Mana Adam ni ? Call tak dapat dapat. Nanti kalau aku keluar tanpa izin dia, mesti dia marah. Aku dah tak larat ni. Pening kepala satu hal. Loya satu hal. Entah entah aku mengandung ?
Aku melirik ke arah perutku yang kempis. Aku mengeluh akhirnya. Tak salah teka. Memang aku mengandung pun. Macam mana ni ? Aku dah mengandung. Tapi aku tetap tak boleh nak buat Adam Fiqri cintakan aku. Aku tak nak anak ni jadi penghalang aku nak balas dendam.
Akhirnya aku terus mencapai kunci kereta dan bergegas ke klinik. Selagi boleh sorok aku nak sorok. Adam tak boleh tahu. Kalau tak teruk aku macam ni. Tapi takkan aku nak apa apakan dia ? Dia tak bersalah.
Tapi ni zuirat Adam. Aku tak nak dia ada dalam rahim aku. Aku tak rela. Aku tak nak. Adam tak boleh tahu. Siapa siapa pun tak boleh tahu.
" Tahniah Pn Ain. Awak mengandung two weeks. "
Aku hanya memandang sepi doktor wanita separuh umur itu disisiku membuat imbasan tentang kandunganku. Katanya kandungan aku masih kecil dan aku tak boleh terlalu aktif untuk bergerak.
Aku mengusap perutku perlahan. Ibu. Maafkan Ain. Ain dah mengandungkan anak Adam. Anak orang yang dah bunuh ibu. Maafkan Ain. Ain tak tahu macam mana lagi nak balas dendam untuk ibu. Ain takut.
" Okey dah selesai. Saya keluar dulu. Pn Ain kena banyak berehat. Kandungan Pn lemah lagi ni. Better awak rest yang secukupnya. Bulan depan You datang checkup lagi nak tahu perkembangan ya. " Kata doktor perempuan itu terus beredar meninggalkan aku.
Aku hanya diam di pembaringan. Memandang sepi perut yang masih kempis. Dia akan tumbuh membesar dalam rahim aku. Aku tak boleh terima. Tapi aku tak sampai hati nak buang dia. Dia tak bersalah.
Aku menutupi perut ku yang terdedah sedikit selepas diselak untuk scan tadi. Aku mengeluh berat. Apa yang Adam nak selama ni dah menjadi kenyataan. Aku dah pun mengandung. Lemah rasanya semua anggota mendengar luahan doktor tadi. Rasa masa depanku sememangnya gelap dengan Adam Fiqri bila kehadiran anak ini menjadi penghalang untuk aku membalas dendam.
Aku keluar dengan hati yang hampa. Gembira tidak. Sedih pun tidak. Aku pun tidak tahu. Aku keliru. Mana mungkin aku akan ada anak dengan Adam. Tak mungkin.
" Ain kan ? " Sapa seseorang dihadapanku. Aku terkejut.
" Kak long ? Bila sampai sini ? " Aku dibawa kedalam dakapanya. Aduh ! Macam mana boleh jumpa dia dekat sini ? Kalau aku terlepas cakap yang aku mengandung macam mana ? Matikah aku kalau macam ni.
" Baru je. Kak long nak pergi rumah mama ni. Ain buat apa dekat sini ? " Kak long bertanya perlahan kepada ku. Pertanyaannya membuatkan aku tersentak tiba tiba.
" Er.. Ain buat checkup. " Terlepas ! Alamak ! Apa ni ? Aku gugup sangatlah ni sampai aku penipu pun tak boleh. Nak tak nak dah terlepas. Nak agak agak menipu pun dah tak sempat dengan Alisa !
" Ain mengandung ? " Tanya Kak long. Aku terpempan. Dah alang alang jujur tu bagilah tahu terus. Tak ada nak menipu menipu dah. Lepas ni aku kena hadap Adam Fiqri pulak. Letih macam ni.
" Ha'ah kak long. " Aku melemparkan senyuman. Aku terus menelan liur. Nasiblah Ain. Takdir kau hari ni kena jujur. Hari ni hari jujur sedunia.
" Tahniah Ain. Ni Adam dah tahu ? " Tanya Kak long lagi. Naik rimas aku dibuatnya. Lagi lagi perempuan ini bukanlah sukakan sangat kehadiran aku. Depan suaminya sahaja dia layan aku baik.
" Belum lagi. Nanti Ain surprise. " Itu sahaja aku mampu kata. Nak surprise Adam ? Jangan haraplah. Aku tak nak dia tahu pun. Tapi dah terlanjur jujur. Nak buat macam mana kan ? Hish. Sibuk betul hal orang. Macam mana aku boleh jumpa dia ni.
" Hati hati drive. Jumpa dekat rumah mama. " Pesan kak long sebelum beredar menuju ke keretanya. Aku hanya melemparkan senyuman. Tetapi kelat.
Dah tak boleh buat apa dah. Kantoi. Padanlah muka kau. Siapa suruh terlepas cakap. Aku marah pada diriku sendiri. Geram dengan tindakan sendiri. Huh. Aku mengeluh. Aku terus menuju ke kereta yang berada dihadapanku sahaja.
"Awak sembang dengan siapa ? " Tanya Firdaus suami kepada kak long. Mereka berdua singgah ke klinik kerana ingin membeli ubat demam untuk anak kecil mereka, Fahmi yang baru berusia enam bulan.
" Dengan adik ipar Lis. Dia mengandung abang. " Kak long memberitahu suaminya dengan perasaan teruja. Tidak lama lagi mereka pula hendak mendapat cahaya mata. Makin meriahlah rumah Datin Adibah nanti bila dapat tahu.
" Ye ke ? Gembiralah Adam tu tak lama lagi ada orang baru. " Balas Firdaus bersahaja. Dia mula mengorak kereta dan meluncur pergi.
Aku tak tahu apa yang kau rancang. Tapi aku akan pastikan kau akan gagal dengan rancangan kau tu! Dia tahu tentang adik iparnya yang ingin membalas dendam. Dia tahu hati adik iparnya pada awal mereka berjumpa. Dia tidak mahu adik iparnya itu menyakiti keluarganya atau apa sahaja.
" Mama ! " Jerit Farahin menerpa laju ke arah kak long. Sudah seminggu Farahin ditinggalkan di rumah Datin Adibah. Mana tidak gembira anak kecil itu mendapat tahu ibu dan bapanya pulang ke rumah.
" Farah ! Rindu mama tak ? " Alisa memeluk anaknya kemas. Rindu benar akan anak sulongnya itu. Sudah seminggu tidak berjumpa. Bercakap pun melalui telefon sahaja. Syukurlah semua perkara sudah selesai. Tidak perlulah dia risau.
" Mestilah Farah rindu mama. " Jawab Farahin manja. Dia mencium pipi kak long. Kemudian dia mendapatkan ayahnya yang sedang mendukung adiknya Fahmi yang sedang tidur didalam dakapan ayahnya.
" Eh Adam, bila sampai ? " Tanya Alisahairan. Tadi dia berjumpa Ain. Sekarang adiknya pula. Kereta Ain ada. Mana Ain ? Kenapa Adam sahaja yang ada ? Alisa pelik. Mungkin berada di atas kot.
" Baru je. Adam tak berapa nak sihatlah kak. " Adam Fiqri membalas dengan disusuli batuk kecil. Entah kenapa badannya tidak larat hendak ke ofis. Isterinya pula tidak dikhabarkan tentang keberadaannya ke sini. Biarlah dia.
" Tadi kaklong jumpa Ain dekat klinik. Kenapa tak pergi klinik dengan dia sekali ? " Tanya kak long perlahan. Dia menyalami Datin Adibah yang baru muncul dari arah dapur membawa minuman.
Pergi klinik ? Buat apa ? Dengus hati Adam Fiqri terus memanjat tangga. Dia sendiri tidak perasan. Dia ada ternampakkan kereta milik isterinya itu namun dia tidak pasti. Hatinya terus menggerakkan langkah kakinya ke bilik mereka ditingkat atas.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...