Bab 64

12.1K 374 0
                                    

Setelah dua hari berada di wad Mia dibenarkan pulang ke rumahnya. Opss, bukan rumahnya. Rumah keluarga mentuanya. Kata mama orang baru lepas bersalin ni banyak pantang-larangnya jadi sebaiknya Mia tinggal di rumah mamanya selagi dia masih berpantang.

"Mama ni apa?," tanya Mia seraya menunjukkan batu sungai yang sedang dibalut oleh Datin Haslina.

"Ini namanya tungku."

"Hah? Tungku?" Apa ke pelik namanya macam nak sama dengan tengku dah.

"Iya. Amalan bertungku ni amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Batu tungku ni perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain yang telah dilapik dengan daun mengkudu. Macam mama buat ni. Amalan bertungku ni penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku," terang Datin Haslina sambil menekan tungku perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran bawah pusat dan di atas perut Mia.

"Ohh, tak sangka mama tahu berpantang cara tradisional."

"Mestilah mama tahu. Orang sekarang ni berpantang semua nak ikut cara moden. Sebab tu badan dah tak jadi macam dulu-dulu. Gelebeh je. Mak mama dulu paling menitik beratkan hal-hal berpantang ni."

"Ni yang dekat atas dahi Mia ni apa?"

"Yang tu namanya pilis. Pilis ni orang sapu memanjang menutupi dahi sebabnya untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin. Lagi satu, rambut kena sanggul tinggi-tinggi supaya dapat membantu peredaran darah."

"Mama dah panggilkan tukang urut untuk kamu. Besok dia datang la."

"Kena berurut ke mama," tanya Mia. Hairan dia orang bersalin pun nak kena berurut ke.

"Mestilah kena. Penting tau berurut ni untuk ibu yang baru bersalin. Tujuan dia untuk memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran."

"Ohh, Mia ingat berurut tu untuk orang yang seliuh tangan ke, sakit urat ke. Lagi apa yang Mia harus berpantang mama?"

"Hah, orang berpantang ni tak elok mandi lama-lama. Orang dulu-dulu mandi lulur tak pun mandi dengan dedaun."

"La, mandi pun ada pantang-larangnya." Banyak juga yang Mia harus berpantang ni.

"Bukan mandi je. Makan pun kena pantang. Makanan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tak elok dimakan. Senang cerita orang berpantang ni biasanya makan makanan yang dipanggang, direbus atau dikukus je lah," terang Datin Haslina lagi.

"Ayam masak merah favourite Mia pun tak boleh makan la ya?"

"Huhu, sadisnya," ucap Mia apabila Datin Haslina mengiyakan pertanyaannya. Kecur air liurnya apabila mengingati akan ayam masak merah.

"Bukan tu saja. Orang berpantang pun kena makan anak ikan haruan yang hidup lagi tu," sambung Fatimah sambil duduk bersimpuh di sebelah Mia yang sedang berbaring.

"Hidup-hidup?," soal Mia, terkejut. Iyukss.. Macam mana nak telan?

"Yup," sokong Datin Haslina.

"Biar betul mama dengan mak cik ni."

"Betul. Tapi tu dulu la. Sekarang ni kan banyak je jamu-jamu yang ikan haruan tu. Telan yang tu je lah," ujar Fatimah dengan senyuman apabila melihat reaksi terkejut Mia.

"Ish. Ish. Mak cik ni buat terkejut Mia je. Tak terbayang macam mana Mia nak menelannya."

"Hah, lagi satu. Nak kekal langsing macam dulu-dulu kena lah berbengkung macam sekarang ni. Malah berbengkung ni juga untuk untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung," terang Fatimah.

"Orang bersalin je ke boleh pakai bengkung ni mak cik?"

"Tak semestinya orang bersalin je kena berbengkung. Kalau nak kekal langsing dan elakkan buncit elok juga berbengkung bila-bila masa," sambung Datin Haslina.

"Patutlah mama dan mak cik maintain langsing kan," puji Mia.

"Patutlah papa tak cari lain," sambung Mia.

"Ish, ke situ pula dia," ucap Datin Haslina. Ada-ada je Mia ni.

"Lagi-lagi?,"

"Hmm, banyak lagi sebenarnya pantang-larang orang bersalin ni. Tak terkira banyaknya," jawap Fatimah.

"Hah, jangan lupa makan jamu yang mak cik beli tu."

"Assalamualaikum," ucap Danial yang baru pulang dari kerja.

"Walaikumusalam."

"Apa yang rancak bersembang ni? Patut lah tiada yang sambut Danial balik kerja."

"Ni hah Mia ni nak tahu sangat macam mana berpantang cara tradisional," jawab Datin Haslina.

"Iya?"

"Iya lah bie. Mana tahu nanti boleh turunkan pada anak-anak perempuan kita pula," jawab Mia pula.

"Elok juga tu. Boleh la bie belajar sekali."

"Dah-dah. Lebih baik kamu pergi mandi dulu. Mama pun dah siap bertungku ni," arah Datin Haslina seraya mengemas segala peralatan yang digunakannya.

Usai mandi Danial menghampiri Mia yang masih tidak berubah posisinya dari tadi.

"Apa khabar sayang bie hari ni?," tanya Danial.

"Teruk," jawab Mia sepatah.

"Kenapa sayang?," tanya Danial prihatin.

"Tengoklah sayang sekarang ni. Dah tak lawa. Dengan bedak bertepeknya."

"Sushhhh. Siapa kata sayang tak lawa? Walau dengan bedak bertepek pun sayang still maintain cun," puji Danial.

Mia tersenyum gembira mendengar pujian dari Danial.

"Walau umur sayang dah lanjut usia pun sayang still cantik di mata bie. Sayang la orang yang kedua paling lawa dalam hati bie," sambung Danial.

Mendengar kata-kata Danial terus hilang senyuman Mia.

"Siapa yang pertama?," tanya Mia.

"Mestilah mama yang pertama," jawab Danial.

Senyuman Mia kembali terukir di bibirnya. IyaDatin Haslina sentiasa yang pertama. Kerana syurga suaminya di bawah tapak kakimama.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now