Kejadian yang berlaku di kediaman lamanya cuba dilupakan Mia. Dia tidak mahu emosi sedih menyelubunginya dikala dia sedang mengandungkan zuriatnya dan Danial. Disibukkan dirinya dengan meneliti kertas projek syarikat yang bertahun-tahun dahulu. Cara itu lebih baik dari dia menyerabutkan fikirannya dengan perangai Azizah yang berubah-ubah seperti puting beliung.
"Bingo!!," jerit Mia setelah sekian lama meneliti kertas projek itu.
Danial yang sedang membawa segelas susu tersentak mendengar jeritan Mia. Kus semangat.
"Kenapa sayang?," tanya Danial prihatin.
"Sayang dah tahu apa yang hilang dalam syarikat papa selama ni."
"Apa?"
"Bie tengok ni. Apa yang bie nampak?," arah Mia seraya menunjukkan perbandingan gambar perabot dikala papanya masih hidup dan ketika arwah pak cik Daud mentadbir syarikat.
Danial meneliti lama gambar yang ditunjukkan Mia. Apa yang beza? Kedua-dua perabot nampak sama. Ditenung gambar tersebut lagi mendalam. Ahak!! Dia dah nampak apa yang beza.
"Sayang ingat lagi corak ni arwah papa yang reka. Mungkin pak cik Daud terlepas pandang akan hal ini. Tak sangka papa gunakan ia sebagai treadmark bagi setiap perabot yang direka," terang Mia apabila mendapat reaksi dari Danial.
"Jadi sayang ingat nak reka new design yang lagi moden dan sudah tentu jimat dengan menggunakan corak ni," sambung Mia. Berkobar-kobar semangat di dadanya.
Kemudian dia mengeluh.
"Laa, tadi semangat berkobar-kobar tup tup ni kenapa pula mengeluh? Ada masalah apa pula? Bie rasa cadangan sayang dah bernas. Kita perlukan perbahruan mengikut peredaran masa," pujuk Danial. Sekejap OK, sekejap KO. Beremosi betul sayang dia ni semenjak mengandung. Merajuk tu tak payah ceritalah, selalu sangat.
"Masalahnya nak realisasikan macam mana kalau syarikat tu masih dibawah pengaruh Mira," adu Mia.
Betul juga tu. Lagipun nak reka perabot lain kena guna duit yang banyak. Nak tak nak kena stabilkan dulu syarikat arwah papa baru boleh fikir nak tukar perabot baru.
"Calm down, sayang. Mesti ada jalannya. In sha Allah. Nah minum susu dulu. Kesian baby ni dia lapar," ujar Danial seraya mengusap perut Mia.
Mia menurut sahaja kata-kata Danial. Senyum diukirkan pada bibirnya. Barulah nanti anak dia lahir tak masam mencuka kan.
"Dah la jom tidur. Kita tenangkan fikiran dulu," ajak Danial seraya memimpin Mia ke katil.
Mia tersedar dari lenanya apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu. Dia menenyeh matanya bagi menghilangkan rasa mengantuk. Dilihatnya Danial sudah tiada disisi. Lalu dia turun ke ruang tamu. Nak sambung tidur rasa terganggu dengan bunyi bising malah perasan hairan turut membuatkan dia tidak dapat menyambung lenanya.
"Ada apa ni?," tanya Mia apabila melihat Mira sedang memeluk kaki suaminya dengan juraian air mata. Datin Haslina dan Dato' Hishamuddin yang menjadi pemerhati dari tadi terkejut mendengar pertanyaan Mia. Disangkanya Mia sedang tidur lagi. Disebabkan Mia sedang berbadan dua jadi Datin Haslina memaksa mereka untuk tinggal di rumahnya sahaja. Senang untuk dia mengawasi dan menjaga Mia.
"Mia!! Aku tahu selama ni aku jahat dekat kau tapi kali ni aku terpaksa. Aku malu Mia," adu Mira lantas melutut dikaki Mia pula.
"Kau nak cakap apa sebenarnya?," tanya Mia tanpa menunjukkan apa-apa reaksi. Diwajahnya diukir ketenangan seboleh-bolehnya.
"Aku pregnant Mia. Aku tahu kau mesti tahukan siapa bapanya," ucap Mira berserta tangisan yang tidak henti-henti membasahi pipi.
Allah!! Mia rasa seolah-olah dihempap batu yang besar.

YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...