Bab 1

2.6K 30 0
                                    

" Assalamualaikum.... Ibu.... Ayah.... Zien dah balik ni. Zien rindu ibu dengan ayah." Zinnirah Rasyiqah terus memeluk belakang Mak Siah yang masih menyiang ayam. Hari yang panas terik menyebabkan badan Mak Siah basah lencun bermandikan peluh.

"Ya Allah.. Zien terkejut ibu. Cepat bebenar kamu bawa kereta tu. Ibu rasa baru tadi kamu telefon ibu kamu kata baru sampai pagoh. " Zinnirah Rasyiqah yang menyedari suara ibunya mulai memecah ruang genggendang telinganya, dengan pantas dia memanjat anak tangga kayu rumahnya. Kedengaran hilaian tawa zinnirah Rasyiqah.

Dengan hilaian tawa yang masih bersisa Zinnirah Rasyiqah masuk ke dalam bilik. Dia mencampak beg baju dan terus baring ke katilnya. Terasa empuk katilnya. Zinnirah Rasyiqah menoleh ke kanan dan mengambil Mr Boo. Ya itulah patung kesayangan dia. Dia memeluk patung tersebut dengan erat. Dia masih dapat merasakan kelembutan patung itu.

"Ya Allah... Anak aku.. Ingatkan kamu naik atas kamu letak barang... Rupanya kamu berlingkar atas katil. Ibu panggil dari tadi kamu tak dengar ke? Bertuah punya budak. Dah nak tercabut tekak ibu ni panggil kamu. Dahlah ibu tengah bercakap tadi die boleh hilang je..."

Zinnirah Rasyiqah yang sedang menikmati katilnya yang empuk tersentak. Suara ibunya memecah gegendang telinga. Hilang semuanya. Baru ingin mulakan pengembaraan ke alam lain. Tapi apakan daya yang dia nampak sekarang hanya muka cemberut ibunya. Ya muka itu yang dirindui walaupun hanya 3 bulan tidak nampak.

"Ala ibu... 3 bulan tak balik tidur kat katil yang empuk ni..... Rindu.... "

Dengan senyuman yang serupa kambing Zinnirah Rasyiqah meneruskan rancangan untuk mengenakan ibunya. Dia sekali lagi melarikan diri apabila ibunya mula untuk bertazkirah dengannya. Zinnirah Rasyiqah terus turun ke dapur. Bau masakan ibunya harum. Ya itulah bau yang amat dirindui. Cukup la 3 bulan dia tidak dapat cuti akibat kawan sekerjanya Aiman cuti kemalangan.

"Ibu... Oh ibu.."

"Ada apa? " Rajuk Mak Siah dengan anaknya itu. Mak Siah pun apa kurangnya. Ibunya itu juga mempunyai rancangan boleh tahan jahat terhadap anaknya yang selalu mempermainkan dia.

"Ayah mana?"

"Ayah kamu... Macamlah kamu tak tahu. Buat kerja dia la. Dua tiga bulan ni sibuk la. Ye la ayah kan kerja dengan Pak Muiz. Kalau ayah tak pergi, menyinga la Pak Muiz tu. Tambahan Pak Muiz baru beli tanah lagi untuk di usahakan"

"Pak Muiz ni asyik beli tanah je. Habis semua tanah orang kampung jadi tanah dia. Taulah dia tu kaya tapi tak yah macam tu. Baik dia sewa je tanah tu... Pastu usahakan, jadi tak la orang kampung hilang tanah meraka... Ibu masak apa tu? Sedapnya bau. Ni baru tiga bulan tak balik. Kalau bertahun-tahun gerenti Zien rindu kat ibu sangat-sangat." Kata Zinnirah Rasyiqah sambil menunduk. Mukanya dari ceria bertukar keruh.

Mak Siah yang mulanya mahu merajuk tidak jadi. Melihat air mata anaknya menitis, Mak Siah menjadi sayu. Dia terus memeluk anaknya. Mak Siah menangis sama.

Hati Zinnirah Rasyiqah sayu mengenang nasib ayahnya yang pernah suatu ketika dahulu terhutang budi. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan hutang tersebut dapat dibalas.


"Assalamualaikum. "

"Waalaikumussalam." Jawab Zinnirah Rasyiqah dan Mak Siah serentak. Terkejut dengan kehadiran Pak Zaini. Mana tidaknya masing-masing sedang melayan perasaan.

"Oh zien. Anak ayah dah sampai? Rindu ayah dekat zien. Zien sihat? "

"Zien sihat. Ayah sihat? Ayah kalau tak sihat, duduk saja dekat rumah. Zien kan ada. Zien boleh sara ayah dengan ibu."

Lelaki terakhir Where stories live. Discover now