Pagi yang cerah. Mia menghirup udara di bumi Australia sedalam-dalamnya. Handphone yang dimatikannya semalam dihidupkan semula. Gara-gara dia tidak tahan mendengar deringan dari Danial setiap minit dia memutuskan untuk off handphonenya.
Sudah dijangka banyak miss call dari Danial. Mia membuka chat dan mesej yang diterimanya dari Danial. Kebanyakkannya meminta klu lain darinya berserta kata-kata manis dan pujukkan.
Kesian pula laki dia ni. Lantas dihantar satu gambar yang ditangkapnya di Botanic Garden.
'Second clue. Be nice to get another clue,' ugut Mia.
Haslina pelik melihat perubahan Danial, semalam okay hari ini KO balik. Moody semacam je lepas tu duk tenung handphonenya dari tadi.
Tunggu mesej dari Mia lah tu. Bukan dia tak tahu dari semalam lagi Danial tidak henti-henti menghantar mesej kepada Mia. Entah apa yang diborakkannya.
Danial tersenyum apabila mendengar bunyi mesej masuk. Laju je tangan dia membuka chat tersebut. Hemm, second clue. Dekat mana ni? Banyak pokok. Masalahnya semua tempat ada pokok. Danial mengaru dagunya yang tidak gatal.
'What can I do to get another clue?'
Mia berfikir seketika. 'Write DANIAL LOVE MIA as big as you can and than put it at Mira office.'
Alah, kacang je tu. Danial lantas berlari untuk menulis apa yang diminta Mia.
"Ma, Danial nak keluar sebentar," ucap Danial tergesa-gesa lalu memandu keluar keretanya dari garaj. Haslina tidak sempat berkata apa-apa pada Danial. Dia hanya memandang sahaja kelibat Danial meninggalkan rumah.
Sesampainya di syarikat arwah papa Mia, Danial terus menampal kertas yang baru ditulisnya tadi pada front door syarikat itu. Kemudian dia menangkap gambar sebelum menghantarnya pada Mia sebagai bukti dia selesai melakukan apa yang disuruh Mia.
'Done.'
Mia membiarkan dulu chat yang dihantar oleh Danial. 20 minit dari bandar Perth Mia sampai ke Swan Valley. Swan Valley tempat yang terkenal dengan wine. Buah anggur di sini sedap, manis walaupun kebunnya takdelah cantik mana seperti di Melbourne.
Seterusnya dia ke Whiteman Park. Di sini terdapat Caversham Wildlife Park. 22 AUD seorang dikenakan untuk masuk ke sini. Caversham Wildlife Park dibuka dari 8 pagi sampai 5 petang. Lokasi ini sememangnya wajib dikunjungi pelancong yang mahu mendekati ladang serta haiwan.
'Sayang, clue seterusnya??'
'Sekejap Mia tengah cari scene cantik dulu,' jawab Mia. Kesian pula membiarkan Danial menunggu lama. Penat memikirkan gambar yang patut dihantar kepada Danial, Mia terus menangkap gambar binatang yang ada di Caversham Wildlife Park.
Binatang? Mia dekat zoo ke? Masyallah.. Sabar jelah dia dengan Mia ni. Semua tempat ada zoo Mia sayang oii.
Lawatan seterusnya adalah ke Joondalup Country Club iaitu sebuah tempat untuk main golf. Dikawasan berhampiran terdapat sebuah shopping mall namun Mia tidak ambil peduli nama shopping mall itu apa lantaran dia bukan mahu membeli-belah di situ. Niat dia ke situ untuk makan kerana di sini terdapat food court yang menyediakan sajian halal. Kebab dengan harga 9 AUD manakala nasi dengan lauk hanya 7 AUD. Dengar macam murahkan. Sebenarnya bila ditukar dengan Ringgit Malaysia mahu berpuluh-puluh ringgit.
Mira yang baru sampai ke pejabat terkejut membaca perkataan 'DANIAL LOVE MIA' yang ditampal besar-besar di front door syarikatnya. Lantas dia mengoyakkan kertas tersebut dan melemparkannya ke dalam tong sampah. Kerja siapa ni? Danial ke? Mengingati Danial dia teringat saat dia melawat Danial untuk menguruskan hal malam itu. Dia dihalau macam anjing kurap oleh mama Danial. Sakit hati. Kalau ikutkan jiwa mudanya sudah ditampar-tampar mulut Haslina yang menengkingnya sambil melemparkan kata-kata nista tepat dimukanya. Tetapi apabila mengingati rancangannya disabarkan juga jiwanya itu.
Mira lantas mendail nombor Danial.
Baru sahaja Danial ingin bergembira kerana menyangka Mia menelefonnya namun senyumannya pudar apabila tertera nama Mira. Disambut jua panggilan Mira. Mesti Mira mahu berbicara atau lebih tepat memarahinya pasal kertas yang ditampalnya itu.
"Hello," jawab Danial sambil lewa.
"You ke yang tampal kertas tu?," tanya Mira tanpa salam.
"Kenapa?"
"Tapi mama you cakap you sakit."
"Yup.. Memang betul pun apa yang mama aku cakap. Tapi Alhamdulillah, aku dah sembuh pun. Semuanya kerana penanga Mia," jawab Danial angkuh.
Mira agak memang itu kerja Danial. Sengaja Danial ingin menyakiti hatinya.
"Maknanya boleh la kita bincang pasal kita."
"Kita? Kau boleh jangan bermimpi di siang hari tak perempuan. Tak mungkin ada 'kita' even dalam mimpi sekali pun," tengking Danial.
"Habis tu setelah apa yang you buat pada I malam tu you nak main lepas tangan je? Huh, I tak sangka you seteruk itu. Habis madu sepah dibuang. Agaknya dengan Mia pun you buat begitu," perli Mira sengaja memprovok Danial menggunakan nama Mia. Madu huh..
Berdesing telinganya mendengar perlian Mira yang melibatkan Mia. "I won't do that to my beloved one. Kau sendiri tahu aku seorang yang setia pada yang satu. Dan aku pasti malam itu tiada apa-apa berlaku. Boleh blah la dengan segala ugutan kau. Aku pasti akan cari bukti sampai ke lubang cacing sekali pun," marah Danial sebelum menamatkan panggilan.
"Hello?? Danial??," panggil Mira. Beraninya Danial menamatkan bicara tanpa dia terlebih dahulu menamatkan perbualan. Pantang betul dia. Didailnya sekali lagi. Namun panggilannya direject oleh Danial.
Mira menghempas pintu yang dibukanya. Segala kemarahannya dilemparkan kepada sesiapa yang terserempak dengannya. Nasib badan lah.
Baru sahaja punggungnya mencecah kerusi, dia menerima panggilan dari Azizah.
"Kau nak apa?," tanya Mira kasar.
"Mana bayaran yang kau janjikan atas apa yang aku dah lakukan?," tanya Azizah kembali. Dia memerlukan wang untuk menampung segala bayaran yang tertunggak. Lagi pula duit dia semakin berkurangan kerana asyik digunakan oleh Melissa dan Marissa tanpa terkawal. Yeh, like mother like sisters.
"Kau tak boleh sabar sikit ke? Aku tengah usahakan ni," tengking Mira.
"Sabar-sabar.. Dah berpuluh kali aku sabar tapi hasilnya sama juga. Kau ingat aku ni bodoh ke? Aku tak peduli walau dengan cara apa sekali pun aku nak kau bank in kan pada aku duit tersebut dalam minggu ni," arah Azizah lalu ditamatkan panggilannya.
"Arghhhhhhhhhhhhhhhhh," jerit Mira lalu melemparkan semua benda yang ada di atas mejanya. Syarikat tak guna. Menyusahkan aku. Ingtkan banyaklah duit sangat rupa-rupanya hangat-hangat tahi ayam.
Habis semua benda di dalam pejabatnya menjadi mangsa amukannya. Ini bukan yang dimahukannya. Bukan seperti yang dia rancangkan. Kenapa nasib selalu tidak menyebelahinya??

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Bukan Cinderella
RomantikCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...