Bab 22

21.7K 821 14
                                    

Pagi ini Mia bangun dalam keadaan terkejut membuatkan dia diserang sakit kepala.

Mana tak terkejutnya, malam itu dia tidur dengan lenanya dalam pelukan Danial. Diulang semula dalam pelukan Danial. What on earth is happening now?

Mia tersedar dari tidurnya dan mengeliat kecil. Kemudian dia meraba bantal peluk di hadapannya. Awal lagi ni nak bangun. 'Awat bantal peluknya keras semacam ni? Hangat pula tu,' getus Mia dalam hati sambil meraba-raba bantal peluknya a.k.a dada bidang Danial.

Danial yang terasa badannya disentuh mencelik mata. Kemudian dipeluknya Mia yang sudah terjaga itu.

'Tangan?,' bisik Mia dalam hati apabila ada tangan yang memeluknya. 'Tangan siapa ni?.' Dia pagi-pagi ni memang loading sikit.

"Aaaahhhhhhhh," jerit Mia lantas menendang Danial menjauhinya. Apabila mindanya betul-betul sedar barulah dia dapat mencerna apa yang terjadi.

"Aduhh," jerit Danial apabila dia ditendang Mia sehingga jatuh dari katil.

"Sayang kenapa? Mengigau ke?," tanya Danial sambil menggosok pinggangnya yang terasa sakit. Ganas betul isteri dia mengigau.

"Apa yang.. Macam mana.. Isyhhh!! Apa yang awak buat dekat saya ni??," tanya Mia gagap. Ditarik selimut menutupi badannya.

"Saya tak buat apa-apa pun," balas Danial membela diri.

Mia melihat baju yang dipakainya masih terletak elok pada badannya. "Fuuuhhhh," keluh Mia, lega.

"Lagipun kalau saya buat apa-apa pun tak salah kan?."

Kata-kata Danial dibalas dengan jelingan oleh Mia.

"Siapa benarkan awak peluk saya?," marah Mia.

"Look. Bukan saya yang mulakan dulu. Tengok di mana kedudukan bantal peluk tu," bohong Danial sambil menyimpan senyum. Nak menipu kenalah nampak macam betul-betul.

Mia lantas mencari bantal peluk yang biasa dijadikan penghadang mereka. Dilihatnya bantal peluk itu sudah jatuh ke bawah katil di bahagiannya.

'Gulp, macam mana bantal peluk ada dekat sebelah aku ni? Sejak bila aku tidur ganas macam ni?,' tanya Mia dalam hati.

"Saya mandi dulu. Ada meeting. Kena gerak awal," bohong Mia untuk menutup malu. Walhal, sekarang baru pukul 6.00 pagi. Waktu pejabat bermula 9.00 pagi.

Mia bergegas mengambil tuala dan baju kerjanya.

"Malu la tuh," bisik Danial tersenyum. Dia menyambung semula tidurnya yang bertemankan mimpi indah itu sebelum Mia mengejutkannya semula untuk solat subuh berjemaah.

Mia cepat-cepat menyiapkan sarapan untuk Danial. Roti bakar disapu jem coklat dengan milo panas. Okay la tu. Kalau boleh dia tak nak terserempak dengan Danial yang sedang bersiap.

"Sayang, you forgot something," tegur Danial lalu menghulurkam tangannya. Dia baru sahaja turun apabila melihat isterinya sedang menyarungkan heels.

Nak tak nak Mia menghampiri Danial untuk bersalam dengannya. Kebiasaanya selepas itu dia mencium dahi Mia tapi hari ini lain pula yang dilakukannya apabila melihat muka Mia yang merah. Malu barangkali.

Danial memegang dagu Mia lalu mengangkat wajahnya dan merenung ke dalam mata Mia. Cuma seketika apabila Mia melarikan pandangannya. Kemudian dia mencium pipi Mia hampir mengenai bibirnya. "Good luck for you today. Jangan stress sebab Mira okay sayang," nasihat Danial.

Terpana. Selepas Danial menciumnya, Mia cepat-cepat mencapai kasutnya dan terus pecut ke kereta. Darah merah terus menyerbu wajahnya.

"Malunya," jerit Mia setelah jauh meninggalkan rumahnya.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now