Bab 58

9.5K 157 3
                                    

Sejak semalam aku memikirkanya berkali kali. Aku dah ambil keputusan nak keluar daripada rumah ini selagi Adam Fiqri tak benarkan dia jumpa Afeef sendiri.

Memandangkan kejap lagi Hantu Raya akan pulang ke rumah ini. Sakit hatinya belum sepenuhnya reda. Sekarang dia sendiri akan pastikan Adam Fiqri akan dapat penamparnya.

Tak guna betul lelaki tu. Sampai hati dia tipu aku. Tak guna kau nak buat baik dengan aku kalau sebenarnya kau tu penipu !

Aku terus mencapai beg bagasi besar dan menyumbat semua baju bajuku dengan perasaan geram. Geramnya melebih lebih pada Adam Fiqri.

Mungkin ini semua adalah idea daripada lelaki itu juga. Memang dasar hantu raya !

'' Ain.. '' Panggil Adam Fiqri lembut.
Setibanya didalam bilik Ain, dia sendiri terkaku.

'' Kau buat apa ni ? Kenapa kau ... '' Adam Fiqri tergamam melihat Ain menyumbat baju bajunya ke dalam bagasi.

'' Sampai hati kau kan ? Aku tak sangka kau sanggup tipu aku. Pura pura depan aku selama ni. Kau ingat aku ni bodoh ?! '' Jerkahku dengan suara tinggi.

'' Ain.. apa yang aku dah buat ? " Soal Adam Fiqri blur. Adam Fiqri masih terkejut dengan sergahan daripada Ain.

Pang !

'' Ini untuk kau sebab kau dah tipu aku hidup hidup selama ni ! ''

Aku melayangkan tanganku tepat bertemu pada pipi kirinya sehingga Adam Fiqri terpaling. Itu belum cukup puas baginya. Penampar sahaja tidak cukup kuat untuk meninggalkan kesan kepada Adam Fiqri.

'' Kau merepek apa ni Ain ? '' Soal Adam Fiqri keras. Pipinya terasa kebas menerima tamparan daripada Ain.

Adam Fiqri tergamam. Dia masih tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh isterinya. Setahu dia, dia tidak menipu.. tapi.. Afeef ?!

'' Jangan ingat aku tak tahu kau dengan keluarga kau memang tengah bodoh bodohkan aku. Ni apa ? Ni apa Adam ?! Jawablah ?! Tergamak kau sorokkan semua ni daripada aku. Kau memang tak guna... '' Luahku. Aku menolak nolak tubuhnya. Sijil kelahiran Afeef ku campak pada wajahnya.

Aku mahu Adam Fiqri berterus terang kenapa dia menyembunyikan ini semua daripadaku. Tapi Adam Fiqri masih kaku berdiri seakan merelakan semuanya.

Kesabaranku hampir tipis. Kali ini air mataku tidak mengalir. Buat apa bazirkan air mata dengan orang yang sudah menipunya hidup hidup ? Sanggup Adam Fiqri membiarkannya meroyan seperti orang gila yang kehilangan anak.

'' Ain.. aku.. boleh terangkan.. '' Tergagap gagap Adam Fiqri berkata.

'' Sejak bila pulak kau cakap tergagap gagap ni ? Kau nak terangkan apa ? Kau nak cakap kau sorok Afeef sebab kau rasa aku ni tak layak untuk jadi mak dia ? Kau rasa kau sorang je layak untuk jaga Afeef ? Baik aku tak ada dalam hidup kau lagi bagus. Tergamak kau dan semua orang dalam rumah ni buat aku macam ni. Macam patung kau layan aku '' Luahku geram. Terasa hati yang amat sangat dengan semua pembohongan ini.

Sampai bila Adam Fiqri mahu berpura pura didepannya ? Sampai bila Afeef akan dirahsiakan daripada pengetahuanya ? Sampai bila ? Sampai dia mati ?

'' Ain, bagi aku explain dulu. Please jangan buat keputusan sampai keluar dari rumah ni. Jangan macam ni.. Ain. Aku tak ada niat nak tipu kau. Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau '' Pujuk Adam Fiqri. Bahu isterinya cuba dipegang namun cepat sahaja ditepis kasar.

Perkara yang ditakuti sudah pun terjadi. Adam Fiqri tidak sanggup kehilangan Ain. Ini semua salah dia. Semuanya berpunca daripadanya. Jika dia lebih berhati hati, pasti perkara ini tidak akan berlaku. Seungguhnya dia tidak sanggup berdepan dengan amarah dan benci Ain padanya.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now