Bab 28

18.6K 758 4
                                    

Mia pulang lewat hari ini lantaran kerja yang banyak, ditambah syarikat yang tengah bermasalah. Makin berlambak la kerjanya.

"Aik? Kenapa gelap semacam je? Kereta Danial ada je," bisik Mia. Pelik apabila rumahnya gelap tanpa ada cahaya pun sedangkan kereta Danial elok tersadai.

"Danial?," panggil Mia seraya mencabut heelsnya. Kemudian dicapainya suis lampu.

Apabila rumahnya sudah terang-benderang, barulah Mia terlihat kelibat Danial yang sedang berdiri sambil menatang sebiji kek.

"Happy Birthday to you. Happy Birthday to you. Happy Birthday to my beloved Mia. Happy Birthday to you," nyanyi Danial sambil menyalakan lilin.

Mia menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa tarikh hari lahirnya. Setelah kedua-dua orang tuanya pergi meninggalkan dia, tidak pernah sekali pun dia menyambut hari kelahirannya. Kecuali Sara akan memberinya hadiah di setiap hari jadinya.

"Now blow the candles," arah Danial.

'Wow, chocolate indulgence. Favourite.'

Mia mula meniup api lilin pada kek tersebut. Setelah itu dia memandang Danial yang tersenyum memandangnya.

"Terima kasih awak. Macam mana awak tahu hari ini hari jadi saya?," tanya Mia. Seingatnya dia tak pernah memberitahu Danial akan tarikh lahirnya.

"You are my beloved one. Mesti lah saya tahu," jawab Danial lalu meletakkan kek di atas meja berdekatan.

"Now, sayang pergi naik mandi dulu," arah Danial seraya menolak Mia ke atas.

"Ala, makan dulu tak boleh ke?," rengek Mia.

"Nope. Mandi lah dulu sayang. Baru wangi," pujuk Danial.

"Ohh, nak kata saya bau busuk lah ea sekarang ni," marah Mia manja.

"Ehh, mana ada. Busuk-busuk macam ni pun saya sanggup peluk," jawab Danial seraya mengacah mahu memeluk Mia. Lantas Mia terus berlari menuju ke bilik sebelum Danial memeluknya.

Sedang Mia mencabut tudungnya dihadapan meja solek, dia terpandang akan kotak hadiah yang berada di atas katil.

'For you sayang.' baca Mia pada kad yang diselit pada kotak hadiah itu.

Lantaran itu dibukanya hadiah itu dan tersergam indah dress singkat paras lutut tanpa lengan berwarna hitam merah. Cantik.

Tiba-tiba dia terpandang sampul surat di dalam kotak tersebut. Lantas dibukanya.

Wear this for tonight. I'm sure you will look absolutely gorgeous. I would like you to wear the babydoll one but I'm pretty sure you would not wear it. Love you sayang. Happy Birthday ^_^

Mia tersenyum membaca kata-kata yang ditulis Danial. Ingat lagi Danial pada hadiah Sara tu.

Usai mandi Mia menyarungkan dress tersebut. Kemudian rambutnya disanggul tinggi menampakkan lehernya yang jinjang.

Danial masuk ke biliknya betul-betul setelah Mia siap mendandankan diri. Dari jauh terbau wangian yang dipakai oleh Mia. Seperti yang dijangka, Mia nampak menarik dan seksi dengan dress yang dibelinya.

"Beautiful sayang. Ini hadiah kedua dari saya," bisik Danial perlahan di telinga Mia yang membelakanginya. Lalu Danial menyarungkan Mia seuntas rantai yang berloketkan berlian merah.

'Cantik,' getus Mia dalam hati apabila melihat biasan rantai itu dari cermin. Kena dengan dress yang dipakainya.

Danial turut mengenakan sut hitam pada malam itu. Dia kemudian memimpin Mia untuk turun menyambut hari jadi Mia yang telah dia siapkan sewaktu Mia mandi tadi.

'Candle light dinner? Romantik,' getus Mia dalam hati.

"Jom makan," ajak Danial seraya menarik kerusi untuk Mia duduk.

"Tapi saya nak kek dulu, please," rayu Mia. Kek kegemaran tu mana boleh ditangguh-tangguh lagi.

"Anything for you dear," ucap Danial lantas memotong kek coklat indulgence tersebut.

"Nak besar-besar," arah Mia lalu dia senyum manja apabila Danial memandangnya.

"Nah. The biggest slice for birthday girl."

"Yeay!!," jerit Mia. Tak tunggu lama terus disudunya kek tersebut. Ummm yumyum. Dah lama tak makan kek ni.

"Nak tak?," tanya Mia lantaran Danial hanya memerhatikan Mia makan. Lalu Mia menyuapkan Danial kek yang berada di piringnya.

"Sayang suka kek ni?," tanya Danial. Walhal dia sudah korek awal-awal dari Sara.

"Yup. Nice choice," puji Mia.

"Dah-dah jom makan nasi ni. Nanti perut sayang masuk angin pula," arah Danial. Mia mengangguk mengiakan kata-kata Danial. Mereka makan sambil ditemani iringan muzik.

"Shall we dance?," ajak Danial setelah mereka siap menjamu selera.

"Of course." Mia menyambut huluran tangan Danial. Sebelah tangan Danial merangkul pinggang Mia manakala sebelah lagi menggengam tangan Mia. Keadaan mereka yang rapat membuatkan Mia terhidu bau minyak wangi kegemaran Danial.

"Remember first time we met?," tanya Danial perlahan, mengimbau kenangan lama.

Mia mengangguk. Mana boleh dia lupakan kejadian itu. Kejadian di mana dia menjadi Cinderella.

"I love you since then," luah Danial, menusuk terus ke jantung Mia.

"Tapi bukan ke awak kahwin sebab ugutan dari papa?" Tak mungkin Mia salah dengar pada hari itu.

"Kahwin tiada dalam perancangan saya jadi demi mahu lihat saya berkahwin papa mengugut saya. Siapa sangka ugutan papa menemukan saya dengan cinta saya. Jujur saya katakan I fall for you in the first sight."

"Tapi..."

"Shsshhh, just enjoy the dance." Mia diam tidak terkata dengan luahan Danial. Habis tu selama ini dia salah sangka ke sebab mengapa Danial mengahwininya?

"Ini yang kedua," ujar Mia setelah lama berdiam diri.

"Hah, apa yang kedua?," tanya Danial hairan.

"Dance," jawap Mia.

"Let me guess. I'm your first dance partner and your first dance at my birthday party."

Mia mengangguk mengiyakan kata-kata Danial.

Danial senyum dengan kenyataan itu.

"I feel honour to be your first for everything," bisik Danial lalu menghadiahkan satu kucupan di pipi.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now