Mana perginya wanita yang dia sanjung seperti ibu selama ini ?
'' Aku tak pernah naik tangan dekat muka anak anak aku. Selama ni aku jaga kau. Aku bagi muka dekat kau, tapi ini yang kau bagi dekat aku ? Perempuan jenis apa kau ni ? '' Lantang suara Datin Adibah berkata kata.
'' Ma..tolonglah.. '' Rintihku perlahan. Air mataku semakin hangat merembes keluar.
'' Jangan panggil aku mama. Aku bukan mama kau. Mulai hari ni, aku tak nak tengok muka kau depan aku. Aku nak kau berambus daripada rumah ni. Aku tak nak ada menantu pembunuh macam kau. '' tegas arahan Datin Adibah. Datin Adibah terus berlalu masuk ke dalam rumah. Tapi aku terus berpaut kepada kakinya.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...