Bab 44

19K 692 3
                                    

Mia tersedar apabila cahaya matahari menganggu lenanya.

"Alamak, subuh!!!," jerit Mia lantas dia berlari mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh gajahnya.

Lena sungguh dia tidur sampai tak sedar waktu subuh sudah lama berlalu.

Dia teringat akan perbualannya dengan Danial semalam lalu handphone dicapainya. Serentak dengan itu dia menerima mesej dari Danial.

Feeling better? - Danial -

Mesej Danial dibiarkan sepi. Dia termenung.

"Kasih sayang?? Awak boleh jangan nak merepek tak? Bila-bila masa je awak akan ceraikan saya kan. Awak ingat saya tak tahu awak ada perempuan lain dibelakang saya."

"Apa yang sayang merepek ni? Perempuan lain? Siapa? Sayang tahu kan abang cintakan sayang seorang sahaja. Tiada yang lain dalam hati abang."

Sekali lagi dia tersentak apabila ingatannya membawa dia ke masa lalu.

'Tiada yang lain dalam hati abang.' Perkataan itu diulang-ulang dalam kepalanya.

Mia sedar terlalu banyak kasih sayang yang Danial curahkan padanya. Danial sentiasa ada ketika dia memerlukannya. Sedangkan dia, ketika Danial dirundung masalah dia langsung tidak membantunya malah dia terus melarikan diri. Walhal dia sedar siapa Mira dan Danisha turut telah menceritakan apa yang terjadi pada malam itu. Namun dia sendiri yang ingkar menerima kebenaran itu. Yang dia tahu cuma marah dan lari dari hakikat. Sakit hati apabila tahu Danial berdua-duaan dengan musuh yang tidak dianggapnya.

Whatsapp dibukanya. Lalu nama Danial dicari. Dia pasti Danial online sementelah di rumah mereka itu sudah dipasang unifi. Laju doe.

'Excellent!!! Thanks for the company.'

'Breakfast?'

Mia pandang jam. 9 pagi. Awal lagi untuk sarapan. 'Not yet. Bie?'

'Kenapa tak makan lagi? Nanti dapat gastrik baru tahu.'

'Bie dah makan ke?' Dia pasti Danial belum makan lagi. Danisha ada bercerita bahawa Danial hilang selera makan setelah dia pergi membawa diri. Perasaan bersalah menghantuinya. Sedangkan dia berselera menjamah apa sahaja makanan.

Danial tersenyum membaca chat Mia. Nasihat orang pandai padahal breakfast dia pun tunggang-langgang. 'Samalah. Belum juga. Lost my appetite. I want breakfast from my wife.' Emoticon sedih turut dihantar.

Mia kelu membaca chat Danial. Kesiannya suami aku. 'Hmm.. Apa kata kita selfie with our breakfast,' cadang Mia. Mungkin dengan cara ini dapat membuka selera Danial untuk makan.

Danial tergelak. Angin apa yang menyampuk Mia ni. Mana pernah dia berselfie selama ini. Namun dipersetujui juga cadangan Mia itu.

'Okay,' balas Danial lalu berlari menuju ke bilik mandi. Mula-mula janggut dan misai yang mula tumbuh dicukurnya kemudian baru dia mencuci mukanya agar nampak segar. Selesai mandi rambutnya disikat agar tampak lebih kemas.

"Mama!!!," jerit Danial apabila ternampak mamanya berada di dapur.

"Ya Allah," ucap Haslina. Terkejut mendengar jeritan ceria Danial.

"Mama, masak apa?," tanya Danial ceria.

Haslina memandang lama wajah satu-satunya anak lelakinya itu. Tersenyum dia melihat perubahan mendadak anaknya itu.

"Demam Danial dah okey ke?," tanya Haslina lalu merasa dahi anaknya itu. Semenjak Mia menghilangkan diri dialah yang mengambil alih menguruskan hal makan pakai Danial manakala suaminya menguruskan hal pejabat. Marah-marah juga tapi ibu mana yang tak risau akan keadaan anaknya yang seperti mati bini itu.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now