Adam Fiqri turun ke dapur. Perutnya minta di isi. Dari tadi merengek rengek. Dapat terhidu bau masakan Datin Adibah yang harum dari celah dapur.
Teringatkan usikanya pada Ain dan wajah Ain apabila diusik. Senyumnya melebar sampai ke telinga. Kalaulah setiap hari dia dapat senyum selebar ini, pasti orang akan kata dia gila.
Ah, memang aku gila. Gilakan orang yang tak sudi dengan aku. Bisik Hati Adam Fiqri.
'' Mama, Adam lapar.. '' Rengek Adam Fiqri manja. Hidungnya mencuri bau masakan Datin Adibah yang wangi dan harum. Nasi goreng sambal belacan dan tumis asam pedas ikan pari kesukaanya. Bertambah selere dia malam ini. Dah lama betul mama tak masakan dia nasi goreng sambal belacan.
Aku yang sedang menuang air oren didalam gelas, rasa nak muntah. Merengek macam budak budak lima tahun. Mama, Adam lapar.. Ejekku dalam hati sambil membuat gerak geri menjengkelkan mengajuk kata kata Adam Fiqri.
'' Dah siap. Nanti kita makan sama sama. '' Ujar Datin Adibah sambil melemparkan senyuman yang manis. Memang senyuman ibu memang paling manis dalam dunia.
Sesudah menuang air didalam semua gelas, aku bingkas bangun. Biarlah keluarga bahagia ni makan bersama sama.
Lagipun, aku ni siapa dalam keluarga ni ? Setakat menumpang je. Bunyinya memang aku tengah terasa hati.
Yup !
Aku memang terasa hati. Adam sengaja pura pura tak nampak aku. Aih, takkan jeles dengan mak mertua sendiri pulak kot ?
Hesy, ke situ pulak. Mana ada ! Aku cuma meluat je dengan anak beranak tu. Sweet sweet depan aku macam aku ketagih sangat nak bermanja.
Kelihatan Yazid dan isterinya Syafiqah mula mengeruni ruang dapur. Berselisih pulak dengan Si Yazid ni. Sejak kahwin tempoh hari, makin berseri muka Yazid.
Haih, kenapa persahabatan yang terjalin berkurun lamanya akhirnya mudah sahaja terkubur ?
Yazid merenung mataku dalam. Nak tenung tenung dah kenapa pulak ni ? Aku melarikan pandangan dan terus sahaja kakiku atur keluar daripada ruang dapur.
Hilang terus selera.
Sekilas wajah Yazid yang mencebik. Bila mereka sampai pun dia tidak perasan. Yang tiada hanyalah angahnya dan keluarga kak longnya.
Dikhabarkan angahnya ada reunion dengan kawan kawanya yang datang daripada luar negara. Kak longnya pula entahlah, dia tidak pasti.
Adam Fiqri tergamam apabila melihat Ain keluar daripada ruang dapur. Kenapa dengan dia tu ? Marah ke aku usik dia tadi sampai mogok angkat bendera tak nak makan ? Bisik Adam Fiqri membuat andaian.
Terus sahaja langkah kakinya juga membototi Ain yang menuju ke bilik tidurnya.
'' Sedap. Mama dah improve masak nampak gayanya. Gemuklah Yazid macam ni ma. Sayang, belajarlah dengan mama masak lobster ni. Boleh masak hari hari untuk abang. '' Usik Yazid. Dia terus leka dengan lobster masak tumis pedas dipingganya.
Malas hendak menyaksikan drama antara abangnya dengan Ain. Hatinya akan jadi tiba tiba panas meledak.
Cemburu ? Taklah. Mana boleh cemburu. Isteri dekat sebelah kot.Akhirnya dia mengambil keputusan tidak menghiraukan kedua duanya. Lebih baik menikmati masakan daripada air tangan ibu tercinta. Luak juga.
'' Yalah, nanti Syaf belajar masak dengan mama. Boleh kan ma ? '' Usik Syafiqah pula. Mahu memeriahkan suasana yang kian hambar.
'' Bukan belajar dengan mama. Belajar dengan Ummi. Dia yang masak lobster ni. Mama tolong sikit sikit apa yang patut. Ni semua dia yang masak. '' Ujar Datin Adibah pula.
Dari tadi menantunya itulah yang masak semuanya. Dia hanya diarahkan untuk menghidang sahaja.
Adam Fiqri mendekati isterinya dan zap !
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...