" Kau apa lagi yang terhegeh hegeh macam makcik ni? Aku lapar. Cepatlah masak. Kau jangan nak mengelak pulak. " Jerit Adam Fiqri nyaring ditelingaku. Ketika itu aku sedang memotong timun diatas meja dapur.
Aku agak terkejut dengan sergahan Adam Fiqri. Selama dia menyiapkan makanan untuk suaminya, dia tidak pernah menyentuh. Memandang dan merasa masakkanya. Tiba tiba hari ini dia disuruh masak lemak ikan keli cili padi.
" Kejap lagi. Ain nak .... "
Dush !
Timun ditanganku direntap dan dihayunkan ke pipi kananku. Kebas rasanya. Kena tampar dengan timun yang keras membuatkan aku menahan sakit. Hanya lambat hidangkan makanan suaminya sanggup memukulnya dengan timun.
" Ni baru timun. Kalau aku tampar kau pakai sudip berbirat muka kau aku kerjakan. Apa kau buat semuanya tak pernah nak siap awal! " Herdik Adam Fiqri mencampakkan timun ke atas lantai. Ada je nak panaskan hati aku! Buat kerja semua lembab.
Adam Fiqri duduk disofa kasar diruang tamu. Memandang wanita itu penuh benci. Hari hari nak sakitkan hati aku. Baru kau tahu siapa Adam Fiqri selama ni. Ni yang kau nak kan? Aku akan buat kau menyesal kahwin dengan aku. Kau tengoklah jelah nanti! Ni baru sikit!
Aku hanya menahan sakit. Air mataku kali ini tidak mengalir. Sudah lali. Sudah biasa dengan layanan kasar Adam Fiqri. Bukan ini yang aku inginkan dalam sebuah perkahwinan. Bukan penyiksaan dalam perhubungan. Tapi saling memerlukan. Itu sahaja. Tak lebih daripada itu. Mungkin cara ini dapat mengurangkan bayaran yang patut aku bayar dalam sebuah nyawa dimasa silam. Ya nyawa seseorang.
Aku hanya memerhati makanan di atas meja. Melihat Adam Fiqri makan membuatkan aku dihimpit perasaan lapar. Sepanjang bergelar isteri, aku makan hanya ditemani Achik. Seekor kucing yang datang ke rumah ini seminggu lalu. Ya, baru seminggu aku berkahwin dengan Adam Fiqri.
Lelaki itu sedikit pun tidak pernah makan satu meja denganku. Apatah lagi ingin menyuap atau berada didapur bersama ku. Seminggu itu Adam Fiqri memang benar benar menyiksa jiwa dan batinku sebagai seorang isteri.
Apa salah aku? Kenapa? Tidak layakkah dia untuk mengecapi manisnya rumah tangga? Mungkin. Ini adalah sepatutnya yang dia harus terima. Nasib yang terbentang luas yang dipilih demi membayar segala galanya.
" Kau pahal pandang pandang aku macam tu? Lapar? Kau nak makan? " Tanya Adam Fiqri sinis. Tak selera betulah bila kau pandang pandang aku macam tu! Macam aku makan dekat kedai tak berbayar pulak! Hilang rasa selera aku nak makan!
Shit !
Aku mengangguk lemah. Sesekali aku menjilat bibir. Terliur. Dari pagi tadi tidak makan. Hanya bertemankan air kosong dan biskut yang hampir lemau. Andai sahaja aku dapat makan sepinggan sahaja, akulah orang yang paling bersyukur saat ini.
Aku hanya melihat sepi Adam Fiqri membuang semua lauk lauk ke dalam tong sampah. Tiada apa yang tinggal. Menitis akhirnya air mataku. Aku mengetap bibir. Hanya mampu melihat dengan hati yang hiba.
" Hah, makanlah. Makan dengan kucing kau tuh! Makan sekali dengan tong sampah sampai kau mati! " Adam Fiqri berlalu pergi selepas mencuci tangan. Menyepak kuat tong sampah kecil sehingga tergolek berterabur.
Kenapa abang buat Ain macam ni? Hina sangat ke Ain untuk makan dengan abang? Kenapa abang buat Ain macam ni? Apa salah Ain abang? Sikit pun abang tak pernah layan Ain dengan baik. Apa salah Ain? Apa dosa Ain? Kalau disebabkan kematian papa abang nak salahkan Ain, kenapa abang tak bunuh je Ain? Kenapa tetap nak seksa perasaan Ain?
" Eh sundal, kau tak payah nak menangis sangatlah! Jijik aku tengok muka kau! Kau fikir aku heran sangat ke kau menangis nangis depan aku? Sikit pun aku tak pedulik! " Adam Fiqri mencengkam wajahku dengan kuat.
Memandang sepasang anak mata lelaki itu bagaikan memandang kelam masa depanku. Gelap. Suram. Air mata. Herdikan. Marah. Itu sahaja. Tiada sinar.
Aku menahan sahaja kepalaku dihantukkan ke meja makan. Biarlah. Ini sahaja yang dia mampu. Tahan. Tahan dan terus bertahan. Pendam segala masalah. Pendam segala galanya. Hatinya tidak pernah berhenti berdarah.
" Kalau kau tak muncul dalam hidup papa. Kau tak hancurkan hidup mama aku, aku takkan layan kau macam ni. Aku takkan kotorkan tangan aku nak sepak sepak kau hari hari. Kau pun takkan menderita hidup dengan aku. " Sambung Adam Fiqri. Kali ini dia kembali mencengkam wajahku untuk menentang pandanganya. Pandangan dengan penuh kebencian.
" Tapi semua salah kau! Semuanya salah kau! " Jerit Adam Fiqri nyaring. Dia mengetap bibir kasar. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku tetak muka kau ! Tapi mama tetap nak jugak kau hidup! Menantu kesayangan konon! Kau tak kenal lagi siapa Adam Fiqri!
" Ain tahu abang bencikan Ain. Tapi kalau abang bencikan Ain sekali pun, abang tak perlu layan Ain macam ni. Bukan kehendak Ain semua ni berlaku. Abang kena faham ni semua takdir abang.. " Balasku perlahan. Aku tersedu sedan menangis. Terhinjut hinjut bahuku menahan tangis.
Hanya kerana masa silam itu, dia terpaksa dibuang oleh ahli keluarganya sendiri. Dia bagaikan sampah. Hanya kerana salah faham itu, dia menjadi mangsa kebencian seluruh keluarganya termasuk suaminya sendiri. Semua pihak menyangka bahawa dia adalah perempuan simpanan Dato Mukhlis papa Adam Fiqri. Namun kenapa Datin Adibah tidak pernah membencinya? Sedangkan itu sebaliknya.
" Hey, siapa kau cakap pasal takdir dengan aku? Kau tu tak malukan? Kau dah jadi perempuan simpanan papa. Kau sikit tak rasa berdosa dengan keluarga aku! Perempuan jenis apa kau nih? " Herdik Adam Fiqri. Dia sempat mencengkam lengan isterinya. Sehingga isterinya itu menjerit jerit kesakitan.
Isterinya dipaksa bangun dan diseret memanjat anak tangga. Aku hanya menuruti langkah Adam Fiqri wlalaupun aku menjerit jerit minta dilepaskan. Namun jeritan itu tidak pernah sedetik pun menjentik hati Adam Fiqri dan menyentuh pintu hati lelaki ego dan panas baran seperti Adam Fiqri. Tidak sama sekali akan didengari. Malah dibiarkan sepi dan tidak dihiraukan.
Kau dah melampau! Kau siapa nak cakap pasal takdir dengan aku? Kau fikir kau siapa? Kau cuma betina sundal yang dah hancurkan keluarga aku! Aku takkan biarkan sekelumit pun kau rasa bahagia berkahwin dengan aku! Apa yang kau rasa sekarang tak cukup! Tak cukup sampailah kau mati perlahan lahan depan mata aku!
Bekas kesan cengkaman tanganya berbirat dilengan wanita itu. Raungan wanita itu sedikit pun tidak didengari. Hanya nafsu marahnya sahaja yang kuat pada masa ini.
Sekarang aku kenalkan kau siapa Adam Fiqri Bin Dato Muklis selama ni!
Lain kali jangan cuba nak persoalkan takdir dengan aku! Perempuan jijik! Kali ni aku nak tengok kau menangis merayu rayu dengan aku!
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...