Bab 51

19.7K 711 2
                                    

Amin merenung handphonenya. Hati dia berbolak-balik untuk menyerahkan rakaman perbualan arwah Darus kepada Mia. Separuh dari jiwanya masih terbayang akan akibat yang bakal dia terima.

Deringan handphone menyedarkannya. Panggilan dari ibunya. Sayu hatinya apabila memikirkan ibunya yang sudah lanjut usia itu.

"Ibu, tolong Amin." Tanpa salam Amin terus meraung pada ibunya.

Mana tak terkejutnya orang tua itu mendengar anak bongsunya menangis di hujung talian. Hati tuanya berasa bimbang namun sebagai ibu dia perlu bijak menangani masalah ini.

"Amin, anak ibu, cuba cerita dekat ibu kenapa menangis ni. Kalau ibu boleh tolong, ibu tolong kamu dengan sedaya-upaya ibu."

Mendengar pujukan dari ibunya, makin menjadi-jadi tangisannya. Biarlah hilang machonya asal hati dia lega.

"Ibu apa yang perlu Amin lakukan. Patut ke Amin serahkan rakaman ni?" tanya Amin seolah-olah ibunya tahu apa yang diperkatakannya setelah tangisannya reda.

"Ibu tak fahamlah apa yang kamu katakan ni?"

Amin menarik nafas dalam-dalam sebelum menceritakan hal yang terjadi kepada ibunya. Sesungguhnya tiada rahsia antara dia dan ibunya setelah dia insaf.

"Astarfirullahalhazim, ada juga manusia macam tu atas muka bumi ni yang sanggup bunuh bapa sendiri. Amin dengar cakap ibu. Amin tak payah fikir panjang-panjang. Serahkan sahaja rakaman tu. Biar perempuan tu dapat balasan dia. Pasal gambar tu tak payah nak risau, meh Amin pindah duduk kampung jaga ayam itik ni."

Amin tersenyum mendengar cadangan ibunya. Graduan law kerja menternak ayam. Pun boleh la selagi halal.

"Tapi ibu... Amin tak nak ibu yang dapat malu bila semua gambar-gambar tu tersebar. Kalau boleh biar Amin je yang dapat malu. Salah Amin ibu." Sayu hatinya meluahkan kerisauannya pada ibu yang menggandungkannya 9 bulan 10 hari.

"Amin, menda yang lepas tu tak payah nak dikenang. Orang sini masing-masing dah tahu yang Amin dah tak macam dulu. Kalau dapat malu pun biar kita tanggung bersama-sama."

Nasihat ibunya membuatkan dia berasa lega sekeika. Namun jauh disudut hatinya dia masih bimbang sekiranya ibunya turut terpalit dengan kisah silamnya itu.

"Terima kasih ibu. Ni yang Amin sayang ibu lebih ni," ucap Amin. Mahu sahaja dipeluk ibunya erat-erat ketika itu.

Setelah menamatkan panggilan dia terus menghantar rakaman itu kepada Mia. Apa nak jadi, jadi lah. Dia sudah tidak mahu dibayangi kesilapan lalu.

Kotak yang diberikan oleh mak tirinya dibelek Mia. Dia ingat lagi kotak ni. Di dalam kotak nilah dia simpan segala kenangannya bersama arwah papa dan arwah mama. Sudah bertahun dia tidak membelek kenangan-kenangannya bersama kedua orang tuanya. Album gambar dikeluarkannya.

Sedang asyik dia membelek album gambar tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Lantas dia menuju ke arah meja kerja, di mana handphonenya diletakkan.

Mesej audio dari Amin? Macam pelik je? Dalam kehairanan dia membuka mesej tersebut.

"Abah!!" Suara Mira kedengaran di corong handphonenya.

"Ya, ada apa?"

"Perempuan gila tu ambil emergency leave. Kenapa?"

"Perempuan gila? Siapa?"

"Abah boleh jangan pura-pura bodoh tak. Siapa lagi orang gila yang abah sayang sangat lebih dari anak sendiri tu?" 'Pak cik Daud?? Rakaman apa ni?,' getus Mia dalam hati.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now