Pagi ini Mia ke pejabat dengan hati yang riang. Luahan hati Danial membuatkan dia tersenyum sendirian. Bayangan kejadian semalam masih menari-nari dihadapan matanya seolah-olah siaran ulangan di televisyen.
"Seronok nampak," sindir Mira.
Mia yang tengah menunggu lif hanya senyum sepintas lalu kepada Mira. Hatinya masih berbunga-bunga mengingati kejutan dan luahan Danial semalam sehinggakan kehadiran Mira dihadapannya langsung tidak memberi kesan. Rantai yang dihadiahkan Danial masih terletak elok di lehernya.
'Kau buat bodoh je? Sabar Mira,' marah Mira dalam hati apabila Mia tidak melayannya.
"Nampak berseri-seri wajah Cik Mia hari ini," tegur Amin.
"Selamat pagi Amin," ucap Mia seraya membalas senyuman Amin.
'Manis,' bisik Amin dalam hati. Tak berkelip dia memandang Mia.
"Erk, selamat pagi Mia," ucap Amin.
Setelah itu, Mia terus menuju ke tempat kerjanya.
"Kau tahu tak syarikat kita ni tengah merundum jatuh. Projek tak banyak masuk. Hotel-hotel tak ramai pengunjung. Servis teruk katanya." Mia terdengar perbualan antara Azlin dan Mimi.
"Yelah aku pun ada dengar-dengar macam tu juga. Malah aku dengar pentadbiran syarikat kita ni akan dirombak balik. Mesti ada pekerja yang kena buang. Jangan lah aku yang kena buang nanti. Macam mana aku nak sara mak aku," sambung Mimi kerisauan. Ini kali pertama Syarikat Air Trio mengalami masalah yang dahsyat seperti ini.
Mendengar sahaja kata-kata dari Mimi dan Azlin, Mia terus berlalu ke pejabat pak ciknya.
Tok.. Tok..
"Masuk," arah Daud.
"Pak cik okay?," tanya Mia. Di meja pak ciknya bertaburan pelbagai jenis fail-fail syarikat.
"Mia.. Duduklah. Ada apa Mia? Pak cik sibuk sikit. Banyak hal yang perlu di uruskan." Jelas di wajah Daud garis-garis kedutan ditambah dengan kepenatan.
"Maaf Mia ganggu pak cik. Tapi Mia cuma nak kepastian. Betul ke syarikat ni tengah hadapi masalah?," tanya Mia perlahan. Risau menganggu pak ciknya.
"Maafkan pak cik Mia sebab langsung tidak memberitahu kamu pasal masalah ini. Pak cik ingat pak cik boleh selesaikan. Tapi makin teruk pula jadinya. Pak cik pun tak tahu apa masalah syarikat sebenarnya. Keuntungan kita makin merundum. Duit syarikat tak tahu hilang ke mana," keluh Daud. Serba salah dibuatnya apabila mengingati akan wasiat Darus untuk mentadbir syarikat itu.
"Tak mengapa pak cik. Biasalah berniaga ni kan ada pasang surutnya. Biar Mia tolong pak cik sekali," pelawa Mia. Tiada guna dia nak salahkan pak ciknya itu. Pak ciknya telah berusaha sedaya upaya untuk syarikat arwah papanya itu.
Mia lantas mengambil seberapa fail yang boleh dia uruskan nanti. Tiba-tiba dia ternampak sebekas ubat di rak pak ciknya. Sejak bila pak ciknya sakit?
"Ubat apa ni pak cik?," tanya Mia seraya mengambil ubat yang berada di dalam bekas tersebut.
"Itu ubat stress je," jawab Daud berdolak-dalih.
'Diovan tablet? Xamax tablet?,' baca Mia dalam hati.
"Pak cik kerja-kerja juga, kesihatan tu mesti jaga. Mia risau jadi apa-apa pada pak cik," nasihat Mia.
"Mia jangan risau. Pak cik baik-baik sahaja." Nampak gaya anak saudara dia lagi prihatin dari anaknya sendiri.
"Okaylah pak cik biar Mia tolong apa-apa yang patut. Pak cik jangan segan-segan minta bantuan Mia. Walau susah sekali pun in sha Allah Mia akan bantu."
YOU ARE READING
Aku Bukan Cinderella
RomanceCinderella didera oleh mak dan kakak-kakak tirinya. Mia juga begitu, didera oleh Azizah,Melissa dan Marissa di rumah peninggalan arwah ayahnya. Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya manakala Mia, 'mana wujud Prince Charming kat dunia ni!!!!!'...