Bab 64

9K 174 22
                                    

Aku terus menyuruh Pak Karim membantu memapah Datin Adibah ke hospital. Aku ke bilik mama tapi mama tiada. Rupanya Datin Adibah sudah terkulai layu dilantai dengan berbiji biji pil yang jatuh dilantai. Kenapa dengan mama ? Apa sebenarnya jadi kepada mama ?

Aku hanya diam membisu. Tentang keadaan Datin Adibah yang semakin tenat. Sakit jantungnya menyerang. Adam Fiqri pula sudah lama dengan Doktor Azman. Entah apa yang dibincangkan aku juga tidak tahu. Air mataku pula mengalir dari tadi. Aku menjadi takut. Perasaan ini seakan sama sewaktu aku kehilangan ibu dahulu.

Adam Fiqri merapatiku dan memaut bahuku kasar. Aku terpempan. Ditarik tubuhku jauh daripada wad mama. Aku perasan riak wajah Adam Fiqri yang seakan tegang dan ada benda yang dia marahkan. Tapi apa ? Apa yang terjadi kepada mama ?

'' Kau yang bagi mama makan ubat selama ni kan ? Jawablah asal kau diam ! '' Tengking Adam Fiqri kasar. Tubuhku turut sama digoncangkan. Aku masih lagi terpempan.

'' Abang, t..tta.. ngan Ain sa..sakit. '' Aku mengadu perlahan. Cengkaman tanganya membuatkan aku berasa sakit. Bahasa yang dia gunakan juga berbeza. Pasti ada yang tidak kena kepadanya.

'' Aku tak pedulik ! Kau jawab soalan aku ! '' Bentak Adam Fiqri. Matanya tajam merenung ke dalam anak mataku yang sudah kecut.

'' Ya, memang Ain yang bagi. Ta .. ta ...pi kenapa ? '' Aku sudah mengerang kesakitan seiring dengan rasa tertanya tanya. Tiba tiba sahaja Adam Fiqri Mengheret tubuhku kasar mendadak. Apa sebenarnya yang terjadi ?

'' Kau ikut aku sekarang ! '' Jerit Adam Fiqri seraya mengheretku ke bilik doktor Azman. Aku tergamam. Dalam keterpaksaan langkah kakiku juga sama mengikuti heretan Adam Fiqri.

'' Awak yang bagi Datin Adibah makan ubat ? '' Tanya doktor Azman perlahan. Adam Fiqri duduk bersebelahan denganku bertentang mata dengan doktor Azman. Aku mula tidak mengerti.

'' Ya, saya yang bagi dia makan ubat. Ada apa apa masalah ke doktor ? '' Aku sudah kecut dan bertanya sedikit gementar. Kenapa sebenarnya yang terjadi ?

'' Beginilah, saya cuma nak bagitahu awak ubat yang awak bagi tu adalah ubat yang beracun. Ianya ubat yang agak berbahaya dan saat ini jantung Datin Adibah masih lemah dan dalam keadaan yang amat membimbangkan. Ubat tu boleh membunuh. Atau awak memang ada niat nak membunuh dengan sengaja berikan ubat itu kepada dia ? '' Terang doktor Azman perlahan.

Aku terpempan. Racun ? Tak mungkin itu racun. Aku tak pernah racun mama. Aku tak buat !

'' Saya harap awak tidak akan memberikan ubat itu lagi kerana besar kemungkinan hayat Datin Adibah tidak panjang jika awak tak sempat membawanya ke hospital dengan segera.. '' Sambung doktor Azman lagi. Aku seakan terkedu.

Racun ? Tapi kenapa aku ? Aku cuma bagi ubat setiap hari tapi aku tak pernah menyangka ubat itu adalah sebenarnya beracun ? Aku sayangkan Datin Adibah, walaupun aku membenci keluarganya tapi aku tak pernah ada niat sampai hendak membunuh ! Tidak !

Adam Fiqri meninggalkan aku seorang diri. Air mataku turun serta merta. Aku tak pernah ada niat seburuk tu dekat mama. Aku tak buat macam tu dekat mama... Aku tak pernah buat macam tu dekat mama...

'' Kau dengar sekarang kan ? Kau ni memang sengaja nak bunuh mama. Lepas mama sedar aku akan pastikan kau keluar dari rumah tu ! Aku tak nak tengok muka kau lagi ! '' Tengking Alisa selepas menghayunkan tanganya ditepi bibirku.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now