Adam Fiqri bergegas memanjat tangga. Kau buat checkup asal tak ajak aku ? Kau ni memang menyakitkan hatilah ! Malu aku depan kak long. Depan mama. Kau ni memang sengaja ! Marah Adam Fiqri sambil terus memanjat tangga.
" Kau cakap dengan aku sekarang kau buat apa pergi klinik ? " Marah Adam Fiqri sambil mencengkam lengan tanganku. Wajahnya kusut dan geram. Mana dia tahu aku pergi klinik ?
" Ain ... Ain .... " Aku menjawab tergagap gagap. Takut memandang wajah bengis Adam Fiqri seolah olah hendak menelan aku hidup hidup. Seram!
" Cakaplah. Pahal kau diam ? " Tengking Adam Fiqri. Suaranya dikawal. Takut didengari oleh orang lain. Geram sungguh dia dengan ku. Dia terus mengheret ku sudut lebih terpencil didepan bilik air yang sedikit jauh daripada pintu bilik.
" Ain mengandung macam mana yang abang harapkan. " Aku membalas takut takut. Wajahku tunduk ke lantai. Alat ujian kehamilan itu ku genggam erat. Apa ni marah marah nak tengking tengking aku ni ! Aku penat tahu tak ! Dahlah bawak anak kau ! Ni nak tengking tengking aku pulak.
" Bak sini aku tengok. " Adam Fiqri merampas alat ujian kehamilan itu dan menelitinya lebih dalam sebelum mengukirkan senyuman.
Ikutkan hati aku nak campak benda alah tu depan mata kau. Biar kau puas. Kau yang nak sangat aku mengandung kan ? Ambiklah. Bawak pergi tidur. Kau tayang dekat mama kau sekali. Apa motif kau sebenarnya !
" Berapa? " Adam Fiqri bertanya lembut. Dia merenungku lebih dekat. Dekat dan lebih dekat sehingga aku dapat merasai dan mendengar setiap degup jantung dan nafasnya.
" Baru dua minggu. " Aku menjawab acuh dan memalingkan wajah ke kiri. Aku menolak sedikit tubuhnya. Namun tubuhnya masih tidak berganjak daripada tempat dia berdiri. Rimaslah macam ni ! Gatal ! Aku benci !
" Asal kau tak bagi tahu aku kau pergi klinik ? " Ada bertanya sedikit bernada lain. Lebih lembut dan manja. Kejap mood lain. Kejap lagi mood baru. Lelaki ego ni memang suka tukar tukar mood ke !
" Abangkan sibuk. Ain call abang dari tadi tak dapat. Ain pergilah sendiri. " Aku membalas dengan jelingan. Dah muak pandang mata dia. Aku baru nak sorok. Dah kantoi. Ni mesti kerja Alisa! Aku merengus kasar.
" Kau tahu tak mama cakap apa ? Mama cakap yang aku ni tak kisahkan kau. Kau memang sengaja kan ? " Adam Fiqri bertanya dengan nada sinis. Dia mula mencengkam pipiku sehinga mulutku mengecil seperti ikan emas. Aku memalingkan wajah.
" Kau pandang mana ? Pandang muka aku ni. Aku tengah cakap dengan kau ni sekarang ni perempuan." Adam Fiqri menarik wajahku menentang pandangan matanya.
" Abang sakitlah. Lepaskan Ain. " Jerit ku. Sakit kerana cengkamanya menyentuh rahangku. Dalam keadaan aku macam ni pun kau nak seksa aku ?
" Lain kali jangan bertindak ikut kepala otak kau je. " Tegur Adam Fiqri. Dia geram dengan tindakan perempuan dihadapanya kini. Adam Fiqri melepaskan cengkaman.
Degil. Apa apa pun aku gembira kau dah mengandung. Tak adalah mama nak perlekehkan aku lagi lepas ni. Bisik hati Adam Fiqri." Abang yang cakap jangan ganggu abang waktu ofis. Lagipun abang memang tak pernah kisahkan Ain selama ni pun kan ? " Aku mula membentak dan menolaknya kasar. Sekasar mungkin. Dia terdorong ke belakang sedikit.
" Aku cakap kau menjawab. Kalau kau tak mengandung dah lama aku .... " Kata katanya terhenti tatkala matanya terpandangkan susuk tubuh adiknya Yazid di pintu bilik mereka yang terbuka luas.
" Dah lama apa ? Nak sepak terajang dia macam bola? Ouh lupa pulak Mama ajak makan. " Sampuk Yazid. Dia memasuki bilii itu kerana pintu terbuka luas. Dia ingin memanggil Adam dan aku untuk turun makan ke bawah. Yazid kemudianya berlaku pantas meninggalkan bilik kami.
Dia baru sahaja sampai apabila dia dikhabarkan kak longnya agar segera datang kesini. Dia datang bersama Syafiqah tunangnya. Kebetulan sudah masuk jam makan tengah hari. Jadi dia berkira makan di rumah Datin Adibah sahaja.
" Kau ingat pesan aku ! " Adam Fiqri tetap berkeras. Dia meninggalkan aku terkulat kulat. Geram !
Aku mengutip semula alat ujian kehamilan itu di atas lantai selepas di lontar oleh Adam Fiqri. Aku balingkan ke dalam bilik air penuh geram. Aku mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurungku. Tak habis habis nak berkasar.
Hanya disebabkan aku tak cakap dengan kau nak pergi klinik kau sanggup layan aku macam ni, Adam ? Kau marah sebab mama cakap yang kau tak kisah kan aku. Kau memang tak pernah kisahkan aku pun lah ! Hipokrit !
Aku memegang perutku yang masih kempis. Kenapa aku? Aku ingatkan kau tak pernah berani sentuh aku. Tapi kau tetap kalah dengan nafsu kau, Adam. Sekarang ni anak ni dah melekat dalam rahim aku. Macam mana kalau membesar nanti ? Aku tak nak zuriat kau. Aku tak nak ! Aku tak rela !
Aku tak boleh nak bayangkan perut aku akan ada anak dengan kau ! No ! Aku tak nak ! Aku tak nak mengandungkan anak kau, Adam ! Aku tak nak ! Jangan harap aku nak ada anak dengan kau !
Lama kelamaan aku tertidur sendiri dengan air mata yang tersisa. Aku tetap degil dengan tidak menginginkan benih Adam Fiqri yang akan membesar dalam rahimku. Bagaimana kalau kewujudan zuriat Adam Fiqri akan menghalang aku untuk membalas dendam ? Tak ! Tak boleh !
Adam Fiqri hanya memerhati susuk tubuh isterinya yang sedang tidur selepas makan malam. Dia mencapai tuala dan meleburkan diri didalam bilik air. Kakinya terpijakan alat ujian kehamilan. Adam Fiqri mengutipnya.
Mesti kau yang baling dekat sini. Aku dah agak dah. Adam Fiqri meletakkan alat tersebut di atas meja solek. Di renung susuk tubuh isterinya dari arah belakang.
Esok pagi kau bangun kau tenung lama lama sampai mata kau sakit. Kau tak boleh nak buat apa. Tapi kalau kau ada niat nak gugurkan anak aku, aku tak teragak agak akan paksa kau puaskan nafsu aku setiap hari !
Adam Fiqri terus masuk kedalam bilik air semula. Hatinya bahagia dapat membuat hidup wanita itu terseksa. Hanya itu yang dia mampu untuk membuat Datin Adibah bangga denganya dan mengelak daripada diperlekehkan Yazid. Nasib kau, Ain. Kau kena terima.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomansaMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...